Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 1, 2013

Selepas Cuti..

Lama juga saya tinggalkan rumah.. Selang tiga hari kami balik juga sekejap menjenguk tanaman. Masa hujan berterusan selama 4 hari tempoh hari, lega juga tak perlu risaukan tanaman.. Tapi masa bercuti di Cameron Highlands tu, panas terik sentiasa di Skudai. Banyak juga tanaman yang tewas terutamanya semaian baru. Ada yang masih bertahan tapi kebanyakannya daun dah bertukar menjadi kekuningan.

Lobak ni kononnya harapkan berbunga. Terpaksa juga cabut. Sedap cuma agak kering.

Cauliflower kesayangan suamiku. Mujur masih sihat. Oh ya benih ni jenama serbajadi atau Trio.

Kailan dah gemuk. Sebahagian dah dituai untuk masak.

Kobis cina yang tak mahu bertangkup.

Kobis cina juga tapi kekeringan. Masih tak mahu mengalah, bangkit kembali lepas disiram.

Sawi.

11 comments:

hijaudaun said...

bila tengok cauliflower tu, rasa mcm kat cameron highland pulak. menjadi ye kak.

Nudabuffy said...

alhamdulillah.. tak sangka juga.. Tapi biji benih dia mahal. Mula-mula beli sepeket RM2 banyak. Pas tu beli lagi, ada 7 butir je dalamnya. Tak tumbuh pulak tu..

shafirul suffian said...

kobis cina tu mmg jenis tak membentuk head... daun je.. tapi sedap.. manis dan lemak.

Nudabuffy said...

ye ke? gambar kat tanamsendiri.com seketul panjang. teringin nak tengok dia seketul.. hehehe.. kalau macam tu kena harvest daun la camni

PutriPurnama said...

salam dik,
wa cantiknya Cauliflower ni..berapa lama dah usia nya ni?

Ummu Madihah said...

Salam Nudabuffy,

Kesian sayur hingga hampir tewas krn ditinggalkan tuannya. Kalau ingat yg ditanam, rasa x nak ke mana-mana kan! Suka tengok cauliflower tu!

Nudabuffy said...

Puteri Purnama~ Kira-kira dua bulan kalau tak salah. Lost count dah hehehe

Ummu Madihah ~ Salam Ummu Madihah. Betul tu. Bila cuaca terlalu panas mulalah terfikir-fikir. Dah macam risaukan anak-anak pulak..

nadia rashid said...

salam nudabuffy...kagum nyer awk berjaya tanam bunga kobis tu..sy takat ni tak berjaya..ada tips apa-apa tak?

kobis cina sy tanam pun mcm tu..sy tuai mkn wat ulam sedap..

olive said...

kailan & cauliflower tu so nice! kailan lambat membesar kan

suka suka said...

Salam Nurul..besar juga lobak tu.. Lobak akak sejemput je.. Seronok g Cameron kan?

Nudabuffy said...

nadia rashid ~ salam nadia.. kredit kepada suami saya. Dia yang tanam dengan penuh kasih sayang.. Saya tumpang glamer je.. Hihihi.. Takde tips pula, main cuba-cuba je. Cuma rajin siram je.

Olive ~ Agak lambat la.. Tapi kita boleh potong dan tunggu dia bertunas semula. Jadi boleh tuai berkali-kali. Berbaloi-baloi.. =)

Suka-suka ~ Alhamdulillah.. Tak pasti pulak jenis yang mana. Kalau topweight, keciklah. Kalau Paris market, tu kira besar kot. Dapat jugalah merasa carrot tanam sendiri.