Great stuff to be shared together...

Wednesday, November 7, 2012

Kelahiran

Sejak berhenti kerja sebagai jurutera, suamiku yang gagah telah bertukar angin menjadi petani dan penternak. Hehehhe.. Saya suka.. sebab waktu kerja yang sangat fleksibel. Boleh teman saya pergi hospital. Alhamdulillah, kami lebih tenang dan gembira sekarang. 

Disebabkan kepentingan menjaga sumber protein saya, kami telah bersetuju untuk makan ayam organik atau arnab buat masa ni. Baru-baru ni ada beli anak-anak ayam dan ada juga dapat anak ayam botak daripada mak saya. Arnab pun tengah produktif. Meremut-remut. Sungguh menyelerakan bila dipanggang dengan resipi istimewa suamiku. Isteri goyang kaki. Yeay!



Empat ekor anak Buncit.. Oh..yang ni tak boleh dimakan.

Anak-anak arnab. Yang ni boleh dimakan..bila dah gemuk nanti.. Hehhehe

Ada orang tak makan arnab. Ada yang kata macam kucing, kesian dan sebagainya. Pendapat masing-masing. Saya dulu pun ada juga persepsi sebegini. Tapi daging arnab antara makanan yang sihat, kurang lemak, malah lebih senang diproses dan bersih berbanding ayam. Membela arnab memberi bekalan makanan dan baja kepada kami. 

P/s: Saya geli dengan anak arnab yang macam dalam gambar ni. Hohoho


5 comments:

Hidayah Salim said...

tang kucing tu comelah, tang anak arnab tu taada induknya ker? sejuk arnab tuu...

Mama Pongkey said...

:-) bagus tu sumber protein yang sihat. Susah tak nak proses arnab selepas disembelih? Salute pada korang berdua ternak sendiri makanan... saya sendiri belum mampu lagi berbuat demikian.

Nudabuffy said...

Hidayah Salim ~ ada.. tapi ni alihkan ibu sebab nak tangkap gambar anak dia.. Nanti tangkap gambar arnab-arnab pelbagai peringkat umur..

Mama Pongkey ~ Saya belum pandai lagi.. Tapi umpama membuka jaket layaknya.. Kena ada skill juga sebab kalau pundi kencing dia pecah, boleh hancing daging dia.. Tapi bila selesai memang bersih..

baguznet said...

Nak proses arnab tak susah sebenarnya tapi make sure buat masa baru lepas sembelih, darah masih panas, arnad masih belum keras, senang nak buat kerja

cemana bela arnab tu sampai dia nak beranak sendiri? Induknya jaga tak anak-anak tu? Saya pernah bela di kampung, induk x jaga anak-anaknya :(

Nudabuffy said...

hmm..saya tak pasti pulak...yang hubby bela ni pandai jaga anak sendiri.. Tapi ada juga ibu yang tak matang, dia tak cabut bulu b4 beranak dan ada yang tak susukan anak.. Selalunya, kami simpan bulu-bulu yang dicabut oleh arnab lain, dan pegang ibu supaya anak dia dapat menyusu.