Great stuff to be shared together...

Wednesday, May 30, 2012

First Harvest : Cili Ceri dan Limau Kasturi

Semalam masak ikan kaloi goreng dan sayur kobis untuk makan malam. Nak kasi masakan simple jadi best, harus la buat pencicah, kicap dengan cili potong, ditambah asam limau sikit. Nyum.. 

So, kami pun gi la petik sikit cili ceri (cherry pepper) dan sebiji limau kasturi yang dah membesar dengan sihatnya. Sedikit gambar untuk mengenali pokok cili ceri ni.




Petik lima biji yang ranum, sebab tak tahu lagi tahap kepedasannya. Limau tu memang huduh sejak dibeli lagi. My hubby cakap, tu luaran je, dalaman dia tak terjejas. Memang pun, bau limau dia kaw dan juicy. Okey dah paham kenapa suami boleh pilih orang tak cantik macam saya, heheh. Yang penting dalaman. Kakakka.. Poyo!

Masa hiris-hiris tu hubby cuma rasa sikit. Tak pedas pun. Macam rasa capsicum cuma bau dia lagi naik. Tambah jelah cili padi yang dah kecut dalam peti tu sikit. Kekeke. So hari ni sempat buka google cari maklumat pasal cherry pepper ni. Mengikut http://missvickie.com/howto/spices/peppers/peppersdict.html , kepedasan cili diukur dengan menggunakan Scoville Heat Index. Dan cherry pepper ni antara yang terendah, sekitar 100-500. Kalau cili padi yang biasa tu 150000, dan cili yang terpedas, habanero pepper 325,000 to 570,000 SHI. Erkkkk... tabik le sapa boleh makan habanero. Sila comparekan cili padi dengan cili ceri untuk comparekan betapa tak pedasnya cili ceri. Hahhah. Patutlah ramai yang buat tanaman hiasan je.

Just for reminder, cili ceri ni saya beli dekat Cameron Highlands dengan harga RM8. Masa tu ada beli dahlia sekali. Tapi pokok dahlia dah ada bakat-bakat nak kembali ke rahmatullah. Kalau ya, saya anggap jodoh dengan dahlia tak panjang. tapi saya masih menaruh harapan sebab daun dia masih banyak cuma bunga je dah buruk. 

Hmm.. benih-benih tanaman dah semai. Buat masa ni semai sawi, kailan, salad, kangkung, bayam, ulam raja, daun sup dan bunga matahari. Nampaknya dah ada yang mula bercambah terutamanya ulam raja. Alhamdulillah. Cepat besar ye sayang.

8 comments:

TukangKebun said...

Comel cili cherry ni.

Nudabuffy said...

thanks kak diana, sudi datang menjenguk. Tapi nampaknya lebih sesuai jadi hiasan. Kalau nak hias masakan pun boleh.

ummihasan said...

ulam raja cepat membesar..dan gila kuasa jugak!!! cantik cili tu, tak pernah tengok pun, hehe.

Nudabuffy said...

hehe..sedap dimakan juga, bila dah takde lauk. kekekek. Kita baca, kalau tanam ulam raja dekat dengan pokok sayur, perosak tak berapa nak dekat.

lynnhelite said...

i dah tanam byk ulam raja..tapi bile benih cambah after 2,3 hari dia condong dan terus tumbang..dimanalah silapnya

Nudabuffy said...

lynnhelite~ sebenarnya pokok ulam raja saya pun macam tu. Rupa-rupanya dia nak cahaya matahari yang banyak. Mula saya tanam tempat teduh dia jadi panjang dan condong. Lepas alih tempat terang, baru dia nak tegak dan tumbuh daun sebenar..

lynnhelite said...

tq, tq... i dah start alih 2 hari lepas. memang betullah..dia dah tegak dan dah ada pertambahan daun.seronok sgt!

Nudabuffy said...

wah...alhamdulillah.. saya pun tumpang seronok..:))