Great stuff to be shared together...

Facebook Badge

Thursday, January 17, 2013

Bercuti Panjang

Saya memang jarang ambil cuti kecuali perlu berjumpa doktor. Badan pun letih. Produktiviti merosot. Kebetulan ada masalah dana untuk sambungan lantikan, maybe thisis my call. Saya maklumkan pada Big Boss minta tangguh lantikan walaupun dah kerja setengah bulan. Saya nak bercuti dan menenangkan fikiran. Jadi sepatutnya saya bercuti sampai hujung bulan ni. 

So, what the hell I am doing in my office right now? 

Tension tak tension nya saya, baru sejam saya balik memulakan cuti, sms duk masuk je. Ramai benor yang mencari. Time saya duk tercongok kat ofis takde pulak yang nak cari kan? Saya jawab mana yang rasa penting. Tapi dah tiap-tiap hari ada je sms, call, manalah saya boleh tenang. Hari ketiga cuti dah masuk ofis balik. Hari ni siapa nak berurusan silakan datang. Saya dah sms yang berkenaan, reply sms pun idok. Datang pun tidak. Lepas ni nasiblah, bolayan semua orang. Kalau saya takde tu, macam banyak je benda nak tanya kan? Macam takde hari esok. Menyampessss..


Ah.. lupakanlah..

Sementara cuti ni, saya ikut suami saya balik kampung, buat kebun sayur. Hehhee.. Time nilah nak guna semua biji benih yang menganggur tu.. Segala macam saya tanam, daikon, red scarlet radish, beet root, sunflower, sawi, kobis. Asal tergerak di hati je saya tanam lah... Hahhaha.. Rakus gitu. Suami pulak buat projek tanam keladi dan pisang tanduk. Daun keladi tu untuk bagi makan ikan kaloi ternakan. Ikan kaloi pulak nak buat pekasam. Pisang tanduk aim untuk jual masa musim raya. Oh ya, ayam-ayam pun dah mula menggemuk. Seronok.. Yang tak seronok kalau diorang berjaya meloloskan diri ke kawasan tanaman. Habis binasa. Cisss! Memang buas mereka semua ni.


Tapi itulah kalau dekat kampung ni banyak juga musuh tanaman. Semalam masa menoreh getah, nampak satu batalion anak babi berkejar-kejar. Terkedu sekejap sambil berdoa janganlah diorang datang dekat saya. Najis mughallazah tu.. Anak pokok pisang pun ada jadi mangsa sang lotong. Cempedak kena kokak dengan monyet. Janganlan diorang jumpa sayur-sayur kami. 

Terlalu banyak duduk di ofis dan makmal buat badan saya lesu. Beberapa hari di kampung saya rasa lebih cergas dan sihat. Peluh pun keluar. Cuma selera makan je yang masih belum pulih. Oh ya, kepada Kak Mar dan sesiapa yang mahukan biji benih cili bom (habanero), boleh email alamat ke nudabuffy@yahoo.com. Saya dah keringkan biji benih untuk dihantar pada Kak Puteri Purnama. Pokoknya saya dah lupuskan sebab dah kena serangan bena putih. Semua pokok cili saya lupuskan.Jangan lupa ya?






No comments: