Great stuff to be shared together...

Wednesday, April 3, 2013

Alkisah Scarlet Radish

Ingat tak gambar ni?

Memang cantik menarik kau memang debomm la kan? Yang ni yang ditanam di rumah kami di Skudai. Ada beberapa yang ditanam di kampung pun dah dituai. Cantik walaupun kecil. Yang ni nampak cantik.. Tapi..


Satu je yang betul sempurna, yang satu ada bisul, yang lagi satu memang tak membentuk langsung. Tak apalah, syukur ada rezeki kan. Lagipun yang ni tanam nak seronok-seronok je. Yang dua tu saya campurkan dalam bubur nasi bilis saya. Rasanya macam lobak putih juga. Isinya pun putih walaupun kulitnya merah. Not bad. Daunnya tak tahu nak guna macammana, jadi suami tapau untuk bagi arnab-arnabnya.

Oh ya, cakap pasal arnab, lupa nak bagitahu, jualan Panda, Pondo dan Pindi dah ditutup. Sebabnya diorang semakin menggebu dan comel, menyebabkan tuan arnab tetiba rasa sayang nak jual. Lagipun, ada dua induk jantan dah mati sebab dianiaya dengan tikus. Cik menti-cik menti sekalian pergi makan testis diorang. Kesian.. tentu Yus dan Tokey (nama induk jantan tu) mati dalam keadaan tersiksa. Jadi perang telah dilancar kepada cik-cik menti sekalian. Sekarang budak-budak bertiga tu jadi calon untuk jadi induk.

3 comments:

hitomi lavender said...

Wah..siht2nya daun lobak ni...

nadia rashid said...

ada jugak beli benih radish...kena study sikit lagi cara nak tanamnya..:D
kesian pulak baca cerita arnab tu..jahat betul cik menti...kasi perangkap semua..dh selam dlm air..

Nudabuffy said...

hitomi ~ alhamdulillah.. tapi tak tahu nak guna macamana..

nadia rashid ~ good luck and happy gardening. Kucing banyak kat rumah tapi semua pengecut.. hohohho