Great stuff to be shared together...

Wednesday, March 14, 2012

Appointment HSA #1

Tarikh: 12 Mac 2012
Klinik: Nefrologi
Doktor: Dr Liu

Prosedur rawatan dan temujanji di HSA agak berbeza dengan HTJ. Kalau di HTJ, seminggu sebelum kena ambil sampel darah dan air kencing. Kalau di HSA pula, datang dulu, hari yang sama ambil darah dan air kencing. So far semuanya berjalan lancar. Appointment pukul 12.15 tghari. Macam pelik kan. But at least betul on time sampai giliran kita. Yang menghairankan hanya ada satu bilik dan seorang doktor di klinik nefro. Kalau di HTJ ada beberapa bili dan setiap bilik ada sekurang-kurangnya 2 doktor. Tapi yang bagusnya patient tak ramai pun. Maknanya orang Negeri sembilan lagi ramai yang sakit buah pinggang daripada orang Johor ke?

Masa ambil sampel air kencing, nampak macam cantik je. Tak berkapur macam selalu. Ni yang berdebar nak tunggu keputusan bulan depan. Oleh sebab takde result analisis baru, doktor just refer rekod lama. Dan seperti yang dijangka, "Awak tak sesuai mengandung". Dr refer ke O & G untuk gi kaunseling perancang keluarga... Huhuhuhuhuhuhuhuu... dr, bukan saya yang tak nak guna kaedah canggih untuk merancang keluarga eh,, Dr HTJ yang kata saya tak sesuai guna semua tu.. 

PAstu kena gi amik appointment buat ujian Echo, Ecg dan X-Ray. Nak jadi citer, masa buat ECG, nurse yang handle machine tu sepupu hubby le pulak.. hehehehe.. keciknya dunia. Sempat la kepochi n bergosip sepam dua. kekeke.. Siap semua gi klinik O&G tapi dah tiba waktu rehat jadi terpaksa la menunggu.. Sementara tu gi settle amek ubat semua dulu. Nasib dah bagitahu bos nak cuti. Tapi kalau tak dapat pun doktor bagi mc. Kiranya semua lancarlah..

Tapi baru nak puji, ada pula yang buat busuk. Den kena leter dengan ****** sebab tak bawa buku merah. Apa dia ingat yang pergi O & G semua ibu mengandung je ke? Pastu tak nak dengar penjelasan orang. 

Dia: Esok datang bawa buku merah
Den: Sorry, saya tak boleh bawa sebab kat rumah husband kat Nilai.
Dia: Telefon lah
Den: Masalahnya dekat Nilai (bersangka baik, dia salah dengar Kulai)
Dia: Kenapa awak tak simpan
Den: Saya simpan cuma tak bawa merata-rata. Yelah, sebab takde plan nak mengandung buat masa sekarang (masa ni dah tak boleh senyum dah). Kalau nak saya bawa juga boleh tak appointment saya tu next week.
Dia: Tak boleh. Esok kena datang.
Den: Yeah whatever (dalam hati je lah).
Dia: (sambil buka buku appointment). Dah ramai patient esok. bla bla bla..
Den: Ada aku kesah? (dalam hati juga.. hahah).

Nak jadi cerita, esok saya datang tanpa buku merah. Yang hairannya si dia semalam tu tak berani angkat muka dengan saya. Agaknya dia baru sedar yang saya datang sebab "tak dibenarkan mengandung". Bukan sebab mengandung. Tulah, suka sangat nak cari pasal dan cari salah orang. Bwekkkkk.

No comments: