Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

Gembira Bersama, Sakit Bersama.

Bismillah.. 

Adalah satu perkara biasa untuk kami berfikir perkara yang sama, atau terbuat benda yang sama, menyambung ayat masing-masing atau pun menyuarakan apa yang seorang lagi fikir (tapi tak dapat luahkan dengan kata-kata). Perkara biasa. Tak ganjil. Langsung. 

Tapi, bila dua manusia yang duduk tempat lain-lain, makan benda lain-lain, buat benda lain-lain boleh dapat penyakit yang sama sedangkan manusia lain elok sihat walafiat, itu memang dah 'sesuatu'. Kusangkakan demam rindu, tapi kenapa bila berjumpa makin melarat-larat. Maka jadilah kejadian orang sakit jaga orang sakit.. Begitulah arakiannya.. Hehehhehe..

Start daripada petang Khamis tu saya dah rasa lemau. Pening dan sakit kepala. Hari Jumaat makin berpinar-pinar. So, terpaksalah mencutikan diri sendiri. Nak pergi klinik tak larat. Mengadu dengan hubby, dia pun cakap dia rasa mual-mual. Dia cakap mual je, terus ambe termuntah. Huhuhu.. tak sarapan lagi, paham-paham lah seksaannya. Nak kata 'terkantoi' tak mungkin pasal tengah bendera merah. Sarapan minum air panas dengan biskut pastu baring-baring depan tv. Tetiba rasa nak terbelahak. Muntah lagi. Macam susu basi yang keluar. Mungkin sebab perut dah berasid agaknya. Petang tu Mr Hubby sampai gi makan kat luar je sebab takde siapa rela jadi tukang masak. Kita makan nasi goreng, dia makan nasi dengan tom yam dan telur dadar. Tak habis pun. Bila sampai kat rumah, saya yang mula berulang-alik masuk tandas. Kemudian, bila tengah malam dia pula. Lepas tu main lumba-lumba pas baton masuk toilet. Nasib lah toilet ada 3 kat rumah tu... Kalau tak, ada yang main ketuk-ketuk pintu... 

Dua-dua dah kelesuan...Yang saya ceri-beri dengan muntah dan sakit kepala. Dia pulak, ceri-beri, sakit otot, sakit dada, sakit tengkuk, sakit macam-macam. Angin dalam perut masing-masing dah macam puting beliung agaknya, tengah sakit boleh lagi nak main-main dengar bunyi perut yang kelakar. Mula ingat nak cancel je pergi berubat alternatif. Tapi Mr Hubby ajak juga. Mujur petang tu dah lega sikit.

Rupa-rupanya lega sekejap je.. Agaknya sebab nak bagi laluan kitorang pergi berubat agaknya. Saya dah segar sikit, tinggal sakit kepala je. Yang hubby masih lemau, macam teruk je. Saya ajak pergi klinik. Oleh sebab dia sakit dada dan ayahnya ada sakit jantung sikit, Doktor run ujian ECG. Alhamdulillah, bukan sakit jantung, cuma ada garam yang kurang sebab cirit birit. Bukan juga appendiks sebab dia ada sakit perut. Risau juga sebab kedua-dua belah keluarga ada sejarah appendicitis. In fact, sorang adik saya meninggal sebab appendiks. Doktor bagi ubat untuk angin dan garam untuk gantikan elektrolit yang hilang sebab terlalu banyak buang air. Malam nya suami pergi pulak berurut untuk keluarkan angin-angin yang banyak dan tak boleh keluar tu. Katanya lepas berurut tu baru rasa macam panas sebab darah mengalir dan tiba-tiba rasa lapar. Alhamdulillah pagi tadi dah boleh makan. Risau sangat sebab sebelumnya dia cuma boleh makan nasi beberapa suap dan roti seketul.

Memang aneh bila pikir-pikirkan. Haru juga bila orang sakit jaga orang sakit. Entah siapa yang jaga siapa. Bila saya segar sikit, saya urut dan picitkan dia. Lepas tu dia pulak buat benda yang sama untuk saya. Bila dua-dua dah segar ni, rasa geli hati pun ada. Kesian kat ayah saya, risau dengan kitorang dari pagi semalam sampai ke pagi ni duk tanya update kitorang. 

Dalam haru-haru pun, saya bersyukur. Sekurang-kurangnya ada dia di sisi berkongsi 'nikmat peringatan' yang Allah bagi. Jadi kawan-kawan.. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati

2 comments:

suka suka said...

adoiii org sakit jaga org sakit ..macam kes sama je kita.. semoga kita sentiasa ingat utk redho pe je yang Dia tentukan.. bila abaikan pemakanan yang sepatutnya..dan supplement tak makan jadila bab gastrik..bahaya..akak pernah tak leh tengok cahaya ..gastrik disebabkan migrain.. lately gastrik sebab bp tinggi.. ni stok susu nespray dan liquid buang angin mesti ada.. kalau tidak bertali-tali sakitnya..angin, migrain dan bp akhirnya melepek...take care ya..

Nudabuffy said...

Akak pun sama eh? Kak Mar pun take care tau... Rasanya betul sebab tak jaga makan sebab bila tengok makanan kat kedai nampak berminyak, terus mual.. Tapi kalau tak nak makan nasi pun kena makan something supaya perut tak masuk angin kan?