Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 16, 2012

Rindu Jadi Surirumah

I love my job. Tapi ada masanya rasa tak mampu laksanakan tugas dengan baik. Aku lemah. Lemah.

Hari ni rasa macam superwoman sangat. Buat kerja sampai berdarah tangan. Pastu dah lewat baru terhegeh-hegeh nak pergi cari makan. Lepas makan angkut silinder gas pulak. Bukan gas masak. Gas nitrogen, hidrogen, dan sebagainya. Alone. Dah nyaris-nyaris kena hempap dengan tong gas yang lagi besar dari diri sendiri (of course lagi berat), baru la nak minta tolong. Memang makcik berat mulut nak minta tolong. Sebab, ahhh.. berat nak citer kat sini. Bukan nak merungut, tapi kerja tu memang tak selayaknya dilakukan dengan kederat wanita kecil seperti makcik. Kalau setakat tolak guna troli je takpe, tapi nak bula lalu bendul-bendul, menyeberang longkang dan liku-liku. Dekat sini sume pompuan. Pernah minta bos cari pekerja lelaki, tapi bos dihantui pengalaman ramai pekerja lelaki yang pemalas. Yang rajin cepat je cabut lari cari kerja lain yang ada jaminan. Yelah, kerja kat sini kerja kontrak. Ada dana, ada duit.Takde dana, lu pikirlah sendiri.

Makcik pula, orang ajak kerja, makcik kerja. Tapi bila dah penat gile macam ni mulalah rasa nak jadi surirumah macam hari tu. Tapi bila fikir pasal kelangsungan hidup, rasa nak kerja balik. Kejap lagi rasa nak balik kampung tanam jagung. Tapi makcik bukan ada rumah ke tanah sendiri. Ahhhhhh... Kan best kalau ada orang bagi sebidang tanah percuma. Heheheh.. Angan-angan tinggi melangit.

Nampak sangat emosi tak stabil. Ni sumer sebab mimpi kena kejar rimau malam tadi. Huhuhu

Reminder: Makcik is just another alter ego.

3 comments:

Puteri Purnama said...

jangan lupa senaman pernafasan ketika dilanda stress.Tarik nafas dalam2 kira sampai lima,masa tarik nafas sedut udara melalui hidung, baru hembus..buat sebanyak yg.boleh.masa hembus nafas melalui mulut,hembus dalam kiraan 5 juga.kita perempuan ni..banyak perkara boleh buat suka dan duka..sabar k.

Mama Pongkey said...

Mungkin boleh cadangkan kat Bos upah pelajar undergrad/postgrad lelaki gaji minima untuk buat kerja berat ni. Upah by job, contohnya uruskan liquid nitrogen tank ke, CO2 incubator ke. Mesti ramai student minat kerja part-time ni. Lab pun jimat duit sikit. Tak patut orang perempuan kena handle kerja berat ni, bahaya.

Nudabuffy said...

Thank you Puan Puteri Purnama dan Mama Pongkey. Perempuan kalau ikutkan boleh buat banyak perkara. My boss is a superwoman herself. Tapi kita kena sayang diri kita juga kan? Hmm.. susah nak cari pekerja lelaki sekarang. Kalau ada pun, tak rajin. Bidang sains ni ramai perempuan yang masuk. Dalam lab ni ramai, tapi semua perempuan.