Great stuff to be shared together...

Thursday, March 1, 2012

Mari Berhijab dan Menutup Aurat

Sebelum saya cerita lebih panjang, silalah tonton video-video berikut..



Ni amek kat Fb Carl Samsudin

Isi kandungan video ni membawa satu intipati yang sangat penting iaitu, pakailah tudung macamana pun asalkan mencapai matlamat utamanya iaitu menutup aurat. Islam itu mudah dan memudahkan. Islam itu melindungi. Walaupun banyak yang beralasan dengan berkata, "walaupun aku tak pakai tudung, tapi hati aku baik". Atau, "alah yang pakai tudung labuh macam kelambu pun tak semestinya baik". 

Memang kadang-kadang kita liat nak menurut perintah Allah. Tapi marilah kita saling mengingati. Saya mengaku, saya pernah marah-marah bila kawan saya suruh saya pakai stokin. Tapi anehnya, saya tergerak hati nak tutup aurat kaki saya selepas tengok Irma Hasmie berstokin sejak dia bertudung. Aneh!

Kadang-kadang kita manusia ni yang suka memberatkan benda yang ringan. Susahkan benda yang senang. Hal remeh diperbesar-besarkan. Hal besar diremeh-remehkan macam hukum hudud.

No comments: