Great stuff to be shared together...

Wednesday, November 21, 2012

Happy Anniversary, Sayang!

Hari ni 21 November 2012. Cukup tiga tahun usia perkahwinan kami. Syukur Alhamdulillah.

Banyak perkara yang tak disangka-sangka berlaku dalam kehidupan kita. Tapi salah satu perkara yang paling tak kusangka dan akan ingat setiap kali ulang tahun perkahwinan ialah "Tak sangka aku akan jadi isteri insana bernama Hambali Abd Jalil". Dan aku selalu tersenyum bila ada yang bertanya, "Macammana korang boleh kenal eh?".

Jalan ceritanya terlalu panjang dan berliku. Kalau dibuat novel entah berapa tebal agaknya. Ada yang tahu serba sedikit, tapi hanya kami yang tahu keseluruhan cerita. Namun, yang pasti aku  kini isterinya. Three years and counting.

Apabila terlafaz sahaja ijab dan qabul, maka sempurnalah sebahagian iman.

Dapat berkahwin je dah satu rahmat.

Dapat berkahwin dengan orang yang kita sayang dan cinta, bukankah satu nikmat?

Aku mungkin tulang rusuk kirinya, tapi dia menjadi lebih daripada tulang belakangku. 

Fabiayyi aalaaa irabbikuma tukazziban.

Kebelakangan ini, fikiranku berkecamuk. Kemalasan bermaharajalela. Semangat terbang ke mana. Ulang tahun perkahwinan mengingatkan aku kembali di mana aku berada. Aku menjeruk diri menghitung duga. And I always forget to count the blessings.

Aku teringat emak pernah bercerita, kelahiran aku bukanlah sesuatu yang dirancang. Eh aku tersilap, dirancang, tapi supaya tiada. Despite of all contraceptions and precautions, here I am, a 28 years old woman. In my mother's womb, I endured everything, thrived and survived. Ironinya aku yang ada sekarang, lengkap dengan daging dan tulang temulang, sempurna anggota dan pancaindera, dan yang paling penting fikiran yang matang, jauh lebih rapuh daripada aku yang berbentuk segumpal daging, mudghah.

Emak bilang aku anak yang tidak pernah menyusahkan dan mampu membuatkannya bangga.

My boss testifies that I will survive in whatever challenges upon me.

Aku pula memilih untuk jadi lemah.

Tidak.

Catatan ini merupakan kali terakhir Aku bermelankolia. Aku ingin menjadi diriku yang dahulu, kuat menghadapi apa juga cabaran mendatang. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk insan-insan kesayanganku.

"Abang selalu doakan agar Nurul sihat, kita hidup bahagia walaupun berdua je. Kita usaha mana yang mampu..Then cuba rapatkan diri padaNYA.. Mohon dariNYA agar dipermudahkan".

Teman-teman, andai aku tersasar lagi, ingatkanlah aku.



7 comments:

baguznet said...

Alhamdulillah... dan tahniah Puan Nurul... syukur, dalam diam dah 3 tahun kan...

zuriat itu ada hikmahnya kenapa Dia belum nak beri... Insya-Allah, ada usaha, kena pada 'wakil'-Nya, pasti 'masalah' itu akan selesai dan zuriat itu akan hadir. Ada yg lepas 7 tahun baru dapat

Nudabuffy said...

Alhamdulillah.. terima kasih baguznet..

Hidayah Salim said...

munkin ada hikmah tersembunyi... semoga puan sabar menghadapinya yer

suka suka said...

Alhamdulillah dah 3 tahun! Selamat ulang tahun akak ucapkan dengan doa semoga Nurul terusan hidup bahagia dengan keberkatanNya. Betul tu bersyukur dengan apa yang kita ada, setiap kesukaran yang mendatang ada hikmahnya. Setuju dengan semangat untuk menjadi kuat menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan yang dihadapi.

TukangKebun said...

Happy Anniversary dear!

Xeea said...

Tiap musibah, pasti ada hikmah. happy anniversary! Long way to go :)

Nudabuffy said...

Terima kasih semua.. lama tak mengupdate blog.. hehehe