Great stuff to be shared together...

Wednesday, April 3, 2013

Mahkota Dewa

Hmm... kenapa agaknya orang panggil mahkota dewa. Ditilik-tilik, tak ada pula bentuk mahkota. Saya rasa setiap rumah sedara-mara suami dekat kampung ada tanam pokok ni. Tapi tak buat apa-apa pun. Buahnya jatuh bertaburan je. Kalau tengok harga produk yang ada mahkota dewa, mak aih, mahalnya. Oh ya, nama saintifik mahkota dewa ialah Phaleria macrocarpa.




Saya pernah tanya kenapa tak diapa-apakan buah tu. Katanya sebab ada bahagian pada buah mahkota dewa yang bersifat toksik. Kalau tak pandai, boleh jadi beracun. Kebetulan blogwalking hari tu ada terbaca, bahagian yang digunakan ialah antara kulit dan biji. Bahagian isi buah la maknanya kan? Bahagian tu diracik dan dikeringkan betul-betul barulah boleh digunakan. Ibu mengandung dilarang untuk guna hasil daripada tanaman ni.

Antara khasiat buah mahkota dewa yang saya jumpai ialah mengubati kegatalan, flu, sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia berfungsi dengan cara bertindak sebagai antibakteria, antivirus, meningkatkan sistem imun, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan pembekuan darah. Hmm.. Lecturer saya pernah pesan, kalau nak menjalani pembedahan, jangan makan herba yang menghalang pembekuan darah. Jadi berhati-hati ya. Selain itu, mahkota dewa juga dapat mengurangkan timbunan lemak pada pembuluh darah. Ada juga artikel di laman maya yang mengatakan bahawa mahkota dewa baik untuk pesakit hepatitis, gout, hipertensi, reumatik dan penyakit ginjal. Apa-apa pun, dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakannya.





6 comments:

@na said...

tak penah tgk buah mahkota dewa ni..thanx for de image

nadia rashid said...

ooo begini buah nya..merah menyala..ni menarik budak2 petik

Puteri Purnama said...

tempat saya pokok ni dijual rm50, sepokok yg belum berbuah, yg dah berbuah mencecah rm ratusan ringgit.

Nudabuffy said...

@na ~ takde bentuk mahkota pun kan?

nadia rashid ~ jangan kata budak-budak.. saya pun geram nak petik. Cantik sangat warna dia

Puteri Purnama ~ Hah? Ye ke kak? Mahal rupanya. Kalau macam tu boleh buat berniaga ni. Heheheh..

TukangKebun said...

Mama Diana ada pokoknya lebat berbuah, sudah dipesan kutip yang jatuh dan keringkan. Tapi selalu malas nak kutip, bila big boss nak dekat balik baru pergi kutip hehehe....

Nudabuffy said...

Haah, buahnya lebat walaupun pokoknya kecil. Hehehe, kalau rumah dekat, Nurul sukarela jadi tukang kutip.