Great stuff to be shared together...

Thursday, May 17, 2012

SHOW OFF!

Apa perasaan korang kalau kat fb asyik keluar muka orang duk tayang dan kipas-kipas duit sambil promot skim cepat kaya diorang. Kononnya kaya sangat kan? Padahal secara terang-terangan minta sedekah kat orang, tak kiralah orang yang dikenali atau tidak. Pleaselah.. Sungguhlah menjengkelkan dan menjelikkan.

Orang kalau benar-benar kaya takdenya nak menunjuk duit dan kekayaan diorang. Tau-tau masuk list manusia terkaya dalam dunia. Even Syed Mokhtar Al-Bukhary tu pun kata dia malu bila kekayaan dia diwar-warkan.

Err..tak takut ke harta benda tu jadi ancaman? Kot lah orang tahu awak banyak duit nanti disamunnya awak? Diculiknya anak awak untuk tebusan?

Kadang-kadang pelik juga, 'orang-orang' kaya ni bangga dapat sangat melancong oversea sambil meningkatkan pengaliran keluar Ringgit Malaysia, membeli barang-barang yang kononnya menaikkan status mereka. Contohnya, beg tangan dan kasut yang harganya cecah puluhan ribu ringgit setiap satu. Kalau dah kaya sangat, apa salahnya bangunkan negara, bantu orang susah yang nak dapat bantuan asas pun susah, bina sekolah percuma ke? Orang kata, orang yang betul-betul kaya ialah orang yang pandai menguruskan wang, bukan pandai membelanjakannya semata-mata.

Memanglah Islam tak melarang mencari kekayaan kerana kefakiran tu menghampiri kekufuran. Tapi kalau kekayaan yang dicari hanyalah untuk memenuhi kehendak nafsu duniawi, secara tak langsung kita menjadi hamba duit. Kena pulak sumber rezekinya sungguh meragukan.

Saya bukan nak kondem atau dengki mana-mana produk, tapi kalau dah harga mark up sampai 10x ganda sedangkan kesannya sama, tak ke menipu namanya. Yang lagi lawak, ada yang kononnya jual produk untuk melangsingkan badan, tapi badan masing-masing bukan main debab lagi. Tak paham macammana boleh dapat buyer. Agaknya daripada promosi menayang kemewahan tadilah agaknya.

Dunia...dunia.. nauzubillahiminzalik.

5 comments:

lynnhelite said...

yr blog makes me smile... sbb i rasa apa yg u rasa.100 percent agreed!. to me, kalau they all betul2 kaya, good for them. takyah lah nak gembur2kan dan sibuk mengajak org ramai..tlg kayakan adikberadik, suku sakat sendiri dulu..kalau dah the entire clan kaya raya with their scheme then maybe adalah betulnya kot..no such thing as easy money la..yg cepat kaya tu byk bengkang bengkoknya

Nudabuffy said...

Kan? Saya kadang kelakar dengan diorang ni. Katanya jutawan, tapi beli rumah dengan keta pun nak buat loan juga. Apesal tak bayar cash je. Pastu, ada orang yang saya kenal, kaya raya katanya, tapi hutang tak pulak reti nak bayar. Minta simpang la kan..

lynnhelite said...

Kita hidup seadanya udahler..dlm bank ada brapa? kite jer yg tau..tunjuk lebih2 nowadays bahaya, nanti tak pasal2 lak anak kena culik! aish..

Kak Uda ila said...

Setiap kali buka FB, saya sebagai manusia yang lemah, kerap kali ingin mencuba, walaupun jauh dilubuk hati saya tak percaya itu semua. Satu hari saya cekalkan hati, dan anggapkan RM100 itu sebagai sedekah saya untuk mereka jika apa yang saya ingin lakukan itu hanya penipuan.

Bila saya sudah transfer duit, nahh!!! saya hanya perlu klik kat wall tentang iklan tu, dan menderu-deru geng akan komen, supaya nampak benda tu berjaya.

Esoknya saya terus delete wall, unfriend semua yg berkenaan. Saya tidak sampai hati untuk meminta-minta duit dari orang lain hanya untuk memenuhkan tenggolok saya yang mahu berbelanja. Urghhh... Saya tak tahulah mereka ini ada perasaan malu seperti saya ke tidak eh... hmpphh

Nudabuffy said...

Kak Uda ila~ alhamdulillah.. tahniah kak.. Kita memang perlukan duit untuk kehidupan, tapi bukan dengan cara menganiaya orang. Kalau kita sentiasa bersyukur selepas berusaha dengan jalan yang benar, insyaAllah, Allah beri kita kecukupan dan keberkatan.