Great stuff to be shared together...

Friday, November 6, 2015

Goslings!

Assalamualaikum..

Lama tak menulis.. MMMMMM sangat.. Hihihih.. Tapi nak pecah berita, telur angsa kami dah menetas.. Alhamdulillah.. Seronok sangat. Untuk batch yang awal ni tiga menetas, tapi satu mati. Huhuhu.. So tinggal Along dengan Angah jelah. Comel bangat mereka ni. Senang nak bezakan diorang sebab Along ada tanda hitam kat paruh.



Orang kata, angsa ni boleh ditentukan jantan betinanya daripada bentuk telur. Kalau panjang tajam tu, jantan. Kalau agak bulat tu, betina. Kalau teori ni betul, Along ialah seekor anak angsa jantan, manakala Angah pulak betina. Possible juga sebab bentuk badan pun agak lain. Along lebih besar dan panjang berbanding Angah. Dah pandai mandi dan menyelam pun budak-budak ni. Batch yang berikutnya mungkin dalam 10hari lagi. Banyak juga telur-telur yang dah jadi santapan sebab tak ada benih.

Telur angsa ni aneh, walaupun dah dieram, isi dalamnya masih elok dan masih boleh dimasak. Tapi untuk selamat ambil yang dieram bawah 10 hari la ya. Cakap pasal aneh, angsa-angsa dekat rumah ni memang aneh. Untuk dua ekor induk betina tu, musim bertelur kali ni (setakat hari ni), jumlah penghasilan telur dah 49 biji. Lazimnya dalam 5-6 biji. Kalau 12 pun dah kira banyak sangat. Mak saya cakap, boleh pecah rekod dunia. Hihik, alhamdulillah. Rezeki namanya. Terlebih makan genjer agaknya. Induk kelabu yang bertelur dulu, barulah yang putih. Rasanya lepas 16 biji bertelur, si kelabu mula mengeram tapi si putih belum berhenti lagi sampai hari ni. Dah jadi angsa penelur pulak. No complaint here, I love to eat goose eggs. Lepas Along dan Angah menetas, Si Kelabu dah mula keluar, Putih pulak mula mengeram (sambil bertelur lagi). Hari ni Kelabu dah start bertelur balik. Aneh.. aneh.. Kami ambil 7 biji telur angsa ni nak cuba buat telur masin. Kalau ikutkan, saiz telur angsa kami ni agak kecil. Bila letak sebelah menyebelah dengan telur angsa Mak saya, jauh sangat bezanya.




Hmm mungkin juga faktor pemakanan yang pelbagai sebab ayam-ayam betina pun ada yang tak berhenti-henti bertelur walaupun jenis ayam kampung asli. Hubby bagi diet nasi, daun-daun, hampas kelapa, jagung, dedak dan juga EM. Asalnya dapat resipi EM ni daripada group Tanaman di FB. Kononnya nak buat baja. Lepas buat pencarian dekat internet banyak rupanya gunanya. Boleh campur dalam air minuman ternakan. Anak-anak ayam pun lebih cergas. Ada macam2 resipi dalam internet.. Kawan-kawan boleh search "Garbage Enzyme". Bahan dia ikut keperluan dan availability kat rumah lah ya. Selamat mencuba!

1 comment:

TukangKebun said...

Comelnya si Along dan Angah.
Wah banyaknya telur angsa bertelur untuk semusim.
Murah rezeki seekor anak angsa pun harga mahal sungguh sekarang.