Great stuff to be shared together...

Friday, March 8, 2013

Appointment 5 Mac 2013

Bismillah..

Keputusan seperti dalam jangkaan. Creatinine meningkat ke 640. Dr suruh bersedia dan buat pilihan dekat mana nak buat hemodialisis. Saya pulak agak dilema nak pilih area skudai atau kluang sebab kontrak akan tamat tak lama lagi. MC yang doktor beri dimanfaatkan untuk ke pejabat PERKESO untuk buat semakan samaada saya layak untuk bantuan dialisis. Alhamdulillah, layak tapi masih ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Sekurang-kurangnya bab keringanan beban kewangan sudah ada jaminan. Perlu usaha sikitlah ke sana-sini. Takpe.. boleh diusahakan..

Hmm.. sebelum tiba giliran saya untuk berjumpa Doktor, nurse akan periksa tekanan darah dulu. Sambil tu saya pasang telinga perbualan doktor dengan pesakit. Waktu tu Doktor sedang melayan seorang auntie. Dia menangis-nangis. Muka doktor pula tak puas hati. Saya ingatkan dia kena marah dengan doktor sebab mereka berbual dalam Bahasa Cina. Tiba-tiba doktor bertanya kepada jururawatnya.

Doktor : You tinggal mana?
Nurse : Masai.

Doktor: Masai, skudai, banyak perompak aar?
Nurse : Betul doktor. Motor hubby dah dua biji kena curi. Ada sekali tu siang-siang hari.
Doktor: Haiyooo.. ini pun surat khabar, TV kata tenteram, aman. Dia ni (pesakit) takde duit nak buat AVF. Suami dia pergi jual motor dapat RM3000, keluar kedai ada dua lelaki ********* rompak, lepas tu pukul tangan. Sekarang tangan dah patah dah tak boleh kerja.


Huhuu.. insaf saya. Rasa malu pula sebab berkeluh kesah sebelum ni sedangkan ada orang yang lebih kesian daripada saya. Pengajaran untuk saya.

5 comments:

ummuaidan said...

Harap2 segalanya berjalan lancar untuk nuda yer..sian auntie tuh, malang tak disangka2...

Ummu Madihah said...

Salam Nurul,

Mak Aji doakan agar dipermudahkan Nurul mendapat rawatan sewajarnya! Memang bukan kat sana je, kat KL pun kadang2 takut nak drive sorang2 terutama waktu malam sbb banyak sangat kes samun.

Nudabuffy said...

ummuaidan~ salam.. mudah-mudahan semuanya lancar. Segalanya dalam perancangan-Nya.

Ummu Madihah ~ salam mak aji. Terima kasih. Mak aji hati-hati tau. Kalau boleh elakkan berseorangan. Sekarang ni pintu kereta berkunci pun diorang tak kira dah.

Hamba Allah said...

Dah decide nk buat dialisis kat skudai atau kluang? Kontrak yg nk tamat tu kontrak kerja? Sy doa yg tbaik utk awk.amin.

Nudabuffy said...

Hamba Allah ~ Buat dekat simpang rengam kot, dekat. Haah, kontrak kerja, duit geran penyelidikan dah habis. Nampaknya semuanya berlaku ikut aturan, jadi tak payah pening nak pikir. Amiin. Terima kasih.