Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 14, 2013

Food Poisoning

Baru berkesempatan nak tengok blog. Kepala senoneng je sejak minggu lepas. Ingat tak saya tanya pasal overdose collagen? Ni bukan side effect collagen ya, tapi benda yang saya makan bersama collagen tu.. Bukan COLLAGEN tapi NUTRIGEN. Huwaaa...

Mulanya saya tak tahu apa punca saya asyik pening kepala, nak pitam, nak muntah. Kemuncak dia hari jumaat, sampai bawa motor sambil nangis takut tak sempat sampai rumah. Kelmarin siap muntah habis keluar isi perut. Rupa-rupanya Nutrigen tu dah expired la.. Saya ni memang tak reti nak bezakan rasa dah expired ke, dah basi ke. Selalu kalau ada makanan lebih semalaman, memang ke tong sampah la. Hubby yang perasan sebab time dia minum dia kata rasa pelik. Saya minum sedap je. Bila check, tarikh luput dia 23/12/12.. Perghh.. dekat dua bulan dah luput.. Baru je beli hujung minggu hari tu kat Giant. Brengsek punya Giant. Patutlah buat promosi. Kitorang beli dua paket, nasib baik satu lagi expiry date dia bulan depan.


Dah 4 botol saya minum. Yang last baru hubby perasan.

Jadi pengguna-pengguna yang bijak sekalian, silalah periksa tarikh luput makanan sebelum dibeli ya terutamanya kalau ada promosi atau dibeli di GIANT. Hehehe.. Semalam terus rasa takut nak makan takut muntah-muntah lagi.. Pastu kepala pening bangat. Kalau boleh rasa nak tebuk je. Hahahah.. Hari ni alhamdulillah dah sihat tapi pindah pulak dekat hubby.. Kesian dia..

Makanan orang sakit. Bubur nasi, ikan bilis, telur dan milo panas.

17 comments:

smRose said...

milo 'o' ok la, tapi kalo milo ada susu boleh menambahkan lg sakit tu...hehehe

Nudabuffy said...

Hehee..memang milo O.. takde gula or susu.. tapi ye eh boleh menambah sakit.. nape eh?

Umm AA said...

kesiannya nuda husband & wife...hmmmm kena berhati2lah next time camtuh..semoga cepat pulih yer

Nudabuffy said...

thanks ummuaidan.. salah sendiri jugalah kan sebab tak check betul2.. nasib badan.. hehehe

Unknown said...

nasihat saya kalau ada promosi jualan murahan makan pastikan cek tarikh luput...biasanya dijual murah sebab nak habiskan stok sebelum expired terus..sy pernah terkena dengan air yougurt..nasib biak buka depan kedia, terus minta tukar...

Nudabuffy said...

yang ni masa jual memang dah expired. dah dekat dua bulan pun.. tulah, mmg salah sendiri la tak cek betul2.. heeee

Mama Pongkey said...

Adoi kesian Nudabuffy. Get well soon ye. Boleh juga cuba sesudu apple cider vinegar di dalam segelas air minum, ni boleh hilangkan loya.

Teruk betul sesetengah peniaga ni. Mungkin Nudabuffy boleh cuba buat yoghurt sendiri lepas ni. Ataupun, kalau dilanda malas seperti saya, beli yoghurt natural kosong tu, campur dengan jem, jadilah yoghurt buah-buahan. Sedapnya. Paling koman letak madu je pun sodapp. Cairkan sikit dengan air kalau nak diminum.

Ada sesetengah orang kata, dalam banyak-banyak minuman probiotik ni, yang paling baik ialah Yakult. No menurut kata kawan yang dah melawat kedua-dua kilang Vitagen dan Yakult. Yang Yakult ni lebih bersih kilang dia.

Nudabuffy said...

Aik, macam tu je ke kekdahnya.. Macam senang je.. Hehehe.. Boleh cuba ni.. Hmm maybe sebab yakult tu Jepun punya kot.. Diorang kan memang particular bab kebersihan ni..

PutriPurnama said...

laa, macam tu jadinya.ok tak apa, sabarlah ye, lain kali berhati hati. Jaga kesihatan diri.

Mama Pongkey said...

Hehehe cam tu je. Suka jem yang kurang manis atau natural. Contohnya jem blueberry organik Cosway tu, time sale boleh dapat dengan harga murah.

Hehehe nak kaedah yang lebih ganazz ke? Nanti bila dah datang angin rajin, kita boleh buat blogpost camane nak buat yoghurt sendiri. Tapi bila angin rajin tu nak mai tak tau la...

smRose said...

sambung komen yg td, kalau milo susu, susu tu kan medium yg sesuai utk pembiakan bakteria, makin sronok la diorang...hehehe

Nudabuffy said...

Puteri Purnama ~ Hait. Baik Cikgu! :)

Mama Pongkey ~ Orait.. Harap-harap angin rajin bertiup kencang.. Hehehe

smRose ~ Ohh.. begitu ya.. mujurlah.. Sejak akhir-akhir ni kurang gemar minum bersusu kecuali minuman yogurt. Sekali kena yang expired daaa.. Hehhehe

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Kalau ada promosi makanan kejadian spt ini selalu berlaki jika kita x berhati2. Tidak pun mrk promote makanan dlm tin yg kemek2, pun yg x sepatutnya dibeli juga.

suka suka said...

bukan Giant je ni.. Mydin pun mcm tu..offer yg kemek-kemek ... kalau offer tu kena tengok2 dulu.. kalau kain atau baju takpe.. get well soon!

GO GREEN said...

aduh Nurul... hati2 bila membeli..sumer pasaraya sama jer.. promo pack or hamper mesti yg dah nk expired, kena check dulu. Btw, lynn br balik dr Putrajaya buat follow up treatment..ada 2 patient yg menderita dgn kidney failure, gara2 mkn collagen! So berhati2..apa pun mktg sumer akan ckp boleh, x bahaya, bla, bla.. asal blh jual. Kesannya? pengguna..

Nudabuffy said...

Ummu madihah ~ Salam mak aji. Memang betul tu. Dalam berhati-hati kadang-kadang terlepas pandang.

Suka-suka~ Kak mar, baju dengan kain pun kena tengok2. Kadang-kadang ada kecacatan. Cuma tak membahayakan kesihatan la.. Hihih

Lynn ~ Ya Allah. Ye ke lynn? Ok noted, will do more research on it. Itulah, kadang-kadang orang ni lagi kita ada masalah kesihatan, lagi amik kesempatan nak promote product. Yang collagen ini pun gatal2 nak cuba. Tapi kalau dah boleh sebabkan kidney failure, apa citer pulak kat nurul yang mmg sedia ada chronic kidney disease ni kan?

Mama Pongkey said...

Halamak dah terbuat dan termakan pun yoghurt hari tu, lupa lak ambik gambar buat blogpost. Alahai...