Great stuff to be shared together...

Wednesday, November 7, 2012

Bunga Matahari dan Labu

Oleh sebab tak cukup tanah nak bercucuk tanam dekat taman ni, sebahagian daripada biji benih terpaksa di semai di kampung, terutamanya yang menjalar dan memanjat. Biji benih labu dan kundur daripada Puteri Purnama dah pun menjadi pokok yang menjalar sebebas-bebasnya. Petang tadi encik suami MMS gambar labu. Ada dua biji beu. Sebelum ni ada masalah dengan bunga jantan, tak kembang ke apa ntah masalahnya.


Bercucuk tanam di kampung memang seronok sebab banyak kawasan.. Tapi banyak juga cabarannya.

1) Babi. Kawasan kalau luas tapi tak berpagar mudah jadi ancaman si pembajak tanah ni.. Tapi mertua dapat petua, babi takut dengan bau kencing manusia. So kalau ada baby atau budak kecik, campak je pampers yang dah 'dikencingi' mereka di tempat yang terancam.. Ajaib..dah tak datang. Hehhehe.

2) Monyet dan musang. Tak tahu lah nak buat apa. Tapi buah-buahan terpaksa disembunyikan. Misalnya kat kampung, buah nanas diserkup dengan bakul, dawai atau apa-apa lah.

3) Ayam. Suka benar mengais. Habis pokok jagung kitorang. Kurung ajelah.. Hahhah..

4) Semut. Diorang ni pergi kutip biji benih bawa lari ke sarang diorang. Mula pelik kenapa semai-semai tak tumbuh.  Bila dah tahu puncanya, suami beli ubat semut yang serbuk tu. Boleh dia kutip ubat tu, pastu datang balik kutip biji benih.. Haru... Tapi dah dapat dikawal.

5) Serangga perosak. Boleh dikawal dengan racun organik resipi En Iskandar www.tanamsendiri.com. Make sure guna resipi yang betul. Jangan jadi macam kitorang guna breeze. Habis luruh daun pokok cili orang tua kami.. Bak kata mertuaku, macam disimbah air panas.. Syyyyhhhh.. Jangan bitau sesapa tau. Kakakakaka.

Hmmm... MMS kedua suamiku, Sekuntum bunga matahari yang hampir mekar. Menjadi juga akhirnya. Weeeeee

9 comments:

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum Nuda,
wah dah menjadi dah labu tu ye..alhamdulillah. Labu kundur tak tanam?.

Nudabuffy said...

Waalaikummussalam.. alhamdulillah dah menjadi pun.. Terima kasih kat akak sebab bagi benih.. Kundur tanam juga, tapi suami tak update pulak..hehehe

mat jon said...

wah menjadi labu tu harap membesar sampai boleh makan, ada hasil la lepas ni :)

Nudabuffy said...

aamiiin.. tapi saya tak boleh makan labu.. huhuhu..sebab tinggi potassium.. orang sihat bagus makan labu..

baguznet said...

wah! bestnya... terfikir lak nak try tanam rock melon atas tanah jer...

baru tau babi tak suka dgn bau kencing manusia.

pasal monyet tu, kat rumah saya pun ada masalah yg sama selain skrg ni ada ancaman dari lalat buah

semut? ha ha haaa... ada tips yg baguz tak selain panggil pest control? adesss...

Hidayah Salim said...

guna breeze...hi hi

Nudabuffy said...

baguznet~saya pun baru tahu.. hehehe..so daripada pampers tu jadi pencemar alam, baik kita manfaatkan.. kami beli racun semut jenis serbuk.. Racun tu kalau semut kutip masuk sarang dia satu koloni mati..

hidayah salim~ syyyhhhh.. :P

suka suka said...

akak pun kureng makan labu... kalau ikutkan hati.. selamat berangin dan bermigrain la kita... best bila tanam ada hasil.. nak tunggu bunga matahari tu

Nudabuffy said...

esok cuti, petang ni nak balik kampung semata-mata nak pergi tengok bunga matahari. Over tak? heheeh