Great stuff to be shared together...

Wednesday, October 19, 2011

Apa Dah Jadi Dengan Kita?

Salam.


Baru-baru ni kecoh cerita remaja kelar anak dan budak dua tahun kena langgar lari. Sangat sedih melihat gambar dan rakaman cctv masa kat berita. Aduhai...apa dah jadi? Apa nak jadi dengan manusia hari ini. 

Soal remaja mengandung luar nikah dah terlalu banyak kita dengar. Dah muak, kata orang. Kita tetap di takuk lama, malah makin teruk. Siapa yang salah, siapa yang patut dipersalahkan? Bagi saya pokok pangkalnya hati dan pegangan pada agama. Mana ada agama yang suruh buat zina, gugurkan anak, buang anak, bunuh anak. Kenapa ramai lelaki tak nak bertanggung jawab bila ada kes mengandung luar nikah? Sebab kalau dia tak mengaku, dia boleh lepas macam tu je. Lagi-lagi kalau gadisnya taraf bohsia. Ah, bukan dia tidur dengan aku je. Perempuan yang akan tanggung semuanya. Jalan akhir, bunuh anak sendiri.

Hari ni saya terbaca pulak post yang di share di fb pasal sebab musabab kenapa orang yang lalu lalang tak menolong budak dua tahun yang kena langgar dengan van dan lori tu. Dengarnya budak tu dah meninggal, tapi tak tahu sahih ke tak. Blog yang membicarakan punca kenapa orang menolong ada di Blog ADUKA dan IQBAL HAKIMI. Apa yang saya faham, inilah yang menunjukkan betapa daifnya manusia dalam menilai dan menggubal hukum. Sayangnya, tak ramai nak mengakuinya.

Macam kes hudud yang dipolitikkan. Kenapa nak politikkan benda yang terang benderang macam tu. Kalau tanya rakyat saya rasa ramai yang setuju. Jangan la tanya artis. Malaysia negara Islam? Seriously? Malaysia ni negara sekular tuan-tuan dan puan-puan. Dari sistem poltik, sosial, pendidikan, perundangan... Islam pada nama je.


Ini keratan akhbar yang dikongsi oleh cikgu saya. Banyak komen-komen daripada pengunjung baik dari Malaysia, Indonesia, dan Brunei sendiri. Saya cemburu bila ramai rakyat Brunei yang dengan megahnya dapat menyatakan rasa cinta mereka terhadap negara. Betapa bangganya mendapat pemimpin yang berwibawa. Sedangkan rakyat Malaysia hanya dapat menyuarakan rasa kecewa. Kasihan...

2 comments:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Nudabuffy said...

terima kasih sudi singgah