Great stuff to be shared together...

Facebook Badge

Wednesday, May 30, 2012

Ayam Untuk Dijual

Chewah.. Macam bisnes besar je kan? Kekekek.. Hmmm...bukan bisnes saya pun. Saya tukang bagi iklan je. Ayam ni ternakan paman hubby dekat kampung. Paman ni kalau berternak jadi je. Gemuk-gemuk. Buat masa ni dia ternak ayam kampung (original), ayam kampung kacuk, ayam mutiara/ayam api-api, itik daging, dan arnab. Sebelum ni dia ada bela ayam gajah dan ayam selasih. Tapi sebab ayam ni gangster belasah ayam lain, semua dah selamat jadi lauk. Kekekekek. Pernah tengok ayam selasih kat pasaraya? Ala yang daging dia hitam tu... Saya tengok kalau kat pasaraya, cenonet je saiznya. Tapi yang paman bela lagi besar dari ayam daging. Agaknya sebab dia menang kot rebut makanan dengan yang lain.

Sekarang ni tengah musim orang minat ayam kacuk. Rupanya macam ayam kampung, tapi lagi cepat besar daripada ayam kampung. Tapi yang paman bela ni, masa saiz anak-anak je bagi makan dedak dan kurungan. Pastu dilepas bebas dalam kawasan berpagar yang luas untuk cari makan sendiri selain diberi makan dedak, jagung, dan daun-daun, biasanya daun ubi. Kelakor tengok ayam-ayam tu kemaruk makan daun. Kekekke..Kita tengok gambar dulu!!!


Ayam-ayam menggila time bagi makan.
Ayam kampung ori dan ayam mutiara pada peringkat remaja kena kurung. Takut terlibat dengan gejala sosial, mungkin.
Lagi remaja kampung yang masih suci

Sebahagian ayam mutiara. Lihat poko ubi yang hampir togel akibat dibelasah ayam-ayam tersebut
Ayam-ayam peringkat sekolah rendah. Dapat bezakan tak anak ayam kampung dengan ayam mutiara?

Aikkk... gambar itik takde lah pulak. Hmmm...nantilah kalau balik kampung tangkap gambar lagi. Hmmm.. Mulanya ramai juga orang perlekehkan sebab Paman bela ayam kacuk, tak laku katanya. Tapi last-last ramai pulak orang nak bela bila dah rasa. Rasanya tak jauh daripada ayam kampung betul, tapi of course la lebih puas sebab lebih banyak isi dia. Hari tu mak dengan ayah ada juga bela dalam 10 ekor untuk juadah raya, last-last tiga ekor jadi BBQ, yang lebih jadi juadah kenduri doa selamat. Ramai yang kata sedap. Tak tahulah kalau sebab air tangan my hubby yang terensem di dunia tu. Hahahahh.. Oh ya, kalau berminat nak beli ayam dewasa, sila hubungi suami saya, Hambali: 013-7885918. Lokasi penternakan ni dekat Kampung Tengah, Rengam. Harga pulak lebih kurang macam ni:-

Ayam kampung ori: RM 18/kg (tapi stok terhad sangat)
Ayam kampung kacuk: RM 14/kg


Untuk itik dan ayam mutiara tak pasti lagi. Nanti kalau dah confirm saya update. Sekarang ni Paman tengah galak menetaskan ayam-ayamnya. Ayam mutiara sangat produktif. Happy for him.

6 comments:

wani sc said...

wah, ini pakai istilah paman-paman ni mesti jawa. hehe. adik beradik saya pun guna gelaran paman ni. salam kenal :)

Nudabuffy said...

Salam kenal wani. Haah, hubby orang jawa. Saya pun baru dibiasakan dengan istilah paman, bibik, embah. wani pun jawa ya? :)

Puteri Purnama said...

assalammualaikum,
cantik ayam mutiara tu banyak.Teringin saya nak pelihara, sepasang je..dapat tengok ayam ni kat zoo je.

Nudabuffy said...

Puteri purnama ~ Puteri duk mana ya? kalau sekitar Johor boleh saya dapatkan. Nanti saya try minta harga spesial.. Hehehhe

fitry said...

mne na dptkn benih aym kg kacuk daging area johor?

Nudabuffy said...

fitry, kami ambil bekalan di Segamat. Kedai dia nama Dee Dong.. Dekat dengan balai bomba