Great stuff to be shared together...

Friday, April 26, 2013

Alahai PRU13



Salam semua.. Hmmm saya sendiri tak percaya yang saya akan buat entry ni di sebalik kemualan saya dengan perang cyber dunia politik yang menyampahkan. Dalam mual dan muak terpaksa ambil tahu juga. Yelah, nak mengundi katanya. Tak boleh tak tahu semua, kata bapa mertua saya. PRU13 ni lebih kepada ambil peluang nak balik kampung, lepas tu nak jumpa childhood friends. Saya akan mengundi di satu kawasan yang hampir 20 tahun saya tinggalkan. Eh, tetiba rasa tua.

Saya bukan benci semua bakal YB, semua parti atau mana-mana puak yang bakal berperang. Yang menyampah tu keyboard warrior yang taksub parti sampai mencarut-carut, fitnah maki, yang tak elok di dengar dan dipandang mata. Lepas tu penuhkan wall facebook saya. Sehari dua tiga share dah le. Ni sampai berpuluh-puluh, pastu berhujah macam tin kosong. Alahai, ni dan zaman baru, era baru, orang pandailah cari maklumat dan tentukan kesahihan maklumat tu. Cakap kalau takde fakta dan fitnah semata, such an insult to our intelligence la.

Pastu perang bendera macam budak tadika. Pasang ikut sedap je. Tak kira lah menghalang penglihatan pemandu ke apa. Ni musim hujan ribut ni, banyak yang tercabut berterbangan berkibar-kibar. Bahaya tau kepada pengguna jalan raya. Bagilah taklimat sikit pada si pemasang bendera, jangan ikut dan je.. Nak jadi pemimpin kan? Takkan pengikut tegar pun tak boleh ajar? Sama je dua-dua pihak pun. Pastu tak payahlah nak pasang sebanyak-banyak tidak bendera tu.. Ni tempat tunggu bas pun dah serupa bilik gerakan deme. Alahai.. daripada labur duit buat beli bendera dan upah orang pasang bendera, baik buat beli kayu, bata zink dan bagi upah orang baiki atau buat rumah orang fakir miskin. Pahala dapat, tanggungjawab terlaksana, dan untung-untung orang tu nak pangkah parti awak. Muahahah.. (eh macam rasuah pulak. Rasuah ke kalau bagi pada yang hak?).

Sedikit sedutan daripada sebuah blog yang saya baca. Saya suka baca sebab dia ni jujur dalam menulis.

"Aper pon.... Penyokong Totok PR akan tetap mengundi PR walau aper pon keadaannya... begitulah jugak Penyokong Totok BN tetap akan mengundi BN walau aper pon keadaannya.... sekarang nih kalu nak diikutkan kedua-dua pihak samer kekuatan (ties) iaitu sekitar 30% setiap satu kumpulan ... dan semua mata tengah nak tengok kemana 40% pengundi atas pagar nih nak swing...

Kalu Pimpinan Atasan PR buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus PR kali nih.....
Kalu Pimpinan Atasan BN buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus BN kali nih.....

Semuanya ditentukan oleh pengundi atas pagar.... pengundi muda.... first time voter....  nasib la korang.... patut lu orang sumer jaga mulut jangan keluar statement longkang..."


Sangat mewakili apa yang saya fikir dan rasa. Dan saya masuk dalam kategori 40 % tu. Pengundi muda+First Time Voter+Pengundi Atas Pagar. Good luck bakal YB dalam memenangi hati saya.

7 comments:

nadia rashid said...

Bila pengundi2 dah tak berahsia ini lah jd nyer..masing2 duk maki hamun sesama sendiri

Nudabuffy said...

tahu takpe.. pening pengundi atas pagar ni buat penilaian tengok pe'el diorang

Puteri Purnama said...

salam dik,
jangan peningkan diri.Jaga kesihatan.
Kita diasuh belajar sejarah, kita belajar dan membaca sejarah negara, memahami rukun negara, belajar sivik, gunanya utk menghargai jasa dan perjuangan nenek moyang kita, nak negara kita aman dan bersatu padu, jangan hanya tak suka seorang pemimpin kita ranapkan kerajaan yg dibentuk oleh pejuang2 masa lalu..cukuplah apa yg terjadi di Mesir, syria, iraq..sekarang siapa yg pesta atas kehancuran dunia yg terkenal kaya dan rakyat nya yg.ramai ilmuan..yg berilmu dan ulamak2 mereka 90% dah dibunuh dan terbunuh, saki baki yg hidup adalah sampah2 yg termakan hasutan, satu kuasa yg telah bersemuka dengan Allah dan bersumpah akan menyesatkan keturunan manusia sebanyak2nya, selagi bumi beredar dan manusia masih menjadi pemimpinnya.Justru itu mari kita berstu padu kekalkan keamanan negara ini, yg sedia ada memang tak100% sempurna, tapi masih berusaha kekalkan keamanan dan berusaha berlaku adil cuma tak berupaya memenuhi kehendak setiap individu, jadi kalau kita berpecah yg bakal naik nanti, belum tentu akan lebih baik, cakap pakai airliur bolehlah..hehehe..jom tanam bunga pokok bunga dan tanam sayur2 yg mudah tumbuh.

Nudabuffy said...

betul tu kak.. saya tak salahkan pemimpin, tapi menyampah dengan pengikut-pengikut kedua-dua puak yang lebih sudu daripada kuah.. dalam tak sedar, diorang ni memburukkan imej parti yang mereka wakili.

Jom.. nurul nak tangkap gambar bunga liar yang cantik tapi tak tahu nama

niceuncle khairul said...

sama gak..atas pagar..skrg ni tgh pikir2 nak pangkah mana satu..hehe..kejap2 yang ini, lepas tu tukar plak.. Lagi best rasa malas plak nak ngundi

niceuncle khairul said...

sama gak..atas pagar..skrg ni tgh pikir2 nak pangkah mana satu..hehe..kejap2 yang ini, lepas tu tukar plak.. Lagi best rasa malas plak nak ngundi

Nudabuffy said...

hehe.. tapi bila memikirkan 5 tahun sekali baru dapat mengundi tu rasa terlebih excited plak nak mengundi.. ngeee