Great stuff to be shared together...

Monday, April 22, 2013

Lobak Putih dan Peristiwa-Peristiwa Sepanjang Minggu

Salam semua.. Lama tak menjenguk blog. Banyak sangat hal dah kejadian sepanjang minggu ni.. Sibuk sikit. Malas banyak. Hahahah. Sebelum bercerita panjang, cuci mata dulu dengan tuaian lobak putih saya. Sebelum cabut punyalah teruja sebab nampak panjang gile lobaknya. Sekali tarik, cenonet je. Ngeheheheh.

Tuaian 18 April 2013.

Daun layu sebab biar lama sangat kat luar sebelum masuk peti sejuk.
Pada 9 April lepas, saya bertemujanji dengan Doktor Liu. Hari tu mood Dr Liu baik siap boleh borak gelak-gelak lagi. Creatinine naik ke 690 manakala urea turun daripada 23 ke 19. Walaupun creatinine saya terus naik tapi doktor belum bagi arahan untuk buat dialisis. Saya tanya dalam keadaan macamana saya mesti buat dialisis? Katanya, ada orang kena buat lebih awal, terutamanya kalau ada simptom seperti tak boleh kencing, bengkak, BP terus tinggi. Tapi saya takde simptom. Ada doktor yang kata, kalau saya tak beritahu, dia tak tahu pun saya sakit. Heheh.. Alhamdulillah, minta-mintalah keadaan saya bertambah baik dan kalau tak pun, statik dekat sini. So tak perlu lah buat dialisis.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, laporan perubatan yang selalunya lambat gile nak keluar, belum sebulan dah sampai notis. Hospital suruh datang ambil. So, sekali harunglah. Lepas appointment pi PERKESO pulak. Tapi oleh sebab kami guna alamat kampung, terpaksa hantar borang ke Pejabat Perkeso di Kluang. Esoknya ke Kluang pulaklah kami. Pung pang pung pang, pegawai perkeso kata maybe next month kena pergi meeting dengan Jemaah Doktor. Ok. Ikut jelah kan?

Alih-alih, 17/4/13 dapat surat suruh pergi Hospital Kluang pada 18/4/13. Ini sudah bagus. Tak payah tunggu sebulan. Tapi ramainyalah yang buat permohonan. Harap-harap dapatlah bantuan dialisis tu. Kalau tak dapat, saya memang larilah, terus tak buat. Hahahahh. Antara soalan yang ditanya.

1. Sudah kena buat dialisis?
2. Keputusan pemeriksaan terkini, jikalau ada.
3. Kalau kena buat dialisis, nak buat di mana? Sudah booking?
4. Bekerja atau tidak?
5. Sudah buat tapak (fistula)
6. Sejak bila sakit?

Kebetulan pula, di Hospital yang sama adik ipar saya, Idah sedang menunggu kelahiran bayinya. Kasihan. Tiga kali induce, tiga hari tahan sakit, at last kena ceaser. Apa nak dikata, bahagian masing-masing. Alhamdulillah, yang penting, mommy and baby selamat. Pada 20 hb April, my new nephew, Muhammad Zarif Iman dilahirkan dengan berat 3.18 kg. Muka sebiji macam Nasruddin dan Haziq. Semua spesis kening sepesen dengan hubby saya. Nampaknya cucu keluarga Abd Jalil semua keluar ikut tingkap. Yang dua bakal keluar tak lama lagi nanti pun ada possibility sebab kedua-dua ibu sebelum ni melahirkan dengan kaedah caeserian walaupun masing-masing ingin melahirkan secara normal.  

Oh ya, cerita pasal baby, tiba-tiba teringat. Hari ni hari ulang tahun kelahiran arwah anak saya yang kedua. Semakin hari saya dapat melalui kehidupan ini dengan tenang dengan hanya memikirkan kebahagiaanya. Saya ada terbaca artikel tentang perihal anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Sebelum hari kiamat, mereka akan dijaga oleh Nabi Ibrahim. Mereka tidak akan dihisab. Mereka pasti akan menjadi penghuni syurga. Bila difikirkan balik, tidak ada hadiah yang lebih baik daripada syurga yang sebenar. Saya cuma berharap, kami berpeluang berkumpul kembali sebagai sebuah keluarga. Amiin

14 comments:

suka suka said...

Amin...untuk doa Nurul...

Semoga sihat selalu.. elokla makan lobak putih tu untuk kesihatan.. tapi tak boleh selalu...

Nudabuffy said...

Kenapa tak boleh makan selalu kak Mar? Heheh memang tak boleh makan selalu. Tanam pun sikit-sikit. :P

smRose said...

sy tanam lobak putih tk menjadi pun

ummuaidan said...

Salam nurul..
anak2 yg meninggal sblm baligh mmg akan menjadi penghuni syurga dan mrk jugak menutup salah satu pintu neraka bg ibubapa mrk..goodnews tlh menunggu kan..nurul yg berjuang dgn kesakitan nie pun satu jihad jgk..byk pahalanya tuh...

Nudabuffy said...

smRose ~ cuba lagi eh. InsyaAllah jadi nanti. Saya pun dah tak ingat berapa kali gagal. Tak paham apa yang dia nak sebenarnya. Alih-alih yang ni ada rezeki pulak.

ummuaidan ~ salam ummu. Mudah-mudahan. Kalau dengan bersabar saya boleh mendapat redha Allah, kenapa tidak kan?


@na said...

salam nurul, moga cepat sihat...ganjaran pahala amat besar atas dugaan ini. INSYAALLAH.amiin.

Puteri Purnama said...

salam Nurul,
semoga Nurul sihat sihat saja sesihat lobak dan sayur2 yg lain tu..hehehe..sihat lobak tu nampak manis dan segar.

nadia rashid said...

salam nurul..sy tak faham dengan keadaan kesihatan awk..tapi apa pun semoga Allah memberi kesihatan yang baik..dan memberi kesabaran yang tinggi terhadap ujian yang diberikan pada awk...:D

btw..lobak putih tu comel betul...sy tgh mencuba ni

@izY@N said...

salam dayah..sorry eh, kita kurang paham sakit dayah..tp cuba dayah bukak link ni http://www.lumiglow2u.com/carasapuan
kot2 boleh membantu sebagai alternatif... kita guna juga produk ni..setakat ni alhamdulillah.. harap2 dapat membantu ye..

Nudabuffy said...

@na ~ Salam ana. terima kasih.. Aamiin

Puteri Purnama ~ Salam Kak. Baru masak untuk makan malam semalam. Sedap.. masak lemak putih.

nadia + aizyan ~ Jangan kata kita semua, doktor pun confuse dengan penyakit saya ni. Hehehe.. Kalau daripada ujian darah, sejenis sakit buah pinggang, tapi anehnya takde simptom macam orang-orang yang sakit buah pinggang yang lain.

lynnhelite said...

Nurul... jg kesihatan, jgn stress2.. always think positive. Lynn paham perasaan seorg ibu yg kehilangan anak. Lynn pun ada baby meninggal akibat jantung berlubang. After operations, doctor suruh bwk balik rumah, ms tu dah blh accept mungkin dia x blh survive. Akhirnya sebulan sehari, dia pergi meninggalkan Lynn..

Nudabuffy said...

lynnhelite ~ Sebenarnya, kalau ikutkan semua yang terjadi tu banyak hikmahnya. Mula-mula memang nurul sedih gile. Tapi bile fikir-fikir balik, takpelah dia dah aman kat sana. Dengan keadaan kami yang masih long distance marriage tak habis-habis ni, tak sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Mak dan mak mertua nurul masing-masing ada anak yang meninggal, jadi dapat sokongan daripada mereka berdua. I can say that I'm so lucky.

Xeea said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan. Semoga terus kuat, Dayah :))

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Amin!! Syukur alhamdulillah Nurul mendapat anugerah yang cukup berharga daripada Allah SWT yang berupa saham akhirat yang sudah pasti! Bukan ramai yang berpeluang meraihnya!

Mak Aji harapkan yang terbaik untuk Nurul, sama ada perlu buat dialisis atau belum lagi!