Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 2, 2012

Jadi Pengapit Kahwin Lambat? Mitos je tu..;p

Dulu kan, ada sorang makcik ni cakap kalau jadi pengapit nanti jodoh lambat. Masa tu ada orang minta tolong anak daranya jadi pengapit, mati-mati dia tak bagi.. Last-last dia yang jadi pengapit.. Sungguh la tak seswei.. Har har har..

Pokoknya, betul ke kepercayaan tu.. Super ke superstition tu?

Bagi saya, ia mitos semata-mata. Kalau betul pun, ke'betul'an je...

Orang selalu kaitkan pasal jodoh berat ni dengan amalan-amalan masa kenduri kahwin.. Contoh lain, anak dara tak boleh pasang cadar pengantin. Nanti jodoh berat. Tapi saya pernah je pasangkan cadar pengantin auntie saya. Tak la lambat sangat jodohnya. Sesuai la kahwin masa umur 25 tahun. Betul-betul pas habis buat master. Hubby pun baru start kerja.. Kira oklah.. Tak la tua dan tak la muda.

Pastu, saya pernah juga jadi 'orang kuat' masa kenduri member saya. Pasang cadar, pakaikan inai.. Siap malam nikah saya yang tidur atas katil pengantin.. oppps.. Tidur sorang eh. Awal tahun dia kawen, hujung tahun saya bertunang.. kira menyusul rapat la kan.. Tak lambat pun..

Tu cerita saya. Time saya kawen pula, kakak dengan adik-adik pula jadi pengapit. Kakak menyusul rapat juga dengan saya. Adik-adik saya tu tak kawen lagi sebab tak habis belajar lagi.. Tapi dah ada calon.. Hurmm..

Kaklong dan Apit masa jadi pengapit kitorang
Nak sambung lagi, yang jadi pengapit perkahwinan kakak, adik ipar perempuan saya dan juga kawan abg ipar saya. Eh.. diorang pun tak mahu ketinggalan.. Kaklong kawen bulan Julai 2011. Kawan abg ipar kahwen Februari 2012 dan adik ipar saya akan bernikah bulan Mei 2012 ni. Wah-wah.. Berantai-rantai jodohnya datang kan? Jadi, memang mitos semata-mata lah kalau orang kata 'Jangan Jadi Pengapit. Nanti Jodoh Lambat'. Kalau saya, saya akan kata, Jadilah pengapit, kot-kot bertemu jodoh dengan pasangan pengapit. Kekekekek..

Idah dan Hijazi Masa jadi Pengapit Kaklong dan Abang Long
Apa-apa pun, jodoh, ajal, maut, pertemuan di tangan Allah. Percayalah dengan qada' dan qadarnya.

No comments: