Great stuff to be shared together...

Monday, November 19, 2012

Belasungkawa Nurulhuda Abd Ghani (Yuyun)

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Terkejut.. tergamam..sedih dan macam-macam perasaan bercampur-baur.

Saya dan Yuyun bukanlah sahabat karib. Cuma satu batch masa di sekolah menengah, pernah pula sedorm. Tapi perkara yang menghubungkan kami kembali adalah pengalaman hidup yang sedang kami lalui. Chronic Kidney Disease (CKD).

Dalam dua minggu yang lepas, kami masih lagi bertukar-tukar cerita tentang perkembangan kesihatan masing-masing. Kalaupun tidak berbalas mesej, saya selalu singgah di wall facebook nya yang selalu dikemaskini. Yang terakhir saya ketahui, dia sedang mendapatkan rawatan homeopati. Walaupun dia baru sahaja didiagnos mendapat penyakit ini, tapi keadaan dia lebih kurang sama dengan saya, mungkin lebih teruk. Dia pun cuma mengetahuinya sewaktu mengandung anak keduanya. Ini ada diceritakan dalam blognya. Yuyun mengalami water retention dalam buah pinggang sedangkan ginjal saya kecut.

Tiba-tiba pagi ini seorang kawan mengkhabarkan pemergiannya. Selama-lamanya.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak terkejut.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak takut.


Bohonglah kalau saya bilang tak terlintas dalam fikiran ini "Apa pula nasib aku?"

Semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan solihin.. Pilu hati saya memikirkan anak-anak arwah Insyirah dan Zikri. Zikri dilahirkan pramatang, tentulah memerlukan lebih perhatian berbanding anak-anak biasa. Semoga suami dan orang-orang kesayangan arwah tabah menghadapi dugaan ini. Melihat derita orang lain mengingatkan hikmah segala kejadian terhadap diri sendiri. ALLAH.. hamba-Mu ini lemah, maka kuatkanlah hatiku..

Amiin.

10 comments:

ummuaidan said...

innalillahiwainna ilaihi rajiuun..
semoga rohnya ditptkan bersama orng2 beriman & tuhan berikan kekuatan kpd keluarganya..
be strong yer nuda...ajal maut ditangan Allah..

Nudabuffy said...

Sangat tak sangka sebab dia rajin update status kat fb.. tapi paling kesian dekat anak-anak arwah.. tapi yelah, kita manusia ni tak tahu apa perancangan DIA..

ummihasan said...

dayah!!! tergerak ummu nak baca blog tadi.. baru tahu ni. innalllah..

Nudabuffy said...

masih terkejut ni ummu

Xeea said...

sedihnyaaaaaa :(

Hang in there, Dayah. Mudah2an, ada jalan. Kami sentiasa mendoakan.

Nudabuffy said...

thanks xeea.. to be honest, this news is so sudden, I cracked.

hamba allah said...

Slm.saudari,jgn bhenti bdoa dan memohon prtolongnnya.dlm masa yg sama, saya menasihatkn saudari utk mnjalani dialisis. Request kpd doktor utk buat dialisis air (capd). Ini bbeza drp dialisis darah.tidak perlu mmbuat tapak di tgn. Dialisis darah 3kali seminggu dan 4 jam bagi setiap sesi. Dialisis air ambil masa 30minit sahaja san bule dlakukn sndiri di rumah.sgt mudah.saudari bule mlakukn pmbacaan mngenai CAPD di internet atau dgn mminta pnerangan lanjut dr doktor. Dialisis air tidak mngganggu kehidupan harian anda dan tidak akn berasa lesu atau apa shj anggapan buruk yg saudari pnh dgr. Anda akn rsa lebih sihat dan tetap diri anda yg sama, tiada beza dgn insan lain. Makin lma saudari biarkn diri tnpa dialisis, toksik (kretinin+urea) akn mkin mningkat dan bule mmbawa maut.toksik tinggi, drh pekat bule bebankn jantung.kurang oksigen bule dibwa msuk.air akn smakin tkumpul dlm bdn tmasuk paru2, kaki..Allah suruh kita berusaha..jgn ketepikn perubatan moden.sy sudah mncuba pelbagai rwtn alternatif..darul syifa' haron din, syifa' hidayah ashraf muslim, hj zabir beranang..dr rawatan yg mnerima byran seikhlas hati sehinggalah ke rawatn yg mnetapkn byen rm6ribu..malangnye, kreatinin mningkt dr hari ke hari..dr 399+ ke 700. Jd, nasihat saya, bfikir scara rasional n pisitif. Lakukn dialisis. Wasalam

Nudabuffy said...

Anon~ terima kasih atas nasihat dan cadangan.. Sebenarnya saya pun telah memikirkan secara mendalam dan rasional, terutamanya selepas kematian sahabat saya ini. Dan saya memang memilih untuk meneruskan dengan dialisis. Saya pernah mendengar tentang cuci darah dan cuci air tapi tak pernah mendapat penerangan jelas mengenainya. Terima kasih sekali lagi atas maklumat yang diberikan. Saya akan minta pendapat doktor mengenainya.

hamba allah said...

Alhmdulillah..ketika mula didiagnos, sy xdpt terima kenyataan.tidak mahu mlakukn dialisis krn mmikirkn yg betapa terikatnye nnt dgn jadual dialisis.ketika itu sy hnya tau mngenai dialisis drh..jd mmikirkn 4jam setiap sesi, 3kali sminggu mmbuatkn sy jd demotivated.syukur mndpt pndedahan tntg dialisis air. Dialisis air agk baru di malaysia jd sy x hairan di ssetengah hospital, doktor terus shj mncdgkn dialisis drh.sy mminta tangguh utk buat dialisis beberapa kali( swaktu appointmnt doc) shinggalah ketika kreatinin mncecah 700.doc admitted me to ward on da spot. Stelah mlalui smua saat getir, sy tpanggil utk bkongsi cerita dan pndpt dgn saudari. Hanya org yg rase yg fhm kn :)

Nudabuffy said...

Betul tu.. Kadang-kadang kita terlalu pesimis dan takut mencuba, takut sakit, takut mati. Menghilangkan segala rasional dan logik dalam fikiran ni.. Yelah, kadang-kadang kita tak nak jadi selfish, dengar cakap orang tu cakap orang ni sampai tak tahu nak buat keputusan. Akhirnya kembali pada dia, buat istikharah.