Great stuff to be shared together...

Monday, October 29, 2012

Tuaian di Kampung. Di Bandar Kekeringan.

       Masa bulan puasa yang lepas, adik perempuan saya datang tinggal dengan saya. Bulan lepas pula, adik lelaki saya meneman saya sambil mencari peluang pekerjaan. Apabila mereka tinggal dengan saya, secara tak langsung mereka pun terlibat sama dengan hobi berkebun. Bila balik semula ke kampung, mereka pula buat kebun sendiri. Tapi kenapa pokok diorang lebih menjadi? Jealous! Jealous! Haha.

Seronok balik ke kampung. Banyak pokok keliling rumah yang boleh dituai. Tugas menuai serahkan pada saya. Hahaha. Rakus, semua benda nak kutip. Tapi untuk mengelakkan pembaziran, lagi-lagi waktu rezeki makanan melimpah ruah, saya tahankan je nafsu tu. Hehehe. Raya lah katakan. Makanan banyak kan.

So, inilah yang saya kutip masa balik ke Segamat hari tu. Markisa dibuat minuman, terung telunjuk, mak goreng je, cili padi dan limau kasturi untuk buat memasak dan sambal belacan. Berselera semua makan. Tak sangka sedap juga terung telunjuk tu dimasak tumis goreng. Ingatkan sedap masuk dalam kari je. Buah markisa tu datang dari satu pokok je, cili padi sepokok, terung 2 pokok. Semua berbuah lebat. Cili padi petik yang dah masak je pun dah banyak. Padahal tanah dekat rumah mak tu penuh batu. Mak kata, nak bagi tanah tu berongga sikit, campak je bulu-bulu ayam ke, sabut kelapa ke. Kalau tanam kunyit memang berketul-ketul rizomnya. Oh.. begitu rupanya.

Markisa, Limau Kasturi, Cili padi, dan terung telunjuk.

Esoknya meronda lagi. Nampak bunga telang tengah meremut-remut. Geramnya. Bunga ni mak guna untuk warnakan nasi kerabu. Saya ceritalah yang bunga ni boleh buat sirap biru.

Bunga telang. Ayah panggil bunga nasi kerabu.
Saya gerak balik ke kampung petang Rabu. Semalam baru sampai ke Skudai semula. Terkejut tengok tanaman semuanya kekeringan. Pandan pun dah jadi kekuningan. Pokok ulam raja terus garing. Daun sup terus arwah. Pokok cili bom saya pun dah layu. Tu dia duk tempat redup tu. Huhuhu.. sedih la. Kebanyakan pokok cili dah tak dapat diselamatkan termasuk cili ceri. Mujurlah masa nak balik kampung hari tu ada bawa sepokok untuk beri pada mak. Pokok carrot saya pun dah nazak. Saya ajak hubby cabut je. Lagipun dah lama tanam. Sekali, cenonet je hasilnya. Kekekekk.. dah la pelik ghopenye. Satu je yang agak gemuk.

Carrot Dragon. Suka warnanya.

5 comments:

suka suka said...

salam..rendam dalam air mudah2han yg kering tu segar kembali..cili bom tu sayangnya kalau buang..baru cadang nak minta benih...kat sini pokok pudina akak paling cepat kering..kena tinggal 3 hari...cepat2 curah air 3 gelas..alhamdulillah dapatlah selamatkan.

shafirul suffian said...

waahhh...tahniah..dah berjaya dengan carrot dragon nampak.. jeles ni... jeles ni...

Nudabuffy said...

suka suka ~ kak, benihnya ada. Akak bagi alamat ya. Hantar ke nudabuffy@yahoo.com.

shafirul suffian ~ tu kira berjaya eh? Hahaha.. happy!

Mama Pongkey said...

Banyak pahala Nudabuffy ni, dah berjaya melahirkan pekebun baru pula. :-)
Saya rasa carrot dragon tu berjaya. Sebab carrot 1st time saya memang teramatlah hodoh sehingga suami ragu-ragu nak makan. Hahaha.

Nudabuffy said...

Dah makan carrot tu.. warna dalamnya ada yang oren kesemuanya, ada yang oren dan kuning. Rasa dia macam pedas sikit. Sebab dah tua agaknya. Err..carrot no 2 tu agak obscene sikit rupanya..opsss!