Great stuff to be shared together...

Friday, July 6, 2012

Daun Bawang dan Kesum

Rasa macam dah lama sangat tak update apa-apa pasal gardening. Sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. Dengan gotong-royong bersihkan lab, orang ni cari, orang tu cari. Penat dan stressed sangat. Agaknya kalau saya menghilangkan diri daripada tempat kerja sehari, kelam-kabut tak diorang? Pokok-pokok pun macam terabai. Nasib baik hubby masih tekun berkebun.

Benih terung asam yang Herny minta dah ada, tapi perlu dikeringkan dulu. Hubby merungut dapur bau masam. Dah namanya terung asam, sayang! Hahahah.. Tak banyak perkembangan pasal kebun mini saya. Cuma proses mengalihkan anak-anak pokok capsicum, cili ceri, bendi dan rosel. Kawasan rumah saya kurang dapat matahari pagi tapi bila tengahhari sangat terik. Sebenarnya matahari bukan masalah, tapi kalau hujan lebat lagi kelam kabut jadinya. Sistem saliran dekat sini pelik. Bila hujan, air dari bumbung akan turun macam simbahan yang besar. Kalau tersimbah dalam pasu, boleh tercabut anak pokok. Jadi, bila panas, pokok tu akan bahagia dapat matahari, bila hujan terpaksa di alih ke tempat letak kereta.

Oh ya, buat masa ni hubby jadi househusband sementara tunggu dapat kerja baru. Hari tu dia korbankan kerja dia sebab risaukan saya duduk di Johor sorang-sorang. Saya tak kisah pun, sebab saya rasa suami saya lebih cekap uruskan rumahtangga daripada saya masa saya jadi housewife hari tu. Saya balik kerja penat-penat, dia dah siap sapu rumah, basuh baju (kadang-kadang siap lipat), jaga tanaman, dan yang paling best dah siap masak. Dah la hubby pandai masak, memang heaven.

Masa dia belum duduk dengan saya, saya memang ada cita-cita nak buat eksperimen memasak. Jadi bila ada masa (dan kerajinan), saya siapkan bahan masakan macam kupas bawang, kisar cili kering, kupas bilis etc etc. Tapi lain jadinya sebab saya jadi malas makan. Hasilnya,

Siap berakar bawang merah saya.

Sebenarnya bukan bawang merah je. Bawang putih pun sama tapi tak snap gambar. Saya tanam garlic cloves yang dah bertunas tu untuk dapatkan garlic green (sambil berharap mereka bertukar jadi garlic bulb heheh). Tapi masa hujan lebat hari tu, dia jadi lecur dan rosak. Bawang merah ni pun saya tanam juga. Hidup subur dan dah beberapa kali juga gunakan dalam masakan.

Daun bawang patah-patah ditimpa hujan, tapi gemuk. Agak-agak diorang boleh jadi bawang tak?
Daun kesum yang sekali dengan pokok bawang tu asalnya daripada pangkasan pokok induk. Dah sama besar dengan pokok asal.

Pokok kesum asal. Semakin rimbun sebab dipangkas dan ditimpa hujan.
Sejak bertanam ni, kami dah mula pandai makan ulam. Sekarang kalau nampak daun selasih yang baru naik dan segar-segar, mesti rasa terliur. Makan pun makin berselera. Badan pun makin montel. Hahhah. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi atas usaha sendiri kan. Memang berbaloi-baloi.

6 comments:

baguznet said...

wah! bestnya tengok...

pokok kesum tu dr pasar ke?

bawang tu, guna tanah mcm mana utk tanam ye?

Nudabuffy said...

haah, pokok kesum tu asal dari pasar, semai dalam pasu dah jadi banyak pasu dah.

Bawang tu saya tanam guna tanah yang kami ambil dekat kebun sawit. Tanah tu macam tanah merah tapi bercampur tanah berpasir + nutrien daripada pelepah sawit reput. Topup tanah bakar sikit untuk baiki saliran dia.

mat jon said...

nampak gaya dah mahir bercucuk tanam nih..ni la untung tanam sendiri, sayur fresh lagi tu, kalau daun ketumbar ke atau daun sup, memang kuat baunya lepas potong dari pokok.

Nudabuffy said...

Mat Jon~ memang puas hati walaupun sikit-sikit je dapat harvest. Nak pakai pun bukan banyak, nak beli tak berbaloi..

Ana - Kisah Hati said...

nuda, wahhh bestnya pokok kesum menjadi. ana risau betul dengan pokok kesum. kat rumah ada sepokok kawan bagi. ana tak sempat lagi nak update blog pasal pokok2 ni huuu....

Nudabuffy said...

Ana kalau datang rumah, boleh je saya bagi pokok kesum ni. :p