Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 21, 2013

Veggies

Cuaca sangat panas di Johor sekarang ni.. Terpaksa lebihkan siraman..Alhamdulillah kebanyakan tanaman kali ni jenis yang tahan lasak..

Red Scarlet Long Radish.. Dah boleh tuai ke belum. Siapa tau?
Brokoli dan daikon.

Kobis Cina.

Red Scarlet Long Radish benih daripada Kebun Bahagia Bersama, benih brokoli dari Stesen Mardi Cameron Highlands, kobis cina pula benih kongsi daripada TanamSendiri.com. Setakat ni kobis cina yang dah pun dituai, dicampur dalam nasi goreng dan dibuat ulam cicah sambal. Sedap rangup macam salad. Sebelum ni banyak yang berlubang dimakan siput, tapi lepas dapat racun siput, selesai masalah. Guna kulit telur tak jalan la.. Kebal agaknya siput-siput ni.. Kobis cina juga jenis sayur yang survivor. Buktinya:-

Kekeringan selepas beberapa hari balik kampung
Revived selepas kembali mendapat minuman secukupnya.
 Tapi jangan terlebih takjub pula. Bukan lepas siram terus jadi camtu. Adalah beberapa hari. Tapi yelah, mula tengok dah macam takde harapan je kan. Tanah pun merekah. Nasib baik tak cabut terus. Hihihi. Oh ya, red radish tu kalau harvest nak masak apa eh? Ini adalah satu contoh pokok yang sangat menggembirakan hati saya sebab berjaya dapatkan isi selain carrot. Daikon tak berjaya la sebab macam kena makan dengan perosak. Bila korek buah dia lecur, walaupun orang kata antara tanaman yang mudah nak tanam. Rezeki masing-masing. Apa-apa pun syukur alhamdulillah..



12 comments:

Umm AA said...

Dah boleh tuai dah tu radish tu..kalo lama sket lagi nanti terlebih matang tak sedap rsnya,..:)

Unknown said...

radish tu kalau matang sgt jadi berserat..serupa mcm lobak juga..sy punya lobak dulu keras sbb terlalu berserat..lambat sgt tuai hehehe apapun projek kebun sayur ni berjaya betul! tahniah!

nadia rashid said...

a'ah berjaya..semua elok2...bila lah sy nak jd mcm u all menjadi tanam banyak jenis sayur...suka tgk radish tu..tak penah beli..sedap ke mkn..apa rasa?

@na said...

cantiiiiknye radish tu..blum penah rasa lg radish ni...nnti nk try la

olive said...

wah, scalet carrot you best...i pun beli benih tu jugak, but belum sempat ditanam...best, you dah bagi i semangat tu tanam it...i takut nak tanam radish based sayur...both white radish n carrot biasa tu tak jadi

Nudabuffy said...

Ummuaidan ~ Ye eh? Yeay! Weekend la tuai.. Boleh buat masak-masak..

wanie ~ radish pun berserat eh? First time tanam radish.. Tak buat research main tanam je..

nadia ~ saya pun tak pernah rasa. Selalu makan lobak putih je, masak lemak sedap.

@na ~ Try jangan tak try.. Sangat cepat membesar. Tak perlu tunggu lama

Olive ~ hai Olive. I pun tak berjaya tanam white radish, carrot pun tak besar. Tapi yang ni you mesti tanam. I pun tak sangka akan berjaya. :p

Awin said...

alhamdulillah. sukanya tgk radish ling scarlet tu
dah semai. kene tunggu hasillah lps ni. semoga menjadi mcm radish scarlet awak ni

shafirul suffian said...

wahhh...semuanya nampak cantik.. terutamanya kobis ong king tu.. memang ternyata sedapnya.
racun siput apa yang nudabuffy pakai.. beli di mana.. memang betul saya guna kulit telur pun tak menjadi..

Anonymous said...

Gucci, spell out and utri:,[url=http://japanhandbags.webstarts.com][b]財布 メンズ[/b][/url]
is a Italy manner make, in 1921 past Guchio Gucci Florence was founded in. Gucci products including mould, leather goods, shoes, watches, ties, scarves, essence, bailiwick furnishing supplies and prized supplies, Chinese eliminate of GUCCI, gucci. GUCCI has unendingly been to high-end the latest emotional attachment mark, pampered, sexy and celebrated, "the image of pre-eminence and assets to" label suit rich consumer fellowship treasured, proprietorship people hold every been favored, in fashion do not fragment decorous. GUCCI is for the opportunity being Italy's largest compare with group.
I http://japanhandbags.webstarts.com/marvel if you perceive no, today children's clothing to trade in more extortionate, time hundreds of thousands of yuan.[url=http://japanhandbags.webstarts.com][b]ルイヴィトンバッグ[/b][/url]
, Not upright that, the unambiguous mature lines of the intercontinental surmount confidence brands, such as Hermes (Hermes), Dior (Dior), Burberry (Baboli), Gucci (Gucci), also began to gaze down the kids to do company, launched not children's children. To begin with, immolation the newborn what to garments is a nonsense of parents, as extended as you don't locate insane d ooze yourself in the economic burden of big mountain line. But the children's wisdom experts be suffering with said: assume damage nobleness clothing harmful blas‚ structure instead of a babe to ripen, to barter two thousand or three thousand yuan
A http://japanhandbags.webstarts.com/yoke of value 3000 yuan GUCCI Shoes Coal-black 20 pairs of strange socks, consumer claims, businesses suffer with claimed that dark leather dyeing is a well-adjusted[url=http://japanhandbags.webstarts.com/#123471][b]MCM 財布 メンズ[/b][/url]
anyhow, and suggested that consumers yearn for fraying nauseating socks. A slim grumble, conclusively again exposed in customer refurbishing serve self-indulgence loopholes. In brassy days, this presswoman conducted an estimation on the beef tracking parties, CC, statutory inspection agencies and other apt institutions experts be undergoing also recompense complaints gives the corresponding advice. The first half of 3380 yuan to steal the GUCCI Shoes Outrageous 20 pairs of waxen socks.
[url=http://japanhandbags.webstarts.com][b]ミュウミュウ[/b][/url]
[url=http://japanhandbags.webstarts.com/#123478][b]イザベルマラン[/b][/url]
[url=http://japanhandbags.webstarts.com/#123475][b]イザベルマラン スニーカー[/b][/url]
[url=http://japanhandbags.webstarts.com/#123481][b]ASH靴[/b][/url]
[url=http://japanhandbags.webstarts.com/#123476][b]イザベルマラン ブーツ[/b][/url]

Nudabuffy said...

Zamzurina ~ InsyaAllah boleh jadi.. Just make sure dia dapat cahaya dan cukup air..

Shafirul Suffian ~ Tak ada jenama pula. Beli di nursery dalam bentuk uraian (macam choc rice) warna pink. Kalau nak, insyaAllah kalau ada kelapangan saya boleh je belikan. Harga sepeket kecil rm 2. Kalau paket besar macam paket baja tu, rm 8 kalau tak silap.

Mama Pongkey said...

NAk takjub juga. Sebab kobis cina saya tahun lepas apabila dah kena baham tak pulih-pulih juga.

Nudabuffy said...

heheh..dah tinggal sikit dah kobis cina. Suami bawa balik kampung sikit, bagi pada kakak ipar sikit. Potong terus sebab nak guna bekas untuk alih anak sawi pulak