Great stuff to be shared together...

Thursday, July 12, 2012

Kailan, Salad Butterhead, Peria

Tiap-tiap hari tengok tanaman, saya selalu cakap, "cepatlah besar, aku tak sabar nak makan korang". Agak-agak diorang makin cepat besar ke takut nak besar? Hahaha..


Pokok-pokok kailan dan satu salad butterhead.

Bila 'head' dia nak terbentuk agaknya.
Cukup ke 5 pokok je kailan ni? Kami ni dah la rakus.

Hari tu ada beli dan masak peria. Ada biji saya pun kumpul. Suami suruh campak je bawah pokok yang ditanam majlis daerah. Kalau tumbuh boleh dia panjat pokok tu. Saya semai sekali benih kacang botor. Timbunkan rumput-rumput yang dimesin atas tu supaya tak dicuri burung yang banyak berterbangan. Sekali kena berak dengan kucing daaa... Hari ni dah keluar satu anak peria. Anak kacang botor takde. Harap-harap membesar dengan sihat la. Jangan jadi mangsa pemotong rumput sudahlah.

Anak peria tumbuh dari bawah timbunan kompos.

5 comments:

mat jon said...

5 pokok kailan cukup, kecuali kalau diserang serangga atau penyakit. tapi biasanya jarang kena penyakit, ulat atau siput suka makan daun kailan

Nudabuffy said...

buat masa ni takde lagi siput. Ulat kalau jumpa buang tapi rasanya kena makan dengan burung yang banyak (pekerja percuma). Cepatlah besar. Tak sabor dh nak merasa. kakaka

TukangKebun said...

Kena buat papan tanda tu nanti hilang.

Puteri Purnama said...

hahaha kelakar lah..rasanya pokok tu lagi takut nak membesar.Apa pun best tengok sayur2 tu nampak sihat.

Nudabuffy said...

Tukang kebun ~ haah lah. Kang hilang nagis pulak. Heheheh

Puteri Purnama ~ Ye ke? Ala, pasni kena hiburkan diorang jelah kot. Biar dorang leka. Hehehhe