Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 23, 2010

SOLUSI, Majalah Berinformasi

Saya memang suka membaca. Segala jenis buku kot. Buku, novel, majalah, komik, surat khabar, e-book, semua saya baca. Buku teks je liat sikit. ahahahha. Rasanya dalam sebulan, sebahagian besar gaji saya habis untuk bahan bacaan, lebih daripada yang digunakan untuk beli baju.

Hobi ini merupakan hobi bersama dalam keluarga saya. Ayah, emak, kakak, adik semua suka membaca. Kadang-kadang kami terbeli buku yang sama (selalunya majalah mingguan wanita). Kalau kena berpindah rumah memang naya lah, sebab buku memang berat. Tapi usung tetap usung. Saya teringat suatu hari tu family saya kena berpindah sebab mengikut ayah yang ditukarkan ke kilang lain. Mak cakap, "Angah, majalah-majalah awak ni mak derma dekat KKD (Kelab Keluarga Dayabudi) jelah eh?". Oleh sebab masa tu saya tersangat busy untuk balik kampung menyelamatkan buku-buku saya dan cuma berkesempatan balik menolong masa hari berpindah, terpaksa lah pasrahkan buku-buku saya tu. Ada macam-macam majalah, Rapi, Ujang, Remaja, Mingguan Wanita, G3, Komik-komik.Huhuhu. Tapi bila unpack barang kat rumah baru, saya tengok majalah-majalah tu masih ada. Mak kata, sayang. Nanti boring-boring boleh baca semula. Mak...Mak..

Baru-baru ni saya terpikat dengan satu majalah bernama SOLUSI. Majalah ni pernah dibawa oleh kakak se-lab. Tapi bila kat lab fikiran tu mencapah-capah, bercabang-cabang, jadi terabai buku tu. Tapi satu hari tu, masa saya pergi ke rumah sewa suami, ada lah dua naskhah majalah tu. Katanya Shukri yang punya. Saya ni jenis yang pentingkan kualiti. Saya rasa majalah tu sangat cantik, kertas ni berkilat. Ada majalah yang kertasnya baik sikit dari kertas bungkus belacan. Tapi yang lebih penting, isinya sangat padat. Penuh informasi. Kadang-kadang sentap, maklumlah terkena batang hidung sendiri. Buku yang islamik ni pendekatannya lebih ringan tapi sampai ke hati. Lengkap dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith yang boleh dijadikan rujukan.

Saya baru saja membeli SOLUSI isu 20, BELAJAR DARIPADA ALAM. Sangat menarik. Kita selalu memandang alam ini dengan pandangan fizikal, atau paling tinggi pun pandangan akal. Kita selalu terlupa untuk mengkaji tentang kebesaran PENCIPTAnya. Banyak info dan penemuan sains yang terlebih dahulu disebut dalam al-Quran. Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaha illa Allah. Walaupun harga SOLUSI mahal sikit, (RM 9 sm dan RM 11 S/S), tapi sungguhlah berbaloi-baloi. Nampaknya dah ada majalah lain yang nak dikejar. ;p

No comments: