Great stuff to be shared together...

Friday, March 2, 2012

Jenis Pengguna Jalan Raya yang Menimbulkan Kemarahan

Saya rasakan, setiap kali saya menggunakan jalan raya dekat Malaysia ni, kalau ada pahala yang saya buat hari tu, mesti dah tercicir dan kena lenyek atas jalan. Sebabnya, saya selalu jadi marah dan maki-maki dalam hati (dan luar hati) dek perangai tak semenggah pengguna jalan raya. Antara yang buat saya marah:-

1) Kedekut or malas gila nak bagi signal bila nak masuk simpang. 
Bayangkanlah, jalan tu sibuk gile, kita duk tunggu satu kenderaan ni lalu, alih-alih dia masuk simpang. Adoyai...dia tak sedar ke yang dia dah bazirkan masa orang? Sebab manusia macam nilah orang suka keluar simpang menonong sebab ingat orang kat jalan besar nak masuk simpang. Kalau kita duk belakang dia dan tiba-tiba dia brek nak masuk simpang tanpa bagi signal pun bahaya. Boleh hilang kawalan tau..

2) Orang yang menonong keluar dari simpang
Orang macam ni memang siyel...Semalam dah ada sekor kena hon dengan makcik.. Ewah, orang baru lepas lampu hijau, jalan bukan main sibuk sedap je dia menonong keluar. Kalau nak mati cepat, gi terjun bangunan sorang-sorang la, jangan nak bawa orang lain sekali. Masyuk je makcik hon panjang.. Gilo, depan belakang n lane sebelah punya penuh, dia nak himpit pulak. Memang nak kena maki lah...


3) Orang dewasa yang bawak budak-budak melintas dekat dengan simpang
Hmm tuan puan, budak0budak ni memang ramai yang tak tahu peraturan jalan raya. Tapi tuan-puan sebagai orang dewasa janganlah bahayakan nyawa budak-budak.. Bahaya tahu tak.. Kadang orang keluar simpang tak perasan ada orang. Lagilah kalau ada pokok-pokok kat tepi jalan tu.


4) Orang melintas jalan tak tengok kiri-kanan
Yang ni tak tahu nak cakap. Orang tu ke, remaja ke budak-budak ke, sama je. Seingat saya dulu masa sekolah ada cikgu ajar pasal keselamatan jalan raya. Sekarang dah takde ke? Look right and left and to the right again la dol. Kalau kat kawasan sekolah lagilah ngeri. Kita dah bawa slow pun tetiba dia main lintas je. Walaupun dia salah, kita juga yang dipersalahkan sebab dia pakai uniform. Macam semalam, kakak bawa kereta slow sebab baru kuar simpang, alih-alih ada budak naik basikal muncul depan kereta. Tersengih-sengih. Bapaknya kat sebelah buat bodo je. Nasib baik orang tak langgar anak awak. Kalau ter.. jadi arwah apa citer? Sapa salah? Lintaslah dengan cara yang selamat. Pilihlah untuk melintas di lintasan zebra atau jejantas.


5) Kenderaan besar menyakat kenderaan kecil
Ok, yang ni memang pissed me off sangat-sangat. Especially bus and lorry duk menyakat kenderaan masyarakat marhaen macam makcik. Makcik pandai bawak motor je.. Motor ni kalau kena himpit dengan lori je dah goyang dek angin nya. Inikan pula kalau kena sondol dari belakang. Ingat tak ngeri ke kalau kita berhenti kat traffic light di kawasan turun bukit, then ada lori yang memecut tak reti brek awal-awal dari belakang. Dah nak dekat baru nak brek mendecit-decit... Patutlah tekanan darah hamba asyik naik je.. seram woooo..


6) Bawa kenderaan sambil berSMS
Pengkaji dah beri amaran, bawa kenderaan sambil bercakap kat telefon sangat bahaya. Kalau pakai handsfree pun, kesan dia sama dengan pemandu yang mabuk. Tapi zaman sekarang lagi maju, boleh sms dah. Atas motor pun boleh sms. Saya pernah nak kena langgar dengan budak yang tgh sms atas motor. Yang geram tu, dia tak perasan pun yang dia dah nak langgar orang. Tahulah awak tu manusia paling bizi atas dunia, tapi ingatlah orang yang anda dan kami sayang..

7) Pemandu di Bawah Pengaruh Alkohol.
 A big NO-NO. Pleaselah.. Bangang ke apa? 

8) Perasan Pelagak Ngeri
 Simple je, kalau nak mati cepat, sila terjun bangunan ke arah jalanraya yang sangat sibuk. Tak pun tido atas landasan keretapi.

9) Perasan Pemandu Formula 1
Ehem, sila ke litar. Jalan raya bukan tempat berlumba. 

10) Memotong di Lorong Kecemasan.
Hello, sila ikut barisan la.. Ingat ko sorang yang penting dan ank cepat? Sebab ekau-ekau semua nilah jalan yang sesak bertambah sesak. Kalau ada kemalangan, pasukan keselamatan dan ambulans tak dapat nak pergi beri bantuan. Cubalah letak diri anda di tempat mangsa. Kalaulah masa yang jadi penentu sama ada mereka dapat diselamatkan atau tidak, tak ke anda rasa bersalah? Kalaulah mangsa tu ahli keluarga atau saudara mara atau kawan baik anda?
 



No comments: