Great stuff to be shared together...

Monday, March 18, 2013

Bunga-Bunga Tunggal Kembang Emas dan Kemunting Cina

Setelah menanti dan menanti, akhirnya marigold dan periwinkle saya sudi menyerikan laman kecil saya. Seperti bunga pukul empat yang terus memberikan satu kuntum bunga dalam satu masa, begitu juga dengan kembang emas dan kemunting cina ni.. Kembang emas kali ni kuning telur ayam omega, manakala kemunting cina putih semuanya.. Masih berharap warna yang lain pun sudi berkembang..



Kedua-dua bunga ni bukanlah bunga yang berbau harum tapi kembangnya lama.. Kembang tunggal seperti tuannya yang selalu keseorangan.. Minggu lepas sewaktu berjalan-jalan di nurseri mencari racun siput, nampak banyak kemunting cina dengan warna yang sangat menarik.. Ada yang merah terang, ada yang warna peach, ada yang ungu gelap.. Bunganya lebat dan meriah.. Agak tergoda di situ.. Sabar.. nantilah kalau ada duit lebih.. Hehehh. Oh ya, masa berjalan di stesen Mardi Cameron, saya kutis biji benih Mexican Marigold.. (syyyhh jangan bagitahu orang). Ada yang dah tumbuh di kampung.. Harap-harap terus hidup dan berkembang..


6 comments:

lynnhelite said...

haha...sama la.. Masa di Fraser Hill, selalu buat activiti tu,. bila nengok bunga, sibuk tengok ada seed tak.. kalau ada cepat2 ambik..(ala bukannya curi pokok..kan, kan..)

Nudabuffy said...

hahah.. haah.. lagipun,kalau kita petik seeds dia nanti musim bunga dia akan lebih panjang kan? (baca kat kebun bahagia bersama).

lynnhelite said...

Nurul, nak benih cosmos tak? ada few colors..Lynn dah try tanam, menjadi. Cuma bunganya x tau sama mcm dlm pic. Kalau nak, email yr address to helite.enterprise@yahoo.com sbb Lynn nak tengok org lain tanam nanti color mcm mana yg keluar..

Nudabuffy said...

nak.. nanti nurul email k? thanks lynn..

nadia rashid said...

suka jugak bunga yg tahan lama dan tahan panas...takat ni bunga yg plg berjaya bunga kertas heheh..taruk baja confirm berbunga..:D

Nudabuffy said...

tapi tulah, bunga-bunga macam ni biasanya tak wangi.. ni tgh mengada nak tanam ros. Pastu mengecek hubby suruh tutkan kenanga dari kampung.. Hehehe