Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 18, 2012

Tapak Kecil Depan Rumah

Hari tu saya ada cerita yang kami buat keputusan nak guna tapak kecil depan rumah tu. Inilah hasil yang tak seberapa tu.  Selain pokok serai, lengkuas, kunyit dan ulam raja, kami tabur juga benih bayam dan sawi. untuk isi ruang kosong sementara menunggu pokok-pokok yang lebih besar membesar. Ada benih bendi lebih, sumbat juga dicelah-celah pokok ulam raja yang dah terbantut tu. Pudina yang dah terlalu menjalar, kami potong dan cucuk je di tepi batas tu (batas ke?). Alang-alang peria dah tumbuh kat luar, biarlah dia berteman kan? Semalam ada satu lagi pokok peria tumbuh dekat situ. Tapi nampak banyak anak siput lah kat luar ni. Harap-harap burung-burung yang bersinggahan rajin buat kerja amal. Hihihi.

Cincai je. Tempat untuk kunyit, lengkuas, serai, keembong, marigold dan ulam raja.






Pokok keembong saya yang berterabur dan berkumpul di sudut sebab dihanyut hujan.





Nak cabut yang kecil-kecil tu sayang sebab tak tahu warna apa. Akhirnya saya cabut dan alih juga, sebahagian. Kalau diorang nak besar, besar lah. Kalau nak mati, kembalilah kepada Tuhan yang Esa.

Semalam saya kerja separuh hari je. Gara-gara terlalu penat pada hari Isnin, saya hilang selera makan pada malamnya. Tapi akibatnya perut masuk angin dan naik ke kepala. Mulanya cuma pening sahaja, tapi selepas tu saya mula muntah-muntah. Perut kosong, bila muntah takde isi nak keluar. Asid perut je lah kot yang keluar. Perit tekak jadinya. Cepat-cepat cari makanan tapi baru tiga suap dah rasa nak muntah lagi.

Tak boleh jadi, terpaksa balik. Cuma perlu baring sekejap lepas tu ok rasanya. Tapi hari ni bos akan datang. Syarikat pembekal gas pun akan datang. Arghhh.. Untuk hari ni je.. Kepala rasa macam nak meletup. tinggalkan pesan pada student dan saya pun balik. Bawak motor pun macam apa. Sampai rumah terus collapse. Sejam selepas tu saya terjaga sebab ada call masuk. Cari hubby. Argghh.. mengganggu. Ni mesti orang nak promot kad kredit atau insurans. Berapa kali nak bagitau taknak pakai kad kredit dan dah ada insurans. Manalah diorang dapat nombor kita. Saya cakap je salah nombor. Ada missed call daripada student so tapi diorang kata dah setel. Ok, boleh sambung rehat.

Hari ni kerja semalam dan terkumpul dengan kerja hari ni. Sebab tu malas nak cuti. Huhuhuh..

Semangat-semangat! Tak lama lagi nak puasa. Yeay!

6 comments:

baguznet said...

wah! menggunakan ruang sepenuhnya... saya masih lagi bekerja keras nak bersihkan ruang yg nak digunakan... tak tau bila boleh mula buat persediaan

Nudabuffy said...

dah tak cukup space dalam pagar.. heheheh

TukangKebun said...

Banyak boleh tanam dekat ruang tu. Kami tanah jiran kat depan rumahnya kami yang pakai. Lagipun dia tak pakai penuh weed je kat situ. Hope feeling much better soon.

Bangchik and Kakdah said...

anak2 pokok memang sayang nak buang.... tapi anak pokok ada kaedah sendiri, nanti akan ada yang kuat membesar, dan ada yang terbantut mati....

Nudabuffy said...

Tukang Kebun~ rumah sebelah ni kosong. Tapi segan nak guna. heheh.. Tq. You too.. tak sabar nak tunggu baby baru.

Bangchik and Kakdah~ Betul tu. Daripada gambar tu pun dah boleh nampak ada yang besar walaupun berhimpit-himpit. Padahal tumbuh bersama-sama.

Mama Pongkey said...

Ini inspirasi buat saya. Saya pun berangan nak buat perkara yang sama di depan rumah saya, dan depan rumah kosong jiran, hahahaha. Ingat nak letak pokok memanjat/yang perlu sokongan, biar dia panjat pokok majlis bandaran depan rumah saya tu. kat bawahnya bolehlah letak serai & kunyit macam ni ye.
Btw how are you feeling lately? Selamat berpuasa ye..