Great stuff to be shared together...

Monday, October 29, 2012

Skim Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Farmasi Pandu Lalu

Hmm.. saya tahu saya ni spesis yang kuat merungut. Kuat komplen. Hahaha. Tapi kalau benda bagus, kita kena fair. Kena bagi kredit sikit kan?.

Saya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang prihatin dengan masalah yang dihadapi pesakit. Antaranya kekangan masa dan jarak untuk mendapatkan bekalan ubatan. Misalnya sebelum ni, saya perlu berulang alik ke Hospital untuk mendapatkan bekalan ubat setiap bulan. Kemudian, KKM memperkenalkan Skim Ubat melalui pos dengan bayaran RM5. Saya berpuashati dengan perkhidmatan ini sebab waktu itu kos untuk ke hospital melebihi RM20, tidak termasuk masa dan tenaga. Kecil, tapi masa tu saya tak bekerja, RM20 cukup untuk bekalan dapur selama seminggu.

Tapi apabila saya mula bekerja, tiada orang di rumah yang dapat menunggu dan menerima bungkusan POs Laju. Akibatnya, saya terpaksa pula ke Larkin untuk mengambil bungkusan di Pejabat Pos Laju. Baik tak payah. 

Dengan adanya SPUB saya dapat mengambil bekalan di mana-mana pusat kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ini. Cuma maklumkan pada pegawai farmasi tempat kita mendapatkan rawatan, nyatakan KKM mana yang kita mahukan, mereka akan menguruskannya. Kita akan diberikan nombor rujukan untuk diserahkan pada Klinik Kesihatan terbabit. Alhamdulillah, dengan cara ini saya dapat menguruskan masa dengan lebih baik, dan tidak mengganggu masa bekerja saya. 

Untuk maklumat lebih terperinci sila ke SINI.


Untuk menjimatkan lebih masa, saya juga telah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu. Cara ini sangat praktikal untuk mendapatkan bekalan ubatan ulangan bagi individu yang mengejar masa dan tidak mahu menunggu. Cara ini juga dapat mengelakkan kesesakan di Farmasi. Cuma buat panggilan ke Farmasi berkenaan lebih dan nyatakan nombor rujukan. Kemudian ke drive thru untuk mengambil ubat. Untuk servis ni, kita diberi kad seperti di bawah.

Sorry gambar tak jelas.

Saya ingin merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan kemudahan ini.

 

Tuaian di Kampung. Di Bandar Kekeringan.

       Masa bulan puasa yang lepas, adik perempuan saya datang tinggal dengan saya. Bulan lepas pula, adik lelaki saya meneman saya sambil mencari peluang pekerjaan. Apabila mereka tinggal dengan saya, secara tak langsung mereka pun terlibat sama dengan hobi berkebun. Bila balik semula ke kampung, mereka pula buat kebun sendiri. Tapi kenapa pokok diorang lebih menjadi? Jealous! Jealous! Haha.

Seronok balik ke kampung. Banyak pokok keliling rumah yang boleh dituai. Tugas menuai serahkan pada saya. Hahaha. Rakus, semua benda nak kutip. Tapi untuk mengelakkan pembaziran, lagi-lagi waktu rezeki makanan melimpah ruah, saya tahankan je nafsu tu. Hehehe. Raya lah katakan. Makanan banyak kan.

So, inilah yang saya kutip masa balik ke Segamat hari tu. Markisa dibuat minuman, terung telunjuk, mak goreng je, cili padi dan limau kasturi untuk buat memasak dan sambal belacan. Berselera semua makan. Tak sangka sedap juga terung telunjuk tu dimasak tumis goreng. Ingatkan sedap masuk dalam kari je. Buah markisa tu datang dari satu pokok je, cili padi sepokok, terung 2 pokok. Semua berbuah lebat. Cili padi petik yang dah masak je pun dah banyak. Padahal tanah dekat rumah mak tu penuh batu. Mak kata, nak bagi tanah tu berongga sikit, campak je bulu-bulu ayam ke, sabut kelapa ke. Kalau tanam kunyit memang berketul-ketul rizomnya. Oh.. begitu rupanya.

Markisa, Limau Kasturi, Cili padi, dan terung telunjuk.

Esoknya meronda lagi. Nampak bunga telang tengah meremut-remut. Geramnya. Bunga ni mak guna untuk warnakan nasi kerabu. Saya ceritalah yang bunga ni boleh buat sirap biru.

Bunga telang. Ayah panggil bunga nasi kerabu.
Saya gerak balik ke kampung petang Rabu. Semalam baru sampai ke Skudai semula. Terkejut tengok tanaman semuanya kekeringan. Pandan pun dah jadi kekuningan. Pokok ulam raja terus garing. Daun sup terus arwah. Pokok cili bom saya pun dah layu. Tu dia duk tempat redup tu. Huhuhu.. sedih la. Kebanyakan pokok cili dah tak dapat diselamatkan termasuk cili ceri. Mujurlah masa nak balik kampung hari tu ada bawa sepokok untuk beri pada mak. Pokok carrot saya pun dah nazak. Saya ajak hubby cabut je. Lagipun dah lama tanam. Sekali, cenonet je hasilnya. Kekekekk.. dah la pelik ghopenye. Satu je yang agak gemuk.

Carrot Dragon. Suka warnanya.

Wednesday, October 24, 2012

Last Harvest Sebelum Raya Haji - Bayam, Bendi, Cili Bom

Plannya malam ni nak gerak balik rumah mak di Segamat, lepas tu balik Terengganu pulak. Tapi tetiba parents tak jadi balik sebab nak pakai duit banyak. Next week adik lelaki nak konvo kat Batu Pahat, hujung November pulak adik yang kat UMT pula. Takkan nak gi Terengganu dua kali dalam masa yang terdekat. Emak pulak nak ikut rombongan menghantar pengantin ke Kelantan lagi dua minggu. Lately, keluarga saya yang belah Johor ramai yang pilih orang pantai timur jadi pasangan hidup. Kalau tak Kelantan, Terengganu. Mengikut jejak langkah mak ayah saya pulak. Dah jodoh, jarak jauh apa ada hal, kan? Hmm.. ada hikmah tak jadi balik Terengganu. Lagipun oleh sebab kejadian semalam, secara automatiknya saya akan memerlukan kewangan lebih.

So sebelum kitorang meninggalkan rumah sewa tercinta ni, kutip lah dulu hasil yang boleh dikutip. Dapatlah beberapa biji bendi merah. Banyak dekat pokok, tapi oleh sebab selalu hujan, tak dapat kutip. Tualah diorang dekat pokok. Hari tu ada nyonya lalu, minta benih bendi merah. Dia geram sebab saiznya besar. Tapi belum cukup kering untuk dijadikan benih. Hubby suruh dia datang lagi lain kali. 

Hmm...selain tu, dapat juga kutip benih bayam merah. Dah macam pokok bunga gayanya  sebab sejambak besar. Banyak juga dapat. Seronok bangat. Nak semai sikit kat Rengam, kat Segamat, kat JB, dan kat rumah Kaklong dekat Kulai. Biar tersebar luas. Hahahah. Macam nak sebar virus pulak. 

Pastu kutip cili pedas gile yang dah masak sampai nak kering kat pokok. Tak tahu nak buat apa dengan diorang. Suami suka pedas tapi dia kata yang ni pedas tak sedap. Saya memang tak kuat pedas. So saya biarkan dia jadi pokok hiasan sebab warna merah menyala dia sangat cantik.


Mula-mula dapat banyak ni je.

Bos dengan bunga bayam. Dah jadi arwah dah pokok ni.

Ala.. Salah timing pulak tangkap gambar. dah petik baru tangkap gambar.

Semuanya merah.

What I'm gonna do to these fellas? Err.. Habanero ke Scorpion?

Tuesday, October 23, 2012

Update Appointment 23/10/2012

Hmm..baru balik dari HSA. Tengah dalam mood berkabung. Doktor bilang creatinin naik lagi, now already 470. Last month 410. Dia nasihatkan agar buat tapak untuk dialisis. Huhuhuh.. Sangat sedih. Kosnya RM1200 untuk buat. Implanon belum settle dah nak kena buat tapak pula. Selamba je gue nangis depan tuan doktor. Dia pun dah kesian dan tanya saya takut ke? Saya angguk. Sangat-sangat takut? Saya angguk lagi.

Hmm..nampaknya saya macam dah takde pilihan je. Kena buat lah gamaknya. Baru berangan nak beli rantai tangan emas buat ganti rantai tangan hantaran yang hilang kat mana ntah. Kesihatan lebih penting. To be honest, masa ni bukan kesian kat diri sendiri, tapi kesian kat hubby yang kat sebelah. Rasanya dia pun speechless dah kot. 

Think positive. Positive. Positive. 

Allah, berikanlah aku kekuatan, kesabaran dan ketenangan. Amiin.

Monday, October 22, 2012

Tamatlah Riwayat Pokok Keembong

Akhirnya pokok keembong ku tinggal rangka sahaja. Pagi tadi check tinggal seekor sahaja ulat yang gemuk gedempol. Yang lain dah dimakan burung agaknya. Arghhh. baru berangan nak menternak rama-rama. Nak buat rekod dari ulat jadi rama-rama.

Dari ulat jadi kepompong
Tidur baring dalam kelongsong
Tiba masa kepompong pecah 
jadi rama-rama yang indah...

Beluncas terakhir. Gemuk kan dia.

Tinggal kenangan jelah. Bunga pun korang sebat eh?

Pengubat duka. Bayam ajaib tinggi melangit. Benih dari Kebun Bahagia Bersama.

Friday, October 19, 2012

Update Appointment 18 September 2012


Berdebar nak jumpa doktor hari tu. Pertama, sebab tak buat juga implanon. Bukan sengaja ok, BP maintain kat 170/100. Doktor kat LPPKN tak bagi buat selagi BP tak terkawal. Kedua, berdebar sebab tahu bila BP tak terkawal, mesti keadaan buah pinggang akan jadi tak bagus.

Nurse check BP, cantik, 120/70. AIK?!! Seriously? Pastu doktor tanya dah buat implanon ke belum, saya tunjuk je terus note doktor LPPKN. Tapi dia tak puas hati. Mesti buat juga. Saya cakap, BP saya memang tak cantik. Kalau nak buat juga kena control dulu tekanan darah. So, doktor bagi satu lagi ubat, Prazosin. Dia cakap dia sangat risau sebab fungsi buah pinggang saya merosot dengan pantas. Bacaan creatinin daripada 340 terus lompat ke 410. Yahoo.. hebat Nurul Hidayah ni. Kalau prestasi kerja meningkat macam ni kan bagus? Hahahhaha. So dia dah suruh fikir pasal dialisis secara serius, dan tak lupa nak fikir sapa yang nak bayar kosnya sebab saya cuma pekerja kontrak je. Baru-baru ni saya dapat interview untuk jawatan tetap di UTM. Nak jadi cerita salah seorang interviewer tu Professor yang saya jumpa untuk rawatan alternatif. "Yang ni macam kenallah", kata beliau merujuk kepada saya. Saya berteru-teranglah siapa saya. Kemudian penemuduga lain cakap,"Habis awak sakit ni, macammana nak kerja?". Terus rasa down sepanjang temuduga tu berlangsung. I guess I blew my chance. Arghhh.. Forget it. I hate it when I start pitying myself. Sebab saya sakit, susah nak dapat kerja tetap, sedangkan orang macam sayalah yang paling perlukan kerja tu berbanding orang yang duk melebur duit sewenang-wenangnya.

Tapi Allah Maha Kaya. Dia bagi teguran segera. He sent my long-lost friend, Ana. Kami berjumpa, bertukar cerita, berkongsi suka duka. Ana ada cerita yang tersendiri. Honestly, kalau saya diletakkan di tempatnya, saya tak pasti saya mampu menanggungnya. Ada antara kita Allah SWT duga dengan ujian atas dirinya sendiri. Ada yang ’hadiah’ tu dihantar dalam bungkusan berlabel ’Orang Kesayangan’.

Hmm..masa doktor beritahu tu saya boleh sengih-sengih lagi. Entahlah, hati kecil saya berkata,  kalau saya mati muda pun bukan sebab sakit buah pinggang. Iya ini cuma suara hari saya, tapi gerak hati saya selalu tepat, I tell you. :P Masa kena c-sect dulu, saya ingat time tu la nak putus nyawa. Dah la boleh pulak tengah syok-syok diorang menjahit, bius start habis. Tapi bila dengar suara baby, terus rasa tak nak mati lagi. Boleh tak gitu? :P Masa tu saya fikir, Allah, bagilah saya peluang untuk memangku, memeluk dan mencium anak saya. At least, bagilah dia peluang minum air susu saya. Alhamdulillah, Dia kabulkan walaupun untuk seketika sahaja. But please Allah, biarlah jasad saya tetap sempurna walaupun nyawa telah terpisah. Saya tak mahu orang takut nak menyempurnakan jenazah saya. I am being honest here. Please please please. Sebab tu saya selalu marah dengan pengguna jalan raya yang gila, kejam dan tak bertimbang rasa. Saya tak mahu mati di tangan mereka.

Mungkin saya pesimis dengan kesihatan saya, tapi saya tak fikir itu perkara yang negatif. Mengingati mati membuatkan kita menghargai apa yang kita ada, mensyukuri apa yang kita tak ada. Mengingati mati membuatkan kita tidak takut melakukan apa yang benar, because we have nothing to lose. Mengingati mati mendorong kita membuat sebanyak-banyak kebaikan yang kita mampu. Mengingati mati mengurangkan rasa cinta pada harta dunia. Mengingatkan kita agar mengelak daripada melakukan kesalahan pada insan lain. Menyuburkan rasa ingin menyelamatkan orang lain. Ada perkara yang dilihat janggal atau asing di mata orang lain, tapi berkesan untuk diri kita. Maafkan mereka, mereka tidak tahu.

Random Ranting


Kaching by Shania Twain

We live in a greedy little world
That teaches every little boy and girl
To earn as much as they can possibly
Then turn around and spend it foolishly

We've ceated us a credit card mess
We spend the money we don't possess
Our religion is to go and blow it all
So it's shoppin' every Sunday at the mall

All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

[Chorus:]
Can you hear it ring
It makes you wanna sing
It's such a beautiful thing--Ka-ching!
Lots of diamond rings

The happiness it brings
You'll live like a king
With lots of money and things
 
When you're broke go and get a loan
Take out another mortgage on your home
Consolidate so you can afford
To go and spend some more when you get bored

 
All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

[Repeat Chorus]

Hmmm, saya sangat setuju dengan anda, Shania. Lately, saya selalu ditemukan dengan satu spesies manusia. Biasa dengar orang tamak selalu rugi? Nak tambah sikit. Orang tamak selalunya kedekut. Orang kedekut biasanya tamak. People who give nothing always want everything.

Hari ni saya rasa nak cakap, "I've told you so! I've told you so! I've told you so! I've told you so!" banyak-banyak kali. Kalau boleh nak cakap sampai kepala otak orang yang berkenaan meletup. Kita beritahu sebab kita ambil berat, tak mahu mereka-mereka ni terjebak. Tapi apa orang-orang macam kita dapat? Dituduh berfikiran negatif, dengki, busuk hati etc. etc. So I decided to let you learn the hard way. Cakap banyak tak guna, biarlah pengalaman jadi pelajaran. Dan dengan gembiranya kukatakan....

PADAN MUKA!!!!!

PADAN MUKA!!!!!

PADAN MUKA!!!!!

Dear friend, 

Aku tahu kau bangga dengan pencapaian kau. Tapi ingatlah, setiap kereta mewah kau, setiap banglo kau, tanah yang kau beli, duit yang kau leburkan kat shopping complex tu, ada antaranya datang daripada titik peluh orang lain. Kau mungkin gembira dengan modal yang dah pusing dan untung yang berlipat kali ganda tu. Tapi pikirlah mangsa-mangsa yang kau jerat. Hati-hati yang kau lukakan. Aku sikitpun tak kisah kalau pertalian kita terputus kalau kau mahukannya, tapi apa yang aku harapkan, kau kembali ke pangkal jalan. Aku tak pikir yang kau akan peduli atau baca apa yang aku tulis, tapi ni lah luahan paling ikhlas daripada aku untuk kau. Semoga Allah selamatkan kau.

Keembongku, Jodoh Kita Tak Lama

Baru je berbunga, dah pun menjadi mangsa. Aku kecewa, kecewa. Biarlah gambar yang menyampai berita.

Mangsa: Pucuknya gondol.

Pemangsa tengah sedap melahap.

Lagi pemangsa. Bila dikira ada 9 ulat beluncas gemuk kesemuanya. 8 hitam, 1 hijau.
Ahhhhhhh... memang brengsek lah. Tapi apakan daya, saya terlalu geli geleman nak mengutip dan memusnahkan mereka. Lagipun saya rasa mereka akan jadi rama-rama yang cantik sebab corak nya agak menarik. Takpelah, makanlah kenyang-kenyang, tapi janji tau, pokok keembong je. Jangan usik pokok lain.. Sob sob sob..

Tuesday, October 16, 2012

Akhirnya Keembongku Berbunga Jua

Setelah berbulan-bulan tanam, dah trim beberapa kali, sampai naik fed up makcik dibuatnya. Ingat nak nyahkan je dari tapak tanaman, sekali ada putik daaa.... Yang dah cabut tu innalillah je lah kan. Mari cuci mata dengan bunga saya. hihihi







Aik? Mana Pergi warna putih? Oh...dah kena cabut agaknya. heheheheh

Kebun Depan Rumah- Sebelum dan Selepas

Sebelum-Masih ingat gambar ni?

Selepas dua bulan-Hutan Belantara.. Tak tahulah macamana orang syarikat air baca meter air.