Great stuff to be shared together...

Tuesday, October 16, 2012

Akhirnya Keembongku Berbunga Jua

Setelah berbulan-bulan tanam, dah trim beberapa kali, sampai naik fed up makcik dibuatnya. Ingat nak nyahkan je dari tapak tanaman, sekali ada putik daaa.... Yang dah cabut tu innalillah je lah kan. Mari cuci mata dengan bunga saya. hihihi







Aik? Mana Pergi warna putih? Oh...dah kena cabut agaknya. heheheheh

9 comments:

Ana Rashidah said...

wahhh ada lagi yang menanam bunga ni. bunga lama ni. ingat zaman kanak2 dulu ada tanam bunga ni. susah nak jumpa bunga ni sekarang.

suka suka said...

cantik warna-warnanya ..dah 3 minggu akak campak benih bunga ni dalam pasu..tak menjelma langsung..sepatutnya mudah je dia hidupkan..macam masa kecik2 dulu..suka yang berlapis2

mat jon said...

cantik tu..biasa keembong ni dibiarkan je sebab jenis tahan lasak..siram pun jarang jarang, harap kan hujan je. lepas tu kalau kalau dah berbunga biar je sampai kering ada benih jatuh nanti ada yang hidup..nice

Nudabuffy said...

Pokoknya sangat senang nak hidup, tapi yang saya tanam ni bukan main lama tunggu baru nak berbunga.. Tinggi dah sama dengan tuannya.. Bila trim makin bercabang-cabang, makin semak jadinya.. Oh ya, pagi tadi ada satu kaler lagi yang kembang.. warna oren.. tak ingat pulak ada kaler ni masa kutip benih.. mungkin dah kahwin agaknya.. Heheheh..

Akak suka suka, yang berlapis memang cantik.. macam ros..

Mat Jon~betul betul betul. Pastu teka bunga dia kaler apa. Hahahah

lynnhelite said...

Lynn dah try berkali2.. FAILED!!

MS said...

bunga ni yang buahnya boleh meletup bila disentuh yer?

lynnhelite said...

Nurul.. simpan sumer benihnya & sell to me please, please... (sambil kelip-kelip kan mata mintak dikesiankan..)

Nudabuffy said...

Lynnhelite~ InsyaAllah... kalau benihnya menjadi mesti sampai benih kat lynn.(Melting)

MS~ Haah... bunga yang tulah.. bunga yang sederhana tapi kalau banyak memang cantik

Nudabuffy said...

Lynnhelite~ Nampaknya tak dapat nak tunaikan impian lynn.. Ulat-ulat tu makan bunga sekali. Sedihnya.. Hmm.. nak pergi lupuskan mereka semua. Ciss!