Great stuff to be shared together...

Tuesday, April 13, 2010

Ninja Warrior? Hait!



Sekarang ni tengah addicted tengok rancangan Ninja Warrior.... pukul 730 malam isnin hingga khamis. mantap, funny, mengujakan.. muahahah.. Pengulasnya pun menarik..kikiki... Melebih-lebih.. Ninja warrior ni kat Jepun dikenali sebagai Sasuke. Bukan macam yang dalam citer naruto tu tau.



Dalam citer ni, 100 peserta akan melalui halangan-halangan sukar yang akan menjadi cabaran untuk mereka bergelar All-Star Ninja warrior. Diorang kena lalui 4 peringkat yang memang mantap... perghh.. siapa lepas tu memang warrior lah.. Halangan ni akan semakin disukarkan setiap siri. even yang pernah bergelar All-Star pun boleh tergelincir, terjerumus, tersungkur, terkehel dan macam-macam ter lagi.. Malah, sedikit kesilapan je boleh melenyapkan impian diorang..Yang datang ni macam-macam profession. Ada gimnas, pengurus stesen minyak, penjual kasut, pelajar, bomba, pelawak... dan macam-macam lagi.. ada juga yang dah berumur lebih 50tahun tapi masih gagah.. memang legend lah.. Tapi yang kelakar tu diorang datang dengan pelbagai aksi.. ada tu yang poyo sampai x sempat buka seluar.. muahahahha..

Dalam Gambar kat atas dari kiri, Toshihiro Takeda (bomba), yang sebelah dia x kenal, Makoto Nagano (fisherman) dan Bunpei Shiratori

Ninja warrior ni ada juga untuk org pompuan yang dikenali sebagai kunoichi.. ada yang dah menang sampai 3 ke 4 kali ntah.. memang hebat..Nak tengok wajah si hebat ni?

Ayako Miyake

No comments: