Great stuff to be shared together...

Friday, October 19, 2012

Update Appointment 18 September 2012


Berdebar nak jumpa doktor hari tu. Pertama, sebab tak buat juga implanon. Bukan sengaja ok, BP maintain kat 170/100. Doktor kat LPPKN tak bagi buat selagi BP tak terkawal. Kedua, berdebar sebab tahu bila BP tak terkawal, mesti keadaan buah pinggang akan jadi tak bagus.

Nurse check BP, cantik, 120/70. AIK?!! Seriously? Pastu doktor tanya dah buat implanon ke belum, saya tunjuk je terus note doktor LPPKN. Tapi dia tak puas hati. Mesti buat juga. Saya cakap, BP saya memang tak cantik. Kalau nak buat juga kena control dulu tekanan darah. So, doktor bagi satu lagi ubat, Prazosin. Dia cakap dia sangat risau sebab fungsi buah pinggang saya merosot dengan pantas. Bacaan creatinin daripada 340 terus lompat ke 410. Yahoo.. hebat Nurul Hidayah ni. Kalau prestasi kerja meningkat macam ni kan bagus? Hahahhaha. So dia dah suruh fikir pasal dialisis secara serius, dan tak lupa nak fikir sapa yang nak bayar kosnya sebab saya cuma pekerja kontrak je. Baru-baru ni saya dapat interview untuk jawatan tetap di UTM. Nak jadi cerita salah seorang interviewer tu Professor yang saya jumpa untuk rawatan alternatif. "Yang ni macam kenallah", kata beliau merujuk kepada saya. Saya berteru-teranglah siapa saya. Kemudian penemuduga lain cakap,"Habis awak sakit ni, macammana nak kerja?". Terus rasa down sepanjang temuduga tu berlangsung. I guess I blew my chance. Arghhh.. Forget it. I hate it when I start pitying myself. Sebab saya sakit, susah nak dapat kerja tetap, sedangkan orang macam sayalah yang paling perlukan kerja tu berbanding orang yang duk melebur duit sewenang-wenangnya.

Tapi Allah Maha Kaya. Dia bagi teguran segera. He sent my long-lost friend, Ana. Kami berjumpa, bertukar cerita, berkongsi suka duka. Ana ada cerita yang tersendiri. Honestly, kalau saya diletakkan di tempatnya, saya tak pasti saya mampu menanggungnya. Ada antara kita Allah SWT duga dengan ujian atas dirinya sendiri. Ada yang ’hadiah’ tu dihantar dalam bungkusan berlabel ’Orang Kesayangan’.

Hmm..masa doktor beritahu tu saya boleh sengih-sengih lagi. Entahlah, hati kecil saya berkata,  kalau saya mati muda pun bukan sebab sakit buah pinggang. Iya ini cuma suara hari saya, tapi gerak hati saya selalu tepat, I tell you. :P Masa kena c-sect dulu, saya ingat time tu la nak putus nyawa. Dah la boleh pulak tengah syok-syok diorang menjahit, bius start habis. Tapi bila dengar suara baby, terus rasa tak nak mati lagi. Boleh tak gitu? :P Masa tu saya fikir, Allah, bagilah saya peluang untuk memangku, memeluk dan mencium anak saya. At least, bagilah dia peluang minum air susu saya. Alhamdulillah, Dia kabulkan walaupun untuk seketika sahaja. But please Allah, biarlah jasad saya tetap sempurna walaupun nyawa telah terpisah. Saya tak mahu orang takut nak menyempurnakan jenazah saya. I am being honest here. Please please please. Sebab tu saya selalu marah dengan pengguna jalan raya yang gila, kejam dan tak bertimbang rasa. Saya tak mahu mati di tangan mereka.

Mungkin saya pesimis dengan kesihatan saya, tapi saya tak fikir itu perkara yang negatif. Mengingati mati membuatkan kita menghargai apa yang kita ada, mensyukuri apa yang kita tak ada. Mengingati mati membuatkan kita tidak takut melakukan apa yang benar, because we have nothing to lose. Mengingati mati mendorong kita membuat sebanyak-banyak kebaikan yang kita mampu. Mengingati mati mengurangkan rasa cinta pada harta dunia. Mengingatkan kita agar mengelak daripada melakukan kesalahan pada insan lain. Menyuburkan rasa ingin menyelamatkan orang lain. Ada perkara yang dilihat janggal atau asing di mata orang lain, tapi berkesan untuk diri kita. Maafkan mereka, mereka tidak tahu.

6 comments:

lynnhelite said...

Bersabar menempuh dugaan hidup Nurul, ramai lagi yg lebih sengsara dr kita. Sekurang-kurangnya kita ada org kesayangan di sekeliling kita, penguat semangat tu..

@izY@N said...

tabahnya dayah.. Kagum dengan semangat dayah..semoga terus kuat ye

TukangKebun said...

You are a strong women seriously...HUGs.
Saya dah phobia nak bersalin kat Malaysia semenjak dengan anak sulung. Kena C-section ada ke ubat tahan sakit asyik lupa je kasi dekat patient. Dahlah kita ni tak de bersuara dan tak larat nak panggil nurse. Pastu kita pula yang kena marah, kadang-kadang saya tak faham mereka ni ingat saya ni pakai ala kadar simple macam tak nampak educated boleh layan gitu aje kut. Kalau orang pangkat besar sibuk layananyatakut kena report dengan orang besar atasu kut. Kalau duduk dekat Australia ni semua layanan sama siap hospital bagi brochure patient rights lagi. Beza betul mentality orang kita berfikir lagi. Sigh. Sabar ya.

Nudabuffy said...

lynnhelite: Betul tu. Rasanya kalau bukan sebab orang-orang kesayangan, memang dah takde will dah rasanya.

muzai~ Maybe I just put a brave front. Tapi bersyukur sebab Allah bagi peringatan.

Tukangkebun~nak cerita pasal mentaliti memang tak habis,tapi bila kita komplen kita kena balik. Teringat pulak masa duduk dalam ICU kena marah dengan nurse sebab minta selimut extra. Pengalaman C-sect dan post-C-sect memang ngeri. Tapi sabar jelah.

ummihasan said...

am sure ana read this.. Hi Ana!! hehe.. mana jumpa ana? nnt wed Gubin kat Kajang p tak? jomla turun Kajang nnt =) Ana also ye.. last kt UPM kita jumpa. eh tetiba..tumpang ye dayah ;)

Nudabuffy said...

Ummu~ Ana sambung master kat UTM. Dayah pergi yang belah lelaki kat Batu Pahat rasanya. Tak dapatlah nak jumpa. :(