Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 20, 2012

Kaedah Perancang Keluarga #2 : Implant /Implanon

Bismillah...

Hmm..mesti ada yang pelik kenapa saya buat pos pasal perancang keluarga walaupun ramai yang berusaha nak dapatkan anak.. Ini bertitik tolak daripada nasihat doktor yang melarang saya mengandung.. sedihnya.. Jadi saya mahu berkongsi hasil penemuan dan pembacaan saya untuk mereka yang senasib dengan saya.

Sessi kaunseling dengan pakar Obstetrik dan Ginekologi HSA, Dr Haslinda merumuskan bahawa kaedah yang paling sesuai untuk saya ialah Implant norplant atau implanon. Sebabnya, kaedah semulajadi yang saya gunakan sangat berisiko tinggi untuk gagal.. Dan diorang sangat tak nak saya "termengandung". Bagi kaedah alat dalam uterus juga tidak sesuai kerana saya pernah menjalani pembedahan kerana ditakuti akan menyebabkan rahim saya cedera.

Implanon
 Menurut Mengandung.com, Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya. Doktor kata, bila pakai implanon ni kita akan jadi tidak subur dengan cara ia memekatkan mukus vagina dan menghalang sperma masuk. Selain daripada tu, telur tidak akan dapat dikeluarkan. Tapi, kita akan kembali subur selepas implanon dikeluarkan tak kiralah setahun, dua atau tiga tahun pakai. Sekali pemakaian mampu bertahan tiga tahun.. Dan kos nya di LPPKN ialah RM320. Huhu... punah impian nak beli perabot.

Kebaikan:
  • Dari segi hubungan suami isteri implanon adalah sangat praktikal kerana tidak mengganggu persetubuhan. 
  •  Ia juga selamat untuk ibu yang menyusukan anak. 
  • Tidak memerlukan jadual jadi tidak ada masalah terlupa makan pil atau tersalah kira tarikh.
  • Tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan
  • Peratus kejayaan tinggi
Keburukan:
  • Walaupun dikatakan tidak menggangu hubungan suami isteri, tetapi pemakaian implanon boleh menyebabkan haid tidak teratur malah menyakitkan apabila aliran berkurangan. 
  • Ia boleh menyebabkan pendarahan berlebihan dan kadangkala langsung tiada haid. Wahhh.. risiko besar ni.. Saya prefer takde haid sepanjang pakai implanon daripada pendarahan.. Ada darah takde ehem ehem la kan.. Opppsss.. Kalau berlaku pendarahan berlebihan, pengguna dinasihati supaya menanggalkan implanon (oleh doktor). Nauzubillahiminzalik. Burn RM 320 kot..dah la sakit.
  • Mungkin ada kesan sampingan seperti kaedah kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan kegemukan (oh no!). Ni yang rasa tak nak dengar cakap doktor ni.. Semua tu time belum pakai pun dah ada kot.. Kalau pakai nanti tak ke dia multiply the effect?
  • Tidak sesuai bagi wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Saya pernah melihat video ceramah ustaz Azhar Idrus berkenaan merancang keluarga. Dibawah merupakan hasil muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkenaan Sistem Implant Norplant ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Feb 1991 telah membincangkan Sistem Susuk Norplant Dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:
  1. Memandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram.
     
  2. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.
     
  3. Menyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus.
     
Kaedah Pemakaian Implanon:

Local anaesthetic is applied to the upper arm, and then a needle-like applicator is used to insert the implanon rod under the skin. The procedure can take less than a minute. An experienced clinician is required for proper insertion, to minimize the risk of nerve damage,or misplacement which could result in unintended pregnancy. Implant site complications are experienced by 3.6% of patients, and include swelling, redness, hematoma and pain.(Sumber Wikipedia)




Sumber :
1) http://www.mengandung.com/artikel/kaedah-merancang-kehamilan.html
2) http://www.metromaternity.com/contraceptive-m.html#Implant
3) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/sistem-susuk-norplant-dalam-program-perancang-keluarga-kebangsaan
4) http://en.wikipedia.org/wiki/Implanon
5) http://www.implanon.com.my/eg/whatisimplanon.htm

21 comments:

Anonymous said...

How do you do. I am not steadfast if I reconcile attain the previous arguments. I receive a migraine. [url=http://headachetreatment.net/#572]fioricet[/url]

Anonymous said...

Nurul,
saya pengguna implanon sejak kelahiran anak kedua pada Mar 2012.mula memakai kaedah perancang ini sejak May 2012,seminggu selepas pemakaian saya period dan sekarang Dec 2012 saya masih belum uzur. saya menyusukan anak kedua saya sepenuhnya.minggu pertama selepas pemakaian saya mengalami lemah seluruh badan dan pening kepala,yang pada saya mungkin ini sekadar minor effect.setakat ini Alhamdulillah tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu dan tidak mengalami peningkatan berat badan.saya memilih kaedah perancang ini kerana saya bukan kategori yang disiplin untuk memakan pil dan suntikan depo.ketika mendapatkan nasihat di LPPKN saya memberi perhatian kepada dua kaedah iaitu IUCD dan implanon.dimana saya akhirnya memilih implanon sebab mcm tak sanggup pula nak memakai IUCD(paham-pahamla ye...hehe!)..selepas kelahiran anak kedua merancang keluarga adalah amat penting bagi saya kerana anak pertama berusia lebih kurang 5bulan ketikan saya disahkan mengandung lagi.mungkin rezeki saya dan suami ketika itu.jadi saya memilih implanon.tapi jujur saya katakan apa juga jenis perancang,kesannya pada setiap individu adalah sangat berbeza,jadi kita lah yang menentukan kaedah yang sesuai untuk kita.sekian

Nudabuffy said...

Terima kasih puan. Saya sampai sekrang masih belum buat apa-apa perancang keluarga sebab tekanan darah sentiasa tinggi walaupun dos ubat telah ditambah. LPPKN memang tak akan buat selagi tekanan darah tak stabil kerana kaedah perancang keluarga kebanyakannya menggunakan hormon. Jadi saya terpaksa guna cara alami sahaja. Sungguh berisiko kan?

MsBabble said...

sy menggunakan implanon sejak sept 2012.. anak2 rapat sgt, jd perlu merancang. sy pun bukan jenis yg disiplin makan ubat. sebab tu pilih implanon. IUCD??? no..no.no.. sy phobia kalu bendayg x nmpk depan mata. psg implanon ni selesa sbb x ganggu pape pun..

1-2 bulan pakai, datang mild period..mcm biskut.. jap ade jap xde.. skang ni, terus xde.. berat pun turun naik 1-2 kg..so far laa..

Anonymous said...

harga berapa yea ?

Nudabuffy said...

ayu ~ alamak.. dah setahun lebih baru perasan ada komen.. hmm tulah ek.. kesan memang berbeza.. sebab ada yang pakai bleeding x berenti.. heheh.. sudahnya saya x buat pun implanon ni.. sebabnya asal pergi je blood pressure naik.. doktor kata mungkin sebab saya takut. Merancang sendiri je.. heheheh

Anon ~ harga 320 di LPPKN

shaliza said...

Thanks share info..tengah pikir skrg ni mmandangkan jarak anak y rapat..org sakit asma ade effect x klau pkai implano ni..

Nudabuffy said...

shaliza~ salam. saya tak pasti pula kesan pada penghidap asma.. Better dapatkan nasihat pakar sama ada di hospital atau mana-mana klinik nur sejahtera LPPKN. Kslau tak sesuai mungkin mereka boleh cadangkan kaedah yang paling tepat untuk puan.

RC said...

Salam..saye mempunyai seorang anak berumur 2 tahun dan ingin menyambung blajar..
kaedah perancangan yg mane ssuai utk saye?
saya x pernah mngambil sbarang ubat atau ape2 utk mncegah khamilan..hanya merancang sendiri tanpa mnggunakan kondom..Alhamdulillah berjaya..tp masalahnya saya risau mngandung ktika sambung blajar..jadi saya mau mngmbil sbarang prncgn utk cgah khamilan.

cikfatin said...

Jap nak tnya jer ad x yg guna implanon ni tp berat x naik....sbb skang ni tgah on injection dopa n berat bdan naik mendadak even mkan x byk....tgah fikir nak bg krus ni

Nudabuffy said...

Salam cikfatin.. Berat badan naik tu antara possible side effect. Tapi tak semua orang akan mengalami kenaikan berat badan bila pakai implanon

Anonymous said...

Sye dh pkai implno nie dh 3 thn.. dh buang pom bln 11 thn lpas.. sye pkai sbb czer.. so dh pkai implno nie... kepala xde pk pe2 dh... xpyh pkir mkn ubt kew depo kew.. skrg tgh berusaha nk dptkan bby lgii.. anak sulung dh 3thn ++..
Mase dlm pkai implno nie.. period mmg kdng2 ade kdng2 xde.. berat bdn mmg naik sket.. wlaupom mkn xbyk..
Doakan sye tuk dpt bby lg...

Nudabuffy said...

Anon ~ Terima kasih kerana sudi singgah. Good luck saundari.. semoga dapat baby yang comel, sihat dan soleh.. Aamiin

Sab85 said...

salam..sy pun pakai implan dah 2 tahun dan xpenah datang haid selepas pakai implan...bahaya x period lama x datang???

Sab85 said...

salam...saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak..selepas melahirkan anak kedua, sy memakai implan untuk mencegah kehamilan. Masalah saya ialah selepas saya memakai implan tersebut selama 2 tahun ini, saya tidak pernah datang period. Adakah bahaya jika period x datang selama 2 tahun???? dan saya juga ada masalah kekurangan berat badan dan berat badan makin berkurangan selepas memakai implan...saya tidak pernah membuat pemeriksaan doktor mengenai masalah saya ini...

Nudabuffy said...

Sab85 ~ Salam Puan. Selepas pakai implanon ni aturan haid memang ada kemungkinan jadi kurang teratur. Tapi soal bahaya atau tidak tu, saya tak layak nak menjawabnya. Saya rasa doktor lebih sesuai utk puan rujuk. Boleh juga dapatkan maklumat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang terdekat. Kalau masalah pendarahan berlebihan wajib jumpa doktor kerana mungkin implanon bukan kaedah yang sesuai.

Cik_Lenglui said...

Sakit tak masa pasang implant ni?

::MommyAmani:: said...

Salam..saya dah 2 kali pakai implanon ni.. first ms anak sulung thn 2010 sbb czer.. tak datang period sampaila setahun setengah.. dah dtg.. on off sampai la bulan 9/2012 saya buang.. alhamdullilah 12/12 saya disahkan pregnant balik..
selapas anak kedua ni saya pakai lg.. sekarang dia jd macam pakai first dulu.. selepas setahun setengah period datang seminggu datang seminggu off.. ni dah rase nak buang implanon.. tg masa yang sesuai je la.. lepas ni rase cam dah nak pakai dah..huhu.. implanon ni ms pakai tak sakit sbb kena bius..

Unknown said...

hello sis...kalu pakai implan nie..bole tak ambil mana2 product kesihatan seperti jamu trandisional...

Unknown said...

Salam mommyamani..sy nk tny..selepas hbs ubt bius ada sakit x dan mcm mn dengan berat badan? Sy skrg tngh nk cri perancang yg boleh turun kn berat badan..sbb sy ada ambil suntikan depo memang berat badan semakin brtambah

Unknown said...

Salam mommyamani..sy nk tny..selepas hbs ubt bius ada sakit x dan mcm mn dengan berat badan? Sy skrg tngh nk cri perancang yg boleh turun kn berat badan..sbb sy ada ambil suntikan depo memang berat badan semakin brtambah