Great stuff to be shared together...

Friday, May 4, 2012

Teganu Kite di TV3

Sementara menunggu poslaju sampai petang semalam, saya on lah tv yang dah lama sepi tu (sian dia). Habis Upin Ipin, sinetron la pulop.. Tukar siaran TV3, ada rancangan Jom Terokai Perak. Maria Tunku Sabri pengacaranya, cerita pasal tempat-tempat dan makanan menarik di Negeri Perak. Tapi yang saya suka rancangan selepasnya, Teganu Kita. Rancangan hampir serupa, tapi yang ni mempromosikan Negeri Terengganu. Kenapa saya suka? Hehehhe..pertamanya sebab saya ni separa Terengganu (from my mother's side). Dah lama tak balik Terengganu. Kali terakhir masa majlis temu menantu Kaklong dekat Marang. Dekat setahun dah..
Tasik kenyir (kredit)

Pulau Redang (kredit)
Pantai Kelulut, dekat je dengan rumah mak mertua kaklong. (Kredit)
Masuk semalam, baru dua kali saya tengok rancangan yang bermula 19 April lepas. Walaupun saya ni ramai saudara mara di Terengganu, tapi jarang berkesempatan nak pusing-pusing satu Terengganu. Paling-paling pun Kedai Payang, macam pelancong la pulop. Kalau betul-betul bercuti pun masa honeymoon dekat Pulau Perhentian. Selalunya balik kampung untuk berziarah saudara mara yang jarang berjumpa, jangan sampai tak kenal kerabat, kata orang. Dan Terengganu memang banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Ada pulau, pantai, tasik, air terjun dan tempat-tempat tumpuan macam pusat-pusat kraf. Hasil seni macam batik dan sutera, tenun songket, tembaga dan macam-macam lagi memang berkualiti dan dicari orang. Tak percaya, pergilah ke kedai payang, memang padat. Sebab tu kadang-kadang saya lebih sanggup beli di Kuala Berang sahaja, memang kurang pilihan, tapi jauh dari kesesakan. 

Dulu, mak saya rajin juga berniaga barang-barang keluaran asli Terengganu dengan jiran-jiran. Walaupun kami sampai rumah pada waktu malam dalam keadaan penat akibat perjalanan jauh, tapi tetap kena serbu sebab jiran-jirang takut kalau lambat nanti yang cantik-cantik dah habis. Heheh.. Arwah Tuk pula adalah salah seorang penenun songket, taukenya pulak arwah nenek saudara saya. Sayangnya, generasi penenun songket dalam keluarga saya sudah habis. Songket yang kakak beri pada suaminya adalah yang terakhir (Mine is the second last). Ingat lagi, kalau kain sutera lukis, belum kering di ampaian orang dah tempah. Tapi sekarang dah banyak batik digital.. Jadi pembuatannya lebih pantas. 

Dalam episod semalam, baru saya tahu, di Terengganu ada pembuat kapal antara yang terbaik di dunia. Walaupun Tokki-Tokki tersebut sudah tua, tapi masih gigih lagi. Dan yang lagi hebat, diorang boleh buat kapal yang besar tanpa menggunakan pelan. Hanya menggunakan gambaran di dalam otak. Subhanallah. Bukan calang-calang ya, pelanggan mereka ramai daripada seberang laut. Tapi masyarakat Melayu sebenarnya memang terkenal sebagai pembina kapal yang hebat sebab mereka ni golongan pelaut yang berani. Ingat, orang yang pertama mengelilingi dunia ialah Awang.

Selain itu, saya mengagumi anak-anak Terengganu yang bijak-bijak. Dah berapa tahun sekolah di Terengganu mencatat pencapaian cemerlang dalam akademik. Orang kata, budak pandai timur ramai yang cerdik sebab selalu makan ikan tongkol. Heheh.. ye ke? Kerajaan Negeri pun nampaknya serius dalam meningkatkan mutu pendidikan di Negeri Terengganu contohnya macam pemberian netbook dan kelas maya dan ingin menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu. Saya sangat menyokong kalau ini yang diinginkan oleh pemimpin dan saya yakin turut diingini rakyat. Patutlah Sultan bersungguh-sungguh mahukan Datuk Seri Ahmad Said jadi menteri besar. Now I can see it. Even one of my relative yang merupakan penyokong kuat pembangkang mengakui yang Datuk Seri 'melakukan sesuatu' untuk Negeri Penyu Menangis ni. 

Tapi dalam banyak-banyak perkara yang saya rindu pasal Terengganu tentulah makanannya. Yummilicious! Pecah liur ni teringatkan kepok lekor, akok, satar, otak-otak (versi pantai Timur), nekbat, serban tuk aji, nasi dagang... arghhhh.. sedap-sedapnya. Oh ya, jangan terkejut kalau jumpa nasi minyak tiap-tiap hari. Nasi minyak tu sajian biasa je untuk sarapan. Kalau untuk kenduri kendara pulak, alamak aiii..memang mewah makan. Sebab tu kalau ada sepupu-sepapa kawen, harus ku tunaikan. walaupun majlisnya kecik, makannya memuaskan hati.. Slurrrppppp...
Arghhh,, nak balik terengganu boleh tak?

No comments: