Great stuff to be shared together...

Tuesday, July 10, 2012

Tanaman dan Perpaduan

"Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan".

Banyak benarnya seni kata lagu bertemakan perpaduan yang dinyanyikan oleh N.D. Lala ni. Dalam hal ni, saya dah jumpa salah satu 'persamaan' yang membawa 'perpaduan' tu.

GARDENING.

Saya banyak melawat blog-blog bertanam dari seluruh dunia. Dan satu temui bahawa bertanam ni membawa getaran positif pada diri kita. Yelah, saya rasa takde orang yang bertanam dengan niat jahat. Biasanya sebab mengisi masa lapang, nak jimat belanja dapur, mencantikkan rumah, aromaterapi, kesedaran untuk menghijaukan bumi, menghasilkan lebih banyak oksigen, lindungi lapisan ozon, dan banyak lagi tujuan mulia. Niat yang dah memang mulia ni membawa pula kepada perkara murni yang lain seperti perkenalan, persahabatan dan perpaduan. Kan bagus tu? Saya mengaku saya jumpa ramai orang baik sejak bercucuk tanam. Sebab bertanam la baru bertegur dengan jiran. Siap dapat pokok percuma lagi.

Hari ni, blogwalking jumpa satu blog menarik. Macamana bertanam boleh mengeratkan satu komuniti. Sila ke Out of My Shed. Anda pasti teruja.


5 comments:

baguznet said...

memang boleh sangat sblm gardening tak mengenal sempadan usia, agama, bangsa dan negara. Semua org boleh dan semua org perlukan tanaman sbg sebahagian keperluan makanan selain utk tujuan lain dlm kehidupan

Nudabuffy said...

betullah.. nak sangat hidup dalam suasana tanpa prejudis walaupun berlainan bangsa, agama, atau pegangan politik.

Mama Pongkey said...

Indahnya melihat semangat kerjasama sesama jiran. Saya amat berharap suasana muafakat yang sama dapat kita wujudkan di kawasan masing-masing. Alhamdulillah, seorang jiran saya dah mula menanam sayur juga. Rasa best ada gardening buddy menanam veggies bersama-sama.

Puteri Purnama said...

Benar2 indah semangat yg ditunjukkan.kes saya, kalau nampak saya berkebun mereka datang menonton ramai2, bukan nak tolong, ajak borak.. apa lagi saya pun layan borak, tak layan..susah pula.. bila ada hasil, saya tak habis makan,nah kemana hasil tu pergi? tau aje lah..hehehe sedekah.

Nudabuffy said...

Mama Pongkey & Puteri Purnama ~ Baguskan kalau kita dapat naikkan minat orang lain nak berkebun juga. Kadang-kadang kita dan jiran bukannya sombong, tapi takde topik nak dibualkan. Rupa-rupanya tanaman pun boleh jadi topik.