Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 24, 2012

New Passion.. Gardening

Macam status fb saya, saya sekarang tengah meluap-luap nak berkebun. Bermula dengan eksperimen menyemai kesum dan pandan untuk kegunaan sendiri. Saya ni memasak taklah pandai, tapi dua jenis tanaman beraroma dan rasa unik ni dapat cover kelemahan dalam masakan. Kata sayalah.. Haha.. Contohnya kan, masak asam pedas ala-ala je.. Tapi kalau letak kesum kan membangkitkan bau yang nyum nyum. Masa tu semai sebab pindah rumah. Masa bujang duk serumah dengan kaklong, ada juga tanam pandan, serai, jagung, ulam raja, kesum. Tapi asyik orang lain je yang merasa, tukang tanam dapat makan serai dengan kesum je. Brengsek punya jiran. Bukan reti minta, main rembat je. Gara-gara tak tahan dengan jiran yang panjang tangan, tangki rumah bocor dan rumah tak berpagar yang menyebabkan jiran-jiran budiman saya asyik menceroboh parking, kitorang pun berambus la dari situ. Bawa sikit benih pandan dan kesum. Tanam rumah sewa baru (yang tak baru pun).

Walaupun jiran kat tempat kedua ni boleh tahan kurang asamnya, tapi rumah ada pagar. Tu pun ada je yang gatal nak sidai baju kat pagar, buang sampah kat rumah kita, parking depan pagar (sampai kita tak boleh kuar rumah), dan macam-macam perangai huduh lagilah. Sabor jelah asyik kena buli dengan jiran. Mentang-mentanglah kita penyewa. Ehhhh.. apa melalut citer pasal jiran budiman ni. Orang nak citer pasal gardening la.

Kat rumah yang kedua ni, pokok kesum memang menjadi. Semai sikit bawa balik mah mertua dah membiak-biak macam semak dah pun. Kaklong bawa balik rumah mak, pun sama juga. Masa duk Nilai, satu pokok pun tak tanam. SUSAH sangat. Semua nak kena beli. Pandan dua lai tiga posen ye..Nak bercucuk tanam, duk mah burung. Ada plan nak pindah lagi pulak tu.

Bila balik Johor semula, dah bertekad nak bertanam semula. Sekali rumahnya tanah sekangkang kera je. Betul-betul punya sekangkang kera, bukan cobaan tau. Terpaksa la spare space sekangkang tu untuk serai dan halia. Yang lain duk dalam pot jelah. Pokok kesum tu semai guna kesum yang beli kat pasar. Lambat juga nak bertunas. Apesal ntah. Ingat dah tak hidup. Pandan pun sama, sume daun dia layu. Agaknya masa tu panas sangat. Tapi saya tetap juga usung diorang ke rumah baru, masih menaruh harapan. Pastu tiap-tiap kali gi Jusco mesti gi tempat sayur tengok pokok-pokok herba. Nak beli mahal, gaji pulak masa tu tak masuk-masuk. Sabor jelah kan? Tapi tengok pudina segenggam baru RM 0.50, Basil pulak RM 0.80 seikat kecik. Boleh la nak buat eksperimen. Tengok kat hujung tu macam ada akar kecik. Ada harapan ni.

Balik rumah, saya rendam diorang dalam air (ikut youtube), tapi pas beberapa hari kebanyakannya dah lecur. Saya dah agak patah hati, try je tanam dekat dalam pasu. Beberapa hari baru saya tengok, dah ada tunas kecik. Alhamdulillah. Bestnya. Now pudina tu dah gemuk gile dan mula gila kuasa dalam pasu tu. Kalau ikut youtube, pudina ni jangan tanam kat tanah, nanti gila kuasa dia tak terkawal, habis seluruh kawasan dia conquer. Tak sangka senang gila nak tanam pudina. Pokok kesum saya pula lebih meninggi. So saya prun sikit tapi sayang pulak nak buang keratan tu. Saya amek dan letak dalam cup kecik dan isi air. Pas sehari dah kuar akar kecik, sekarang dah masuk seminggu akar dia dah melingkar ikut bentuk cup. Aikkkkk.. senang pulak kau nak hidup. Hari tu punya la susah. Hahahha.. Gaji ,asuk je saya terus gi jusco nak beli herba, tapi rosemary je ada. Amek je lah.

Hari tu berjaya lobi hubby beli pokok limau kasturi dan limau purut. Hari tu prof roji suruh saya amalkan minum lemonade, jadi biji lemon tu saya semai. Sekali hidup la. hahahah. Happy. Tapi sekejap je sebab based on my reading, Lemon yang tumbuh daripada biji akan ambik masa lama untuk berbuah (up to 8 years), pokoknya akan jadi sangat besar dan berduri. Huhuh. Nampaknya kena pegi cari pokok lemon kat nurseri la ni. 

Mulanya saya ingat nak buat edible garden je, bunga-bunga tak mo. Tapi baca blog-blog sifu gardening, pokok bunga penting untuk menarik agen pendebungaan dan pemangsa kepada makhluk perosak. Kebetulan hari tu gi cameron hubby beli pokok bunga dahlia (dia geram sebab harganya murah), walaupun tujuan asal cuma nak cari pokok orkid mak dan cili ceri. Orkid takde yang murah, tapi cili ceri (pimiento) berjaya diperolehi. Cantik dan comel buah tu. Tapi takde kamera nak tangkap gambar dan letak kat blog. Cedey.

Saya dah bawak balik tin solvent dari lab (thanks Kak Uji, tolong bawakan).Dah order macam-macam benih dari Encik Iskandar (http://www.tanamsendiri.com/) dan Puan Diana (http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/). Ada sayur dan bunga. Tapi tanah lum ada. Weekend ni nak balik Rengam cari tanah dan baja organik (tahi arnab). Pasni nak fahamkan pasal buddy system, legend of three sisters, dan nak hasilkan baja kompos sendiri daripada sisa dapur. Wah, macam berwawasan betul. Kena buat to-do-list la pasni.



2 comments:

ummihasan said...

wohoo.. sila buat tutorial kat sini ye pastu.. baja dari sisa dapur tu. pudina umah ummu dah nak mati. dia taknak air banyak sangat kan..banyak knowledge dayah ek, ilmu dr KH dulu yek.hehe

Nudabuffy said...

Ummu..nak buat tapi takde kamera nak amek gambar..knowledge ciput, tapi zaman internet ni semua di hujung jari.. Thank you Allah sebab cipta manusia-manusia pandai ni.. hehehhe..

Pasal pudina tu mungkin juga la..sebab tu bila letak dalam air dia lecur. Nanti kita study lagi eh.. hehehe