Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 2, 2011

Superstition, Kadang-kadang Super Juga!

Salam. Tadi mengemas isi perut laptop kesayangan ni. Dah bertahun usianya, macam-macam pun ada. Sampai dah nak penuh hard disk. Dalam mencari-cari fail dan folder yang nak dibuang, tertengok pulak gambar-gambar kenangan masa hari perkahwinan dulu. Ada gambar dengan kawan-kawan. Teringat pula gambar tu ada diupload dekat facebook. Macam-macam komen lucu diorang letak.

Salah satunya cerita pasal amik hujung daun sirih. Ini mungkin superstition. Tapi yang superb. Konon-konon nak mempercepatkan jodoh. Saya tak tahu petua ni betul-betul ada ke tak. Yang saya tahu petua ni datang daripada seorang kawan saya, Yani. Katanya dia pernah makan sirih dari sirih junjung pengantin dan cepat dapat jodoh. Dengan syarat jangan sampai ada orang tahu, kalau tak, tak mujarab.

Yelah, ajal, maut, jodoh dan pertemuan tu di tangan Allah SWT. Tapi mungkin lah sirih tu dapat menaikkan seri dan buat orang tertarik. Saya agak-agak je. Nak jadi cerita, masa Yani kahwin, saya tidur di rumahnya membantu persiapan raja sehari. Then tiba-tiba datang satu peluang masa saya sorang-sorang kat bilik pengantin dan sirih depan mata. Saya pun kutis sikit dan makan. Tak salah pun mencuba. Lagipun saya tak mencuri sebab Yani memang dah ingatkan saya awal-awal.. Takut dia kecewa pula kalau tengok sirih junjung dia 'perfect' sangat. Hahahah. Yani kawen bulan march tahun 2008.

Dengan kehendak Allah, sekitar bulan Julai atau Ogos tahun yang sama, tiba-tiba Encik Hambali (suami saya le) mengajak saya bertunang. Syukur yang tak terhingga rasanya. Katanya, cadangan untuk bertunang tu datang daripada ibu bapa mertua saya sendiri. Malah, kos pertunangan daripada pihak lelaki termasuk cincin dan hantaran pun ditaja (kos hantaran perempuan ditaja daripada poket saya sendiri..heheehh). Alhamdulillah. Mungkin doa-doa kami selama ini agar niat kami nak menjadikan hubungan kami halal dan direstui keluarga dah dimakbulkan.

Sirih junjung hasil kerja tangan kakak ipar untuk pernikahan kami
Tujuan saya bercerita bukan nak menggalakkan kecurian daun sirih pengantin ya! Tapi saya pasti ada sesuatu yang dapat dibuktikan secara saintifik tentang khasiat sirih. Mungkin sirih la rahsia tersimpan nenek moyang kita dulu-dulu mengekalkan kecantikan walaupun takde alat solek. Siapa tahu kan? Sayangnya, sekarang sirih cuma jadi hiasan dalam majlis perkahwinan. Malah ada yang menggunakan sirih plastik je. Takde la yang dapat ambil hujung daun lagi! ;p

No comments: