Saya pun dah tak ingat berapa lama dah saya tanam pokok ni.. Dalam dua ke tiga bulan lepas.. Mungkin lebih lama. Cubaan menanam bunga untuk kesekian kalinya selepas kegagalan keembong, cornflower, zinnia, sunflower, stock astral etc etc.. Perghh.. Begitu banyak kegagalan yang saya tempuh. Sungguh menghiris hati.
Pokok jenis sama daripada biji benih dari induk yang sama ditanam oleh emak saya di halaman rumah kakak dah lama berbunga lebat malahan telah pun bertukar menjadi biji benih. Begitu juga dengan pokok keembung walupun rendah tapi bunganya sungguh lebat. Pokok cili bom yang saya tanam dan beri sepokok padanya juga telah menghasilkan pokok yang berdaun lebar seperti daun sirih, manakala buah yang sebelum ini kecil comel telah menjadi besar dan panjang laksana capsicum pula layaknya. Argghhh.. sungguh iri hati saya dibuatnya. Hahahahha..Mungkin Tuhan tidak mahu saya menjadi psiko maka Dia telah memujuk hati saya.
|
One bud only |
|
Pokok je tinggi. Nampak tak sihat. |
|
Sudah kembang |
Kenapa dipanggil pokok pukul empat ya sebab dia kembang wakt pagi. Ke waktu dia mula kembang pukul empat pagi?
4 comments:
salam Nuda,
awal dia bangun hehehe patutlah cantik, nampak anggun.
bunga ni berbau wangi sesangat waktu malam... rumah jiran saya.. satu pokok bunganya bercampur.. kuning..merah dan berbelang-belang
puteri purnama ~ bangun pagi amalan orang soleh, sebab tu berseri agaknya.. Heheheh
Shafirul suffian ~ Saya try semai yang kaler macam-macam, benih beli dekat kedai, tapi agaknya dah expired. Satu pun tak tumbuh. Kalau banyak cantik sangat.
Post a Comment