Great stuff to be shared together...

Monday, April 8, 2013

Projek Gaharu

Tanaman gaharu ni diusahakan oleh bapa mertua saya. Hmm tak pasti dah berapa tahun, rasanya dalam 4-5 tahun kot. Damar gaharu ni digunakan untuk menghasilkan minyak wangi yang mempunyai bau kayuan (woody). Suami saya pula bertugas sebagai buruh kasarnya. Hahahah..

Kalau nak tunggu damar gaharu terhasil secara semula jadi memakan masa yang agak lama. Biasanya kalau di hutan-hutan damar terbentuk selepas pokok 'dirosakkan' oleh makhluk seperti anai-anai misalnya. Dalam proses pemulihan pokok itulah damar terbentuk. Sekarang ni proses tu dapat dipercepat dengan cara menyuntik dengan bahan tertentu, kami panggil ubat gaharu. Ubat ni kami beli je daripada pembekal.

Kalau ada masa lapang di kampung, saya suka pergi mengorek anak pokok gaharu untuk dipindahkan. Seronok juga, macam mencari barang tersembunyi. Sambil-sambil mengeluarkan peluh. Bila pokok dah tinggi sekurang-kurangnya sekaki, kami akan sulam di antara pokok-pokok gaharu yang dah besar. Pernah juga ada orang bertanya untuk dapatkan daun gaharu untuk dibuat teh, tapi tak jadi. Tak tahu kenapa. Saya tak tahu pula apa khasiat teh gaharu, jadi saya buat pencarian di google. Untuk pembacaan lanjut, boleh rujuk SINI atau search sahaja 'teh gaharu'.

16 comments:

ummuaidan said...

Rsnya ms kat kg nenek dl pernah tgk getah damar nie..yg agak brkilat gitu kan,..

Nudabuffy said...

Saya tak pernah tengok.. tapi kalau tak salah saya memang gelap warna dia. Yang terhasil secara semulajadi mahal harganya

@na said...

dgr kata gerharu ni amat mahal kan? tk penah tgk pokok ni...

nadia rashid said...

rasanya betul dh apa yang ummu ckp...getah nya berkilat color mcm kayu yg disyelek..

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

kami pernah beli kayu gaharu ni utk dibakar dalam bohol untuk tujuan mewangikan rumah. Memang cukup mahal! Beli takat 100gm shj sebab mahal sangat tp memang wangi!

Puteri Purnama said...

bertuahnya ada ladang seluas ini, ditepi kawasan tu bolehlah tanam sayur2 pasti tanah ni amat suburkan Nuda.

TukangKebun said...

Diana kagumlah tengok macam-macam projek suami Nurul. Bagus orang-orang muda rajin menceburi macam-macam. Masa MAHA lepas ada expo pasal gaharu baru Diana faham serba sedikit pasal pokok ni.

nor laila said...

as salam..salam kenal..follow me back ok..

Nudabuffy said...

Berkenaan harga, untuk yang ditanam secara komersial, saya tak pasti berapa harganya. Tapi pernah ada orang bercerita yang dia dapat tanah kurnia, dalam kawasan hutan tu, dia dapat gaharu yang terbentuk secara semulajadi. Dia ditawarkan harga yang sungguh-sungguh mahal.

Kak Puteri : Memang subur, tapi bukan tanah kami. Tanah bapa mertua. Tapi sekarang suami Nurul tanam juga macam-macam. Jenis-jenis serai dan labu. Memang sayang kalau terbiar kosong.

suka suka said...

Ada yg kata gaharu ni boleh mendatangkan hasil lumayan... semoga berjaya..

Nudabuffy said...

Diana ~ Alhamdulillah memang minat dia. Hikmahnya, ada juga yang dapat membantu orang tua di kampung. Adik beradik yang lain dengan kerjaya masing-masing di bandar.

Nudabuffy said...

Nor laila ~ Salam. Salam kenal Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Mariam Abu Bakar said...

Pokok gaharu saya berusia dalam 1 tahun lebih. Tiba-tiba daunnya semua gugur dan tinggal ranting kering. Saya cuba patahkan ranting dan nampak titik hitam ditengah ranting. Saya cuba belah ranting dengan tangan dan satu jalur hitam ditengah-tengah. Saya keluarkan jalur hitam itu dan saiznya lebih kurang batang jarum. Saya cuba bakar gunakan pontong rokok, baunya harum. Apakah ini gaharu, tetapi kenapa anak pokok yang berusia setahun lebih telah mengeluarkan gaharu. Saya telah sembur baja kepada anak pokok supaya tidak mati. Anak-anak pokok yang lain juga beberapa kali daunnya gugur menjadi togel, kemudian tumbuh pucuk-pucuk baru.

Mariam ~ Puan, saya tak pasti pula kenapa boleh jadi macam tu.. Tapi memang possible resin gaharu dah terbentuk secara semulajadi kerana pokok bertindak balas bila ada ancaman. Mungkin juga pokok mati kerana serangan kulat atau keadaan cuaca. Kami pun masih perlu banyak belajar. Terima kasih kerana berkongsi masalah.