Great stuff to be shared together...

Monday, October 29, 2012

Skim Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Farmasi Pandu Lalu

Hmm.. saya tahu saya ni spesis yang kuat merungut. Kuat komplen. Hahaha. Tapi kalau benda bagus, kita kena fair. Kena bagi kredit sikit kan?.

Saya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang prihatin dengan masalah yang dihadapi pesakit. Antaranya kekangan masa dan jarak untuk mendapatkan bekalan ubatan. Misalnya sebelum ni, saya perlu berulang alik ke Hospital untuk mendapatkan bekalan ubat setiap bulan. Kemudian, KKM memperkenalkan Skim Ubat melalui pos dengan bayaran RM5. Saya berpuashati dengan perkhidmatan ini sebab waktu itu kos untuk ke hospital melebihi RM20, tidak termasuk masa dan tenaga. Kecil, tapi masa tu saya tak bekerja, RM20 cukup untuk bekalan dapur selama seminggu.

Tapi apabila saya mula bekerja, tiada orang di rumah yang dapat menunggu dan menerima bungkusan POs Laju. Akibatnya, saya terpaksa pula ke Larkin untuk mengambil bungkusan di Pejabat Pos Laju. Baik tak payah. 

Dengan adanya SPUB saya dapat mengambil bekalan di mana-mana pusat kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ini. Cuma maklumkan pada pegawai farmasi tempat kita mendapatkan rawatan, nyatakan KKM mana yang kita mahukan, mereka akan menguruskannya. Kita akan diberikan nombor rujukan untuk diserahkan pada Klinik Kesihatan terbabit. Alhamdulillah, dengan cara ini saya dapat menguruskan masa dengan lebih baik, dan tidak mengganggu masa bekerja saya. 

Untuk maklumat lebih terperinci sila ke SINI.


Untuk menjimatkan lebih masa, saya juga telah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu. Cara ini sangat praktikal untuk mendapatkan bekalan ubatan ulangan bagi individu yang mengejar masa dan tidak mahu menunggu. Cara ini juga dapat mengelakkan kesesakan di Farmasi. Cuma buat panggilan ke Farmasi berkenaan lebih dan nyatakan nombor rujukan. Kemudian ke drive thru untuk mengambil ubat. Untuk servis ni, kita diberi kad seperti di bawah.

Sorry gambar tak jelas.

Saya ingin merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan kemudahan ini.

 

3 comments:

suka suka said...

bagus la macam ni..tak la kita bertambah/double sakit untuk mendapatkan ubat...

Mama Pongkey said...

Ayah saya pun menggunakan Skim Ubat melalui pos. Memang memudahkan pesakit.

Bukanlah kuat rungut tetapi rajin memberi teguran membina :-) Saya pun lebih kurang juga.

Nudabuffy said...

Memang sangat membantu. Kalau betul-betul buat kerja dan keluarkan idea bernas macam ni, siapa nak komplen ken?