Great stuff to be shared together...

Thursday, November 22, 2012

Pizza! Yummy!

Tadi Kaklong datang hantar barang yang saya kirim bersempena dia balik ke Terengganu berziarah ke rumah mertuanya dan juga saudara mara kami di sana. Dapat keropok lekor..Yahoo.. tapi kena tunggu bos balik dulu, nanti kesian dia tak dapat merasa. Hehehhe..

Oh ya, hujung minggu yang lepas saya cuba-cuba resipi pizza dari blog Mat Gebu (Dapur Tanpa Sempadan). So far, kalau cuba resipi dari blog ni memang menjadi dan mudah diikut. Kiranya penulis blog tak kedekut ilmulah. Saya mencari resipi yang boleh gunakan basil sebab pokok selasih kat rumah ni dah banyak, tak larat nak dibuat ulam (walaupun memang sedap). Untuk resipi ni, basil kering digunakan untuk buat sos pizza. Tapi saya guna basil fresh, hiris-hiris terus campak dalam ramuan tu. Tapi biasalah, tak 100 % ikut resipi asal sebab guna apa yang ada je. Tapi jadi juga sebab time tengah buat tu hubby datang dan tanya ,"Kenapa bau macam pizza?". Hehehehhe. Suka suka suka.

The dough. Gebuss macam tuan punya resipi.

I love colors in my food. Almost vegetarian except for the chicken sausage.
Topping and mozarella cheese.
Done!
Yummy.. lagi-lagi bila gigit capsicum yang manis dan crunchy tu. Saya cuba kaedah berbeza masa buat pertama kali dan kali kedua ni. Minggu lepas saya letak sos dan topping siap-siap before bakar. Jadi gebu sangat tapi agak lembab. Takut sebab sos tu basahkan doh. Dah la letak banyak gile.Jadi, kali ni saya bakar dulu 10 minit, baru letak sos dan topping. Personally, saya lebih suka yang bakar sekali harung. Sebab lebih mengenyangkan. Hehehhe..

Wednesday, November 21, 2012

Happy Anniversary, Sayang!

Hari ni 21 November 2012. Cukup tiga tahun usia perkahwinan kami. Syukur Alhamdulillah.

Banyak perkara yang tak disangka-sangka berlaku dalam kehidupan kita. Tapi salah satu perkara yang paling tak kusangka dan akan ingat setiap kali ulang tahun perkahwinan ialah "Tak sangka aku akan jadi isteri insana bernama Hambali Abd Jalil". Dan aku selalu tersenyum bila ada yang bertanya, "Macammana korang boleh kenal eh?".

Jalan ceritanya terlalu panjang dan berliku. Kalau dibuat novel entah berapa tebal agaknya. Ada yang tahu serba sedikit, tapi hanya kami yang tahu keseluruhan cerita. Namun, yang pasti aku  kini isterinya. Three years and counting.

Apabila terlafaz sahaja ijab dan qabul, maka sempurnalah sebahagian iman.

Dapat berkahwin je dah satu rahmat.

Dapat berkahwin dengan orang yang kita sayang dan cinta, bukankah satu nikmat?

Aku mungkin tulang rusuk kirinya, tapi dia menjadi lebih daripada tulang belakangku. 

Fabiayyi aalaaa irabbikuma tukazziban.

Kebelakangan ini, fikiranku berkecamuk. Kemalasan bermaharajalela. Semangat terbang ke mana. Ulang tahun perkahwinan mengingatkan aku kembali di mana aku berada. Aku menjeruk diri menghitung duga. And I always forget to count the blessings.

Aku teringat emak pernah bercerita, kelahiran aku bukanlah sesuatu yang dirancang. Eh aku tersilap, dirancang, tapi supaya tiada. Despite of all contraceptions and precautions, here I am, a 28 years old woman. In my mother's womb, I endured everything, thrived and survived. Ironinya aku yang ada sekarang, lengkap dengan daging dan tulang temulang, sempurna anggota dan pancaindera, dan yang paling penting fikiran yang matang, jauh lebih rapuh daripada aku yang berbentuk segumpal daging, mudghah.

Emak bilang aku anak yang tidak pernah menyusahkan dan mampu membuatkannya bangga.

My boss testifies that I will survive in whatever challenges upon me.

Aku pula memilih untuk jadi lemah.

Tidak.

Catatan ini merupakan kali terakhir Aku bermelankolia. Aku ingin menjadi diriku yang dahulu, kuat menghadapi apa juga cabaran mendatang. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk insan-insan kesayanganku.

"Abang selalu doakan agar Nurul sihat, kita hidup bahagia walaupun berdua je. Kita usaha mana yang mampu..Then cuba rapatkan diri padaNYA.. Mohon dariNYA agar dipermudahkan".

Teman-teman, andai aku tersasar lagi, ingatkanlah aku.



Monday, November 19, 2012

Belasungkawa Nurulhuda Abd Ghani (Yuyun)

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Terkejut.. tergamam..sedih dan macam-macam perasaan bercampur-baur.

Saya dan Yuyun bukanlah sahabat karib. Cuma satu batch masa di sekolah menengah, pernah pula sedorm. Tapi perkara yang menghubungkan kami kembali adalah pengalaman hidup yang sedang kami lalui. Chronic Kidney Disease (CKD).

Dalam dua minggu yang lepas, kami masih lagi bertukar-tukar cerita tentang perkembangan kesihatan masing-masing. Kalaupun tidak berbalas mesej, saya selalu singgah di wall facebook nya yang selalu dikemaskini. Yang terakhir saya ketahui, dia sedang mendapatkan rawatan homeopati. Walaupun dia baru sahaja didiagnos mendapat penyakit ini, tapi keadaan dia lebih kurang sama dengan saya, mungkin lebih teruk. Dia pun cuma mengetahuinya sewaktu mengandung anak keduanya. Ini ada diceritakan dalam blognya. Yuyun mengalami water retention dalam buah pinggang sedangkan ginjal saya kecut.

Tiba-tiba pagi ini seorang kawan mengkhabarkan pemergiannya. Selama-lamanya.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak terkejut.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak takut.


Bohonglah kalau saya bilang tak terlintas dalam fikiran ini "Apa pula nasib aku?"

Semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan solihin.. Pilu hati saya memikirkan anak-anak arwah Insyirah dan Zikri. Zikri dilahirkan pramatang, tentulah memerlukan lebih perhatian berbanding anak-anak biasa. Semoga suami dan orang-orang kesayangan arwah tabah menghadapi dugaan ini. Melihat derita orang lain mengingatkan hikmah segala kejadian terhadap diri sendiri. ALLAH.. hamba-Mu ini lemah, maka kuatkanlah hatiku..

Amiin.

Wednesday, November 14, 2012

Bunnies



Ibu Putih

Anak Ibu Putih berumur seminggu
Ibu Hitam. Bagus dia ni.. Nak togel bulu dia cabut untuk anak dia.
 
Anak Ibu Hitam. Umur tiga hari.
Ibu Oren
Anak Ibu Oren .Fresh from oven.







Balik Kampung Lagi..Part 1

Balik ke kampung memang menyeronokkan. Macam-macam dapat dibuat. Cuci mata dulu.

Kacang panjang. Tak sempat jadi lauk sebab jadi makanan ringan kami sambil meronda rumah

Bunga Roselle
 
Roselle.. Yang ni baka lain dengan yang baru berbunga tu. Dah banyak kali petik.

Pisang tanduk yang gemuk

Roselle akhirnya jadi jus. Terung masuk dalam kari.

Cili api ni dari benih yang biasa tapi tiba-tiba pokok yang ni buah dia putih kuning. Gemuk.
Selasih hidup subur di kampung. Makan dengan kari daging. Fuhh laju dan bertambah.

Bunga Matahari Sungguh Cantik

Bunga matahari sangat cantik
Kembang diwaktu pagi
Daunnya Hijau, Bunganya kuning
Memikat kumbang lalu..
Bunga Matahari sangat cantik
Dihalaman rumahku
Darinya pagi hingga ke petang
Tak jemuku memandang..



Monday, November 12, 2012

Update Perubatan Alternatif

Perubatan Alternatif yang saya pergi ni tempatnya di Taman Daya Johor Bahru. Perawatnya Ustaz Najib. Ni pun kawan kakak ipar yang cadangkan. Alang-alang appointment dengan doktor bulan Januari kang baru tiba masanya. Berusaha dan berikhtiarlah kita nak sihat semula.

Oleh sebab perawatnya orang bekerja, jadi rawatan hanya dibuat pada malam hari Sabtu. Tu pun di rumah Encik Mispan sebab dia tinggal berdua je dengan isterinya. Lapang agaknya. Sebenarnya minggu lepas dah pergi, tapi tak kesampaian. Sebelum merawat, ustaz najib ni akan bacakan ayatul kursi pada secawan air. Tapi nak jadi cerita, dua kali air tersebut tumpah. Katanya, "Maaf dik, Allah tak izinkan. Tapi jangan putus asa, minggu depan cuba datang lagi. Saya tak boleh teruskan. Kalau saya teruskan nanti jadi takbur". Masa tu saya tak rasa apa-apa pun. Sebab dalam hati dah niat, kalau kat sini jodoh nak baik, mohon Allah mudahkan. Kalau bukan, minta saya diberi kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segalanya. Hanya kepada Allah kita menyembah dan kepada Allah kita memohon pertolongan.

Mungkin tergerak hati kami ke situ bukan untuk kami tapi untuk kakak ipar yang masih belum dapat zuriat. Dia yang asalnya nak tunjuk jalan saja, tiba-tiba tergerak hati nak minta pendapat ustaz tu. Pertanyaan pertama Ustaz, suami tak tahu yang datang nak berubat malam ni? Kakak ipar jawablah suaminya tahu dia pergi ke mana tapi takde plan pun nak berubat. Ustaz tu minta datang minggu depan bersama suami. Katanya, soal zuriat kena ada dua-dua pihak. Barulah berkesan. Alhamdulillah, kedua-dua kami bebas daripada gangguan mistik. Ramai pesakit yang datang bermasalah sebab mewarisi saka, susuk ataupun 'dihantar' sesuatu oleh musuh.

Malam sabtu baru-baru ni saya ke sana lagi. Niat tetap sama, mohon dipermudahkan oleh Allah sekiranya diizinkannya. Kali ni tak ramai pesakit, mungkin sebab ramai yang bercuti panjang. Tapi sebelum kami semua kes berat. Ada seorang pak cik tua yang mewarisi susuk daripada nenek moyang. Menurut cerita daripada pesakit sendiri, kesan ilmu warisan nenek moyang ni menyeksakan keturunan walaupun mereka tak rela. Ada yang terjejas kepada akal, fizikal, malah ada yang diganggu setiap kali nak melakukan ibadat. Bila tengok ada pesakit sampai menangis sewaktu dirawat jadi cuaklah pulak.

Oh ya, kali ni ada seorang ustazah membantu dalam perawatan. Ceritanya, ustazah ni sedang buat ujian praktikal untuk merawat. Asalnya ustazah ni adalah pesakit, tapi setelah dia pulih, hijabnya telah dibuka oleh Allah SWT sehingga dia mampu melihat apa yang orang biasa tak mampu lihat. Cuma kata Ustaz Najib, ada masanya, ustazah ni tidak ada kekuatan. Just imagine la, kita nampak benda yang tak patut kita nampak. Perempuan pulak tu. Tapi macam citer spiderman, with great power, comes great responsibility.

Kali ni ustaz suruh ustazah scan saya. Katanya, buah pinggang kanan saya yang nampak tidak normal. Ada salur darah yang berhubung ke buah pinggang yang tidak sihat. Tiba-tiba ustaz tanya saya, "Belajar sampai mana?" And me, blur as ever cuma menjawab, "AAA?". Ustaz tanya lagi, "Adik belajar sampai mana?". "Master", jawab ambe. "Patutlah.." kata ustaz. Dia kata otak saya dah overworked sampai menjejaskan urat saraf. Seriously? Ingatkan makin banyak pikir makin cerdik. Heheheh.. Ni sampai ada wayar putus la pulak. Patutlah berat je nak buat PhD, selalu lupa-lupa dan cepat keliru. Saya ingatkan sebab kurang kalsium..Kakakakak. Tapi kan, at least 'diagnosis' Ustaz ni tally lah dengan dua rawatan alternatif yang saya buat sebelum ni. Masalah darah dan urat saraf. Jadi kaedahnya, diorang buat agarkan salur darah tu lancar semula. Mereka berpesan agar saya tetap jumpa doktor untuk pastikan keadaan saya. Mereka boleh cuba rawat tapi tiada alat untuk membuktikan yang kita dah sihat. Maklumlah ilmu manusia tu limited. Semuanya Allah yang punya. Saya ingat nanti nak buat ujian darah kat swasta untuk buat comparison and get second opinion.

Oh ya, untuk kes kakak ipar saya (Kak Pojit) pun tally dengan rawatan di hospital dan alternatif yang dia buat sebelum ni. Kalau tak salah saya, pakar cakap telur dia tak boleh matang dan salurnya tersumbat. Tapi macam-macam kerenah masa dia cuba dapatkan rawatan moden di hospital, sampai fed up agaknya. Bila buat rawatan alternatif pulak, dah takdir Allah dan mungkin belum rezeki mereka, perawatnya kembali ke rahmatullah. Bila discan oleh ustazah, memang itulah yang dia nampak, selain dinding uterus yang kurang sihat. Ya Allah, kalau ada rezeki mereka, tahun depan 3 orang anak saudara keluar termasuk dua yang dah on da way. Tiba-tiba saya pulak rasa terlebih happy. 7 tahun penantian bukan tempoh yang pendek. Sedangkan saya yang baru 3 tahun kawin pun selalu je 'sentap' bila orang sembang pasal anak.

Apa-apa pun, mudah-mudahan usaha ni membuahkan hasil. Kalau tidak saya, semoga Kak Pojit and Abg Awie berjaya. Kalau tidak, cukuplah semoga Allah lorongkan kami ke jalan yang lurus menuju ke syurga idaman.

Gembira Bersama, Sakit Bersama.

Bismillah.. 

Adalah satu perkara biasa untuk kami berfikir perkara yang sama, atau terbuat benda yang sama, menyambung ayat masing-masing atau pun menyuarakan apa yang seorang lagi fikir (tapi tak dapat luahkan dengan kata-kata). Perkara biasa. Tak ganjil. Langsung. 

Tapi, bila dua manusia yang duduk tempat lain-lain, makan benda lain-lain, buat benda lain-lain boleh dapat penyakit yang sama sedangkan manusia lain elok sihat walafiat, itu memang dah 'sesuatu'. Kusangkakan demam rindu, tapi kenapa bila berjumpa makin melarat-larat. Maka jadilah kejadian orang sakit jaga orang sakit.. Begitulah arakiannya.. Hehehhehe..

Start daripada petang Khamis tu saya dah rasa lemau. Pening dan sakit kepala. Hari Jumaat makin berpinar-pinar. So, terpaksalah mencutikan diri sendiri. Nak pergi klinik tak larat. Mengadu dengan hubby, dia pun cakap dia rasa mual-mual. Dia cakap mual je, terus ambe termuntah. Huhuhu.. tak sarapan lagi, paham-paham lah seksaannya. Nak kata 'terkantoi' tak mungkin pasal tengah bendera merah. Sarapan minum air panas dengan biskut pastu baring-baring depan tv. Tetiba rasa nak terbelahak. Muntah lagi. Macam susu basi yang keluar. Mungkin sebab perut dah berasid agaknya. Petang tu Mr Hubby sampai gi makan kat luar je sebab takde siapa rela jadi tukang masak. Kita makan nasi goreng, dia makan nasi dengan tom yam dan telur dadar. Tak habis pun. Bila sampai kat rumah, saya yang mula berulang-alik masuk tandas. Kemudian, bila tengah malam dia pula. Lepas tu main lumba-lumba pas baton masuk toilet. Nasib lah toilet ada 3 kat rumah tu... Kalau tak, ada yang main ketuk-ketuk pintu... 

Dua-dua dah kelesuan...Yang saya ceri-beri dengan muntah dan sakit kepala. Dia pulak, ceri-beri, sakit otot, sakit dada, sakit tengkuk, sakit macam-macam. Angin dalam perut masing-masing dah macam puting beliung agaknya, tengah sakit boleh lagi nak main-main dengar bunyi perut yang kelakar. Mula ingat nak cancel je pergi berubat alternatif. Tapi Mr Hubby ajak juga. Mujur petang tu dah lega sikit.

Rupa-rupanya lega sekejap je.. Agaknya sebab nak bagi laluan kitorang pergi berubat agaknya. Saya dah segar sikit, tinggal sakit kepala je. Yang hubby masih lemau, macam teruk je. Saya ajak pergi klinik. Oleh sebab dia sakit dada dan ayahnya ada sakit jantung sikit, Doktor run ujian ECG. Alhamdulillah, bukan sakit jantung, cuma ada garam yang kurang sebab cirit birit. Bukan juga appendiks sebab dia ada sakit perut. Risau juga sebab kedua-dua belah keluarga ada sejarah appendicitis. In fact, sorang adik saya meninggal sebab appendiks. Doktor bagi ubat untuk angin dan garam untuk gantikan elektrolit yang hilang sebab terlalu banyak buang air. Malam nya suami pergi pulak berurut untuk keluarkan angin-angin yang banyak dan tak boleh keluar tu. Katanya lepas berurut tu baru rasa macam panas sebab darah mengalir dan tiba-tiba rasa lapar. Alhamdulillah pagi tadi dah boleh makan. Risau sangat sebab sebelumnya dia cuma boleh makan nasi beberapa suap dan roti seketul.

Memang aneh bila pikir-pikirkan. Haru juga bila orang sakit jaga orang sakit. Entah siapa yang jaga siapa. Bila saya segar sikit, saya urut dan picitkan dia. Lepas tu dia pulak buat benda yang sama untuk saya. Bila dua-dua dah segar ni, rasa geli hati pun ada. Kesian kat ayah saya, risau dengan kitorang dari pagi semalam sampai ke pagi ni duk tanya update kitorang. 

Dalam haru-haru pun, saya bersyukur. Sekurang-kurangnya ada dia di sisi berkongsi 'nikmat peringatan' yang Allah bagi. Jadi kawan-kawan.. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati

Wednesday, November 7, 2012

Bunga Matahari dan Labu

Oleh sebab tak cukup tanah nak bercucuk tanam dekat taman ni, sebahagian daripada biji benih terpaksa di semai di kampung, terutamanya yang menjalar dan memanjat. Biji benih labu dan kundur daripada Puteri Purnama dah pun menjadi pokok yang menjalar sebebas-bebasnya. Petang tadi encik suami MMS gambar labu. Ada dua biji beu. Sebelum ni ada masalah dengan bunga jantan, tak kembang ke apa ntah masalahnya.


Bercucuk tanam di kampung memang seronok sebab banyak kawasan.. Tapi banyak juga cabarannya.

1) Babi. Kawasan kalau luas tapi tak berpagar mudah jadi ancaman si pembajak tanah ni.. Tapi mertua dapat petua, babi takut dengan bau kencing manusia. So kalau ada baby atau budak kecik, campak je pampers yang dah 'dikencingi' mereka di tempat yang terancam.. Ajaib..dah tak datang. Hehhehe.

2) Monyet dan musang. Tak tahu lah nak buat apa. Tapi buah-buahan terpaksa disembunyikan. Misalnya kat kampung, buah nanas diserkup dengan bakul, dawai atau apa-apa lah.

3) Ayam. Suka benar mengais. Habis pokok jagung kitorang. Kurung ajelah.. Hahhah..

4) Semut. Diorang ni pergi kutip biji benih bawa lari ke sarang diorang. Mula pelik kenapa semai-semai tak tumbuh.  Bila dah tahu puncanya, suami beli ubat semut yang serbuk tu. Boleh dia kutip ubat tu, pastu datang balik kutip biji benih.. Haru... Tapi dah dapat dikawal.

5) Serangga perosak. Boleh dikawal dengan racun organik resipi En Iskandar www.tanamsendiri.com. Make sure guna resipi yang betul. Jangan jadi macam kitorang guna breeze. Habis luruh daun pokok cili orang tua kami.. Bak kata mertuaku, macam disimbah air panas.. Syyyyhhhh.. Jangan bitau sesapa tau. Kakakakaka.

Hmmm... MMS kedua suamiku, Sekuntum bunga matahari yang hampir mekar. Menjadi juga akhirnya. Weeeeee

Kelahiran

Sejak berhenti kerja sebagai jurutera, suamiku yang gagah telah bertukar angin menjadi petani dan penternak. Hehehhe.. Saya suka.. sebab waktu kerja yang sangat fleksibel. Boleh teman saya pergi hospital. Alhamdulillah, kami lebih tenang dan gembira sekarang. 

Disebabkan kepentingan menjaga sumber protein saya, kami telah bersetuju untuk makan ayam organik atau arnab buat masa ni. Baru-baru ni ada beli anak-anak ayam dan ada juga dapat anak ayam botak daripada mak saya. Arnab pun tengah produktif. Meremut-remut. Sungguh menyelerakan bila dipanggang dengan resipi istimewa suamiku. Isteri goyang kaki. Yeay!



Empat ekor anak Buncit.. Oh..yang ni tak boleh dimakan.

Anak-anak arnab. Yang ni boleh dimakan..bila dah gemuk nanti.. Hehhehe

Ada orang tak makan arnab. Ada yang kata macam kucing, kesian dan sebagainya. Pendapat masing-masing. Saya dulu pun ada juga persepsi sebegini. Tapi daging arnab antara makanan yang sihat, kurang lemak, malah lebih senang diproses dan bersih berbanding ayam. Membela arnab memberi bekalan makanan dan baja kepada kami. 

P/s: Saya geli dengan anak arnab yang macam dalam gambar ni. Hohoho