Great stuff to be shared together...

Tuesday, October 4, 2011

Asam dan Garam. Kopi dan Gula.

Saya ditinggalkan selama seminggu sebab suami outstation di Pahang. Untuk menghilangkan kebosanan, Hubby tinggalkan broadband ni untuk saya. Dapatlah saya mengisi kebosanan dengan melayari internet dan meng-update blog ni. 



Maka, banyaklah blog-blog kawan yang saya kunjungi. Ada yang berzaman-zaman saya tak singgah. Banyaklah pahit manis ragam kehidupan di luar sana yang dikongsikan. Ada juga yang kelat dan masin. Itulah lumrahnya.

Dalam banyak-banyak cerita, saya sangat tersentuh dengan catatan Muzai tentang anak sedaranya (Anak kepada kembarnya, Yuzai) yang mengalami pendarahan otak. Tubuh sekecil itu sudah meniti dugaan hidup, berjuang dan melepasinya dengan senyuman. Sesungguhnya saya rasa malu dengan semangat Izzul Hafiy. Mungkin dia masih bayi dan belum mengerti apa yang dimaksudkan dengan dugaan dan kesabaran. Mungkin bila dia dah besar nanti, dia tak ingat pun yang dia pernah melalui detik yang mendebarkan. Tapi saya percaya dia tau apa itu sakit. Apa itu derita. Tapi dia tetap tersenyum dan ketawa.

Izzul (Sumber: Blog Muzai)

Kemudian saya terbaca pula kisah salah seorang kawan sekolah masa di SAKTI dulu, Afziha. Kami tidak la rapat dan saya cuma silent reader blog beliau. Dia telah mengalami keguguran beberapa bulan lepas. Walaupun saya secara peribadi pernah melalui perkara yang sama, saya jadi buntu untuk meninggalkan sebarang komen. Sebab saya rasa dah ketinggalan bas dan saya takut saya akan mengingatkan beliau pada kesedihan. I'm not good at words. Saya berani tulis di blog pun sebab saya tak rasa dia baca blog saya yang syok sendiri ni.. ;p Syukurlah Ziha menerima ketentuannya dengan redha dan move on. Hanya takziah yang mampu saya ucapkan. Bertabahlah.

Tskk...Sniff! 

Adakah saya terlalu sensitif bila bercerita soal bayi?

Bercakap pasal bayi, Alhamdulillah, Kaklong saya dah pun disahkan hamil. Bunting pelamin kata orang. SO HAPPY for her.. Malam tadi saya dah sibuk-sibuk fikirkan check list barang bayi. Overexcited kah? Maternity stuffs pun saya dah kemaskan untuknya. Blouse, dress, pants, books. Barang-barang baby je belum kemaskan lagi.. Kaklong dijangka bersalin pada akhir Mac, so masih banyak masa lagi. Entah-entah sama dengan birthdate dia, 26 Mac. Kalau ya, jadi hadiah harijadi paling best lah. Tapi katanya dia 'membesar' dengan cepat sekali. Faktor keturunan agaknya, sebab saya dulu pun masa baru dua bulan orang kata dah nampak macam 5 bulan. 

Semoga Kaklong dan babynya sihat dan selamat. Patutlah masa majlis belah Terengganu hari tu Kaklong nampak berseri-seri dan gebu semacam. Rupanya dah berisi. Walaupun arwah Haziq tak sempat guna barang yang kitorang beli, tapi ada pewarisnya. Cuma barang-barang macam mandian, syampu etc (yang ada expired date) yang Kaklong kena siapkan sebab semua tu dah jadi milik Si comel Nasrudin. Nak tunggu adik Haziq alamatnya lambat lagi la. Tapi hari tu saspen juga sebab till now belum period lagi. Dah dua bulan lewat. Tapi dah buat pregnancy test and negative. Risau juga sebab kami tak boleh nak merancang menggunakan hormon sebab faktor kesihatan saya. Maybe sebab cyst, sebab tu la kitar dah jadi tunggang langgang semula. Oh ya, Sufian pun bakal menimang cahaya mata juga. Tahniah untuknya.

Yeay! Tahun depan dua orang anak sedara. Tentu comel-comel macam Nasrudin.




No comments: