Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 13, 2010

Tahniah Skuad Piala Thomas Malaysia...Berjaya Melangkah ke Separuh Akhir

Malam tadi merupakan malam bersejarah kerana telah tidur melangkaui masa tidur yang biasa iaitu sekitar pukul 9.00 mlm.. Hahahahaha.. Semata-mata nak tengok skuad Thomas Malaysia main di peringkat suku akhir. Alhamdulillah.. Malaysia 3-Denmark 2. berjaya ke separuh akhir.. tak kiralah apa yang akan berlaku semasa menentang China jumaat ni, tapi mereka dah memberikan persembahan yang memberangsangkan walaupun terheret sampai 5 perlawanan..

Tak tahulah apa yang berlaku sehari sebelumnya semasa Malaysia menentang Jepun. Apa ceritanya, apa kejadiannya? Yang penting semangat juang yang ditunjukkan memang patut dipuji. Mungkin emosi terganggu, lambat 'panas' atau prestasi tak stabil je yang menggganggu diorang masa tu. Mula-mula ingat diorang dah kalah dah. Dah surrender tak nak tengok dah Hafiz Hashim main.. Tapi teringat-ingat, tak boleh tidur beb.. Lagipun Hafiz handsome apa? (Hubby jangan marah eh? ;p) Nasib baik dia main cantik..

Tahniah juga kepada gandingan baru yang selalu disebut sebagai beregu bidan terjun, Zakry dan Hoon, anda berdua memang waja walaupun ebab. oppps... jangan marah aaaaaaaaaa.... Kepada Fairuz, semoga lebih dapat mengawal emosi. Dan kepada peminat, anda pun jangan terlebih emosi macam makcik.. hahahah.. nyaris sakit jantung... asyik sentap je bila lawan dapat mata. Maaflah sebab semalam pun ada terkutuk juga sebab kalah dengan Jepun.. Ampun...

No comments: