Great stuff to be shared together...

Friday, March 29, 2013

Serumpun Bunga Putih Kuning

Hari ni pagi-pagi lagi terpaksa ke bank membayar sewa rumah.. Memaksa diri sebenarnya sebab bank dalam UTM ni nak kena panjat tangga tinggi giler. Nak pergi bank luar malas nak merosakkan mood sebab banyak sangat pemandu gila. Lepas tu cash deposit machine semedang rosak. Parking pula susah Ya Rabbi. Dah la saya ni kuat merungut. Hahahah.

Semasa fokus memanjat tangga, tiba-tiba saya ternampak serumpun bunga berwarna putih kuning di sisi tangga. Lebat bunganya. Nampak macam bunga mawar. Dalam hati mulalah datang nakal nak merepih setangkai. Hewhewhew.


Dalam keterujaan, saya pun mendekati rimbunan indah tu.. Eh kenapa daun dia lain macam je? Ada buah pulak tu. Rupa-rupanya.....

 
.......bunga tahi ayam daaa...Kusangkakan bunga harum mewangi.. rupanya bunga tak wangi. Mungkin kerana baunya yang tak best tu, bunga ni bebas dari serangan perosak. Selamatlah juga dia daripada perosak bernama Nurul Hidayah. Hahahhah..

5 comments:

ummuaidan said...

Bunga taik ayam nie orng tak suka ganggu yer sbb busuk..heheh..tp cantik jgk yg kaler gitu...

Nudabuffy said...

haah...banyak lagi kaler yang cantik-cantik pernah saya tengok. Ada ditanam dekat tempat kerja ayah dulu.

Puteri Purnama said...

bunga taikayam?..ini ke bunga tu?.
akak ingatkan buanga taiayam tu, yg serupa marygol tu.

nadia rashid said...

sama lah sy fikir mcm kak puteri..mungkin bunga tahi ayam ada byk jenis..tak pun banyak color..

Nudabuffy said...

hmm.. haah.. yang tu ada orang panggil bunga tahi ayam juga.. Yang ni bau dia lagi tak best.. nama lain orang panggil, lantana..