Great stuff to be shared together...

Friday, July 6, 2012

Menjejak Identiti Sebenar Pokok TomYam

Puas saya google pasal pokok tom yam ni, takde info langsung. Yang keluar gambar tom yam, resipi tom yam, buat saya lapar je.. Pasal pokok tom yam, yillek. Saya belek-belek buku "Mari Berubat dengan Tumbuhan di Sekeliling Kita". Ada dua yang nampak macam pokok tom yam ni.

Pokok tom yam dekat rumah saya.


1) Pokok Tapak Leman 



Nama saintifik : Elephantopus scaber
Nama Lain      : Tapak sulaiman, Tapak Gajah, tapak babi, Bersih Hitam, Tutup Bumi
Keluarga         : Asteraceae
Ciri-Ciri          : TAPAK sulaiman menyerupai pokok kaduk tetapi ia kelihatan lebih berkilat. Bezanya pokok ini tidak memanjat kerana batangnya pendek. Tangkai daun juga pendek berwarna hitam dan berbulu halus.
Daun mudanya berwarna kemerahan dan belakang daun berwarna coklat. Pokok ini tidak tahan pada cahaya matahari. Batangnya lembut berair dan berbulu. Pokok yang subur daunnya lebih lebar daripada kaduk. Herba ini mempunyai bunga berwarna merah jambu yang terbit di hujung pucuknya.

Sumber Rujukan:
1) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_04.htm
2) http://warisanetnobotani.blogspot.com/2011/04/tapak-leman.html
3) www.forestry.gov.my/herba/tutupbumi_en.pdf
 




2) Pokok Sawi Belanda

Nama Saintifik: Lactuca indica L.
Nama lain       : Daun puning, sawi rana, lampens, tongo (Sunda), tempuh wiyang (Jawa), Indian Lettuce,   
                        Daun Panjang,
Keluarga        : Asteracea/Compositae
Ciri-ciri          :
Sumber Rujukan:
1)Mari Berubat dengan Tumbuhan di Sekeliling Kita
2) Tumbuhan Obat dan Khasiatnya by H. Arief Hariana
3) http://www.globinmed.com/index.php?option=com_content&view=article&id=62979:lactuca-indica-l&catid=376:l
4) http://www.pfaf.org/user/Plant.aspx?LatinName=Lactuca+indica

Gambar pokok sawi belanda yang saya tengok dalam buku Mari Berubat dengan Tumbuhan di Sekeliling Kita memang sama dengan yang ada dekat rumah. Tapi bila saya google guna nama saintifik dia lain pula. Nampaknya kena tunggu pokok yang ada berbunga baru ada maklumat tambahan.


14 comments:

mat jon said...

pokok tomyam tu buat masak dalam tomyam ke?

hernyhafiz ^_^ said...

Kenapa nm dia pokok tomyam?

shafirul suffian said...

cuba google sawtooth corriander, atau ketumbar jawa... pokok ini banyak digunakan oleh masyarakat india dalam masakannya... dulu saya pernah tanam akar pemberian jiran, tapi selalu ada si misteri yg makan daunnya yg baru nak bertunas..last2 abaikan sahaja.

TukangKebun said...

Terima kasih kongsi ilmu baru saya tahu ada nama lain pokok tom yum. Blog dari tanahair juga 'My Little Potted Garden' ada buat posting pasal sawtooth coriander dulu. Ada dalam blog list bahagian tanahairku Diana kalau nak melawat blog ini.

Nudabuffy said...

Matjon & Hernyhafiz ~ dipanggil pokok tom yum sebab bau dia macam tom yum dan diguna dalam masakan tom yum. Tom yum jadi lebih 'kick' gitu.

Mama shafirul & Tukang kebun~ Sawtooth Coriander eh? ok.. nanti saya tengok-tengok

Nudabuffy said...

Kawan-kawan~ dah tengok.. confirm sawtooth coriander.. heheheh.. dah terjawab misteri ni.. Thanks a lot! MMMUAH!

sabariahtrj@yaho.com said...

saya ade bnyak tanam pokok tom yam bau sangat harum boleh di masukan dlm sup,telur dadaratau ape saja yg kita rasa perlu dimasukan sebagai ganti daun sup kata martuaku bau dia mcam gegat.

shanizzzz said...

Boleh bg skt.... nak tanam....

shanizzzz said...

Blh bg skt.... nk tanam...

Nudabuffy said...

Boleh.. Nanti bagi alamat ya

shanizzzz said...

Saya tinggal di melaka boleh ke

shanizzzz said...

Saya tinggal di melaka. Boleh ke.... awk nk pos ke

Nudabuffy said...

Saya boleh pos biji benihnya

shanizzzz said...
This comment has been removed by the author.