Great stuff to be shared together...

Thursday, December 10, 2015

Blood Test Results

Dah lama tak cerita pasal keputusan ujian darah. Dah beberapa kali ujian darah 3 bulan sekali dah lepas tak buat entry. Alhamdulillah, ujian darah beberapa bulan terkemudian ni tak ada isu sangat. Cuma kandungan kalsium dalam darah tinggi. Terlebih makan kalsium agaknya. Hemoglobin pun tinggi tapi sekarang ni dah kembali ke paras normal. Untuk pengetahuan semua, pesakit dialisis perlu makan tablet kalsium karbonat bersama makanan untuk menyingkirkan fosfat berlebihan dalam darah. Fosfat berlebihan boleh menyebabkan tulang menjadi lemah, kegatalan kulit dan sakit tulang. Sebab tu pesakit tak dibenarkan buat aktiviti yang merbahaya seperti memanjat, melompat, bersukan lasak dan kerja-kerja yang terlalu berat sebab risiko patah tulang tu tinggi. Satu lagi sebab tak boleh melasak ikut sedap badan sebab kena jaga fistula. Mahal ooo buat fistula. Last saya buat kena caj RM1200.

Berkenaan hemoglobin pulak, saya tak sangka hemoglobin yang terlalu tinggi pun tak baik. Masa keputusan darah bulan Ogos keluar, Hb saya 13. Nurse ada tanya sama ada saya ada sakit kepala. Memang ada pun. Jenis sakit kepala sangat-sangat yang sampai rasa nak tanggalkan kepal letak tepi. Lepas tu dia ada terangkan itu disebabkan Hb yang tinggi. Jadi dos ferrous fumarate (zat besi untuk tambah darah) diturunkan, padahal saya dah lama tak makan ubat tu. Hihik. Rasanya pati delima dah terlebih buat kerja. Jadi, sesiapa yang ada masalah anemia tu bolehlah cuba ambil pati delima. Saya minum campur air dan madu. Jenama apa-apa pun Ok, tapi saya selalu guna jenama Gulsan atau Fars. Kadang-kadang Hubby campur dengan air cendawan mekah. Dulu selalu campur cuka epal. Tapi sejak ada cendawan mekah, tak beli dah cuka sebab rasa dia macam lebih kurang je. Pati delima ni pun katanya bagus untuk kolesterol. Oleh sebab saya nak stop minum delima, saya kenalah cari alternatif lain kan? Kalau ikutkan, doktor galakkan makan minyak ikan untuk tinggikan kolesterol baik, tapi makan tu mulut bau hanyir la.. blueerrrggghh. Rasa tak confident bila nak bercakap dengan orang. (Banyak betul 'tapi' kan pompuan ni?). Jadi, saya buat la research sikit apa makanan yang bagus tapi selamat untuk pesakit ESRD ni. Habbatussauda jadi first choice. Try sebulan dulu, nampak macam OK. Lepas tu cari lagi stok baru time balik Segamat (sebab kat Segamat murah). Jumpa kapsul Habbatussauda plus Garlic plus Olive Oil. Murah juga, untuk 100cap RM30. Memang pernah juga baca olive oil bagus untuk kolesterol, tapi saya cuba minum rasa tak boleh telan. Yang ni dalam bentuk kapsul, jadi sangat membantu. Sebelum ni minum minyak kelapa dara boleh telan. Sedap. Tapi phosphate level naik. Huhu.. Daripada apa yang saya rasa, sangat best makan kapsul minyak ni. Sebab urusan di tandas sungguh lancar, badan cepat berpeluh dan rasa segar. (Saya tak dibayar untuk pengiklanan ya? Haha).

Oh ya, masa appointment 3 bulan lepas, Dr Ema ada review ubat saya. Rasanya pernah cerita pasal ubat darah tinggi saya yang banyak adverse effects tu. Diltiazem. Ubat ni ubat sakit jantung sebenarnya. Masa Dr Ema tengok senarai ubat saya, dia nampak tak happy. Then, dia check pulse saya. Dia cakap pulse rate saya rendah sangat (memang pun). Untuk orang yang masih muda macam saya ni, ubat tu tak bagus sebab mula-mula degupan jadi perlahan lepas tu boleh berhenti. Memang saya mudah rasa tak cukup nafas lagi-lagi bila buat aktiviti macam menyangkul ke, bergerak pantas ke. Rasa tak selesa. Lepas tu berpeluh sejuk. Mulanya Dr Ema nak tukar ke tab perindopril tapi saya dah pernah ambil ubat ni dan kesannya saya kena sakit kepala yang teruk sampai tak boleh buat kerja. Lastly, tab Losartan yang ditukar. Diltiazem off terus, dose Metoprolol lowered to 50mg (padahal Dr kat KK baru naikkan. Hihik). Losartan ni kena self-purchase sebab ni masuk kategori ubat mahal. Dalam banyak-banyak ubat darah tinggi yang saya dah makan (methyldopa, nifedipine, amlodipine, coversyl, perindopril, metoprolol-kalau ejaan salah jangan marah ye? Saya bukan pharmacist.), rasanya Losartan ni yang paling berkesan. Sebab dah takde isu darah tinggi. Darah rendah adalah. So sebelum makan ubat ni, saya biasanya check blood pressure dulu. Kalau dah Ok, tak payah le makan. Kalau tak, senoneng. Biasanya hari takde dialisis je makan kalau BP tak Ok. Kalau BP rendah pun susah juga sebab menjejaskan masa hemodialisis. Kita jadi pening, mual, gelap mata, kalau teruk boleh muntah atau pengsan.

Sekarang selera makan agak baik, jadi berat badan makin naik. Baju banyak dah tak muat, hukhukhuk.. Nasib baik ramai yang suka sponsor baju I. Semoga murah rezeki Mak, adik beradik dan in laws. Cuma masalah pengurusan stress je belum settle lagi. Apalah suwey sangat, susah betul nak kawal nafsu amarah ni. Kakak saya cakap, saya kena selesaikan punca stress saya ni cepat-cepat sebab dia kata mulut saya dah macam puaka. Hahahahah (gelak jahat). Saya akui, kadang rasa macam nak jahit je mulut sendiri. Kadang tu rasa marah dengan diri sendiri, kenapalah aku ni tak boleh sabar? Punca pahala semua tu. Ni makin kumpul dosa adalah. Jadi hari ni, disaksikan anda semua pembaca blog sekalian, saya nak 'cuba' jadi pendiam. Segala maki hamun dan kata nista tu biar saya telan je. Doakan saya berjaya ya? Untuk menangani punca stress tu, saya akan 'cuba' untuk tidak terlalu memikirkannya sebaliknya cuba beralih kepada perancangan-perancangan masa hadapan. Plan nak buat rumah macamana ke, nak reka perabut macamana ke, plan nak buat preserved food & sauce ke, apa-apalah. Yang penting, saya tak mahu stress lagi.

Sebab apa? Sebab, pada suatu malam, saya terjaga dikejutkan oleh suami saya. Suara dia panik. Saya ingat ada pencuri nak masuk rumah. Rupanya sebab dia kata dia tak boleh rasa degupan jantung saya. Terlalu lemah dan perlahan. Saya rasa, dia ingat saya dah mati dalam tidur. Tekanan ni dah melemahkan tubuh saya, tapi saya tak mahu tinggalkan suami saya sebelum saya ucapkan "Selamat Tinggal".

2 comments:

TukangKebun said...

Kalau Nurul tak terdaya nak telan olive oil.
Mungkin campur olive oil sebagai salad dressing.
Kekadang tengok orang greek pakai olive oil sahaja untuk dressing.

Anonymous said...

Best baca entry awak...baru jumpa blog ni...