Great stuff to be shared together...

Wednesday, October 24, 2012

Last Harvest Sebelum Raya Haji - Bayam, Bendi, Cili Bom

Plannya malam ni nak gerak balik rumah mak di Segamat, lepas tu balik Terengganu pulak. Tapi tetiba parents tak jadi balik sebab nak pakai duit banyak. Next week adik lelaki nak konvo kat Batu Pahat, hujung November pulak adik yang kat UMT pula. Takkan nak gi Terengganu dua kali dalam masa yang terdekat. Emak pulak nak ikut rombongan menghantar pengantin ke Kelantan lagi dua minggu. Lately, keluarga saya yang belah Johor ramai yang pilih orang pantai timur jadi pasangan hidup. Kalau tak Kelantan, Terengganu. Mengikut jejak langkah mak ayah saya pulak. Dah jodoh, jarak jauh apa ada hal, kan? Hmm.. ada hikmah tak jadi balik Terengganu. Lagipun oleh sebab kejadian semalam, secara automatiknya saya akan memerlukan kewangan lebih.

So sebelum kitorang meninggalkan rumah sewa tercinta ni, kutip lah dulu hasil yang boleh dikutip. Dapatlah beberapa biji bendi merah. Banyak dekat pokok, tapi oleh sebab selalu hujan, tak dapat kutip. Tualah diorang dekat pokok. Hari tu ada nyonya lalu, minta benih bendi merah. Dia geram sebab saiznya besar. Tapi belum cukup kering untuk dijadikan benih. Hubby suruh dia datang lagi lain kali. 

Hmm...selain tu, dapat juga kutip benih bayam merah. Dah macam pokok bunga gayanya  sebab sejambak besar. Banyak juga dapat. Seronok bangat. Nak semai sikit kat Rengam, kat Segamat, kat JB, dan kat rumah Kaklong dekat Kulai. Biar tersebar luas. Hahahah. Macam nak sebar virus pulak. 

Pastu kutip cili pedas gile yang dah masak sampai nak kering kat pokok. Tak tahu nak buat apa dengan diorang. Suami suka pedas tapi dia kata yang ni pedas tak sedap. Saya memang tak kuat pedas. So saya biarkan dia jadi pokok hiasan sebab warna merah menyala dia sangat cantik.


Mula-mula dapat banyak ni je.

Bos dengan bunga bayam. Dah jadi arwah dah pokok ni.

Ala.. Salah timing pulak tangkap gambar. dah petik baru tangkap gambar.

Semuanya merah.

What I'm gonna do to these fellas? Err.. Habanero ke Scorpion?

8 comments:

Rini Jy said...

wahhh...menariknya cili tu. mana dapat benih? teringin lak nak tanam :)

lynnhelite said...

jgn lupa simpan benihnya utk lynn ya darling!!

mat jon said...

banyak cili tu, buat sambal ala mexico hehe

shafirul suffian said...

rasanya ada juga yang panggil ghost peppers... memang berhantu kot tahap pedasnya... lebat jugak tu buahnya... kalau buat sambal belacan sebijik pun dah cukup apa... heheh

suka suka said...

Pedas sangat ya..tu yg debom tu..jadi hiasan ok jugak..

TukangKebun said...

Sakit mata kalau terkesat dekat mata bila pegang cili ni. Scorpian?

Nudabuffy said...

Riny Jy~ Boleh je nak share. Pm alamat eh?

Lynnhelite~Orait cayang!

Mat Jon & shafirul ~ Pedas sangat-sangat. Tapi suami makan selamba je. Cuma dia kata tak sedap.

suka suka~ Memang cantik jadi hiasan sebab warnanya terang dan buahnya lebat.

tukang kebun~ betul tu. Dah tau pegang lada, gi pegang sana sini. Pijar. Hahha. Pastu tak tahu nak buat apa.

Rini Jy said...

boleh ek? okiess.... :)