Great stuff to be shared together...

Saturday, September 5, 2015

Menuai Kacang Tanah dan Perihal Angsa-angsa Peliharaan

Salam semua..

Ingat tak saya cerita kempunan nak menuai kacang tanah sebab mak mertua cabut masa saya pergi dialisis? Lepas tuaian kali pertama tu, mak mertua ada simpan benih dan tanam lagi. Kali ni lebih banyak. Bila beliau suruh cabut je, berlari kami laki bini pergi mencabut. Hihihi.. Seronot. Oh ya, kejadian ni dah lama berlaku. Lepas raya rasanya.






Seronok walaupun muka terbakar hangus sebab tengah hari hangat tu buat kerja. Punyalah hangus muka ni, adik saya tegur, "Kak, kenapa hitam sangat ni?". Hahaha. Kerja kasar dik oiiii.. Biar muka hitam, jangan hati hitam. Betul dak?

Cerita pasal anak-anak peliharaan saya pulak. Angsa-angsa ni keturunan angsa belaan mak saya. Daripada 8 biji telur, mak ambil 4 untuk dieramkan. Menetas 3 ekor. Bapak angsa ni pure white, emaknya pula angsa kelabu. Jadi anak dia yang kelabu tak berapa kelabu. Yang putih ada tompok kelabu sikit-sikit. Asalnya mak suruh jualkan anak angsa di pasar. Tapi kami tak tahu nak tentukan jantina angsa-angsa ni. Bila tanya orang-orang yang meniaga ternakan dan pembela-pembela angsa, semua keliru sebab bentuk badan angsa-angsa ni lain. Jadi kami pun belalah dulu sementara dapat kenal pasti jantan betinanya. Dah lama bela, jatuh sayang pulak. Hihihi. Jadilah diorang kesayangan kami.




Diorang ni sangat suka makan rumput dan daun. Jadi sambil merumput tu, saya campakkan pada diorang. Asal nampak saya je, kena kejor. Ingatkan diorang ni dah menggila tak kenal tuan. Bila cerita dengan mak, mak kata, diorang minta makan sebenarnya. Nak pastika betul ke tak, masa diorang acah-acah mak enon nak kejar, saya pun pergi dekat konon-konon nak peluk. Boleh patah balik, diorang pulak yang lari. Angsa putih yang elah depan tu jantan. Yang putih kecik sikit dan kelau tu betina. Yang kelakar, umur baru 4 bulan lebih dah mengawan. Remaja terlampau betullah. Sekarang baru masuk 6 bulan, kedua-dua betina tu dah bertelur. Bertelur main bersepah je, mujur takde orang terpijak. Yang pelik, angsa betina 2 ekor, telur boleh ada 3 biji. Hubby kata mungkin terkeluar dua biji sekali tapi tak sempurna. Sebabnya, telur tu satu besar satu kecil. Kulitnya pulak rapuh dan lembik macam telur penyu. Dah selamat jadi telur dadar telur yang dua tu. Hihihi. Putih telurnya sangat pekat. Bila jadi telur dadar, macam liat sikit. Tapi rasa sama je kot.

Hubbylah yang rajin menilik kaji budak-budak angsa ni. Diorang ni pagi-pagi mesti bising minta dihalau masuk kolam nak bermain-main dalam tu, padahal boleh je terjun sendiri. Kiranya macam minta izin kot. Genjer yang banyak dalam kolam tu habis bersih dimakannya. Tapi mak kata, orang memang bagi angsa yang bakal bertelur makan genjer/paku rawan sebab zat yang terkandung dalamnya bagus untuk peneluran. Kiranya, mereka ni angsa bijak la. Hubby cakap, diorang ada tarian tersendiri, sama ada sebelum berasmara atau sekadar mandi-manda. Memang menarik gerak-geri diorang. Tadi ada pelanggan datang beli ayam, kebetulan angsa-angsa ni tengah mandi-manda dalam kolam, siap dirakam. Lain kali saya pun nak rakam lah. Hihihi. Tapi ni diorang dah start bertelur, mungkin akan dikurung je supaya tak telur bersepah dan basahkan telur. Lain kali la ya.

 Oh ya, mulberi di tepi kolam permainan angsa kami pangkas separa senang memetik sebab dah menjulang tapi tak berbuah. Lepas tu barulah banyak buahnya. Buah dan makin besar dan manis. Syukur alhamdulillah, dapat makan buah fresh. Ada saya terbaca mulberi bagus untuk kesihatan buah pinggang. Perlu dijadikan amalan ni.





10 comments:

suka suka said...

Assalam Nurul.. enjoy akak baca pasal angsa ni.. teringat pula kat arwah.. angsa dtg menggesel -menggesel kat kaki dia.. akak dan anak dah bertempiaran lari.. penakut ha ha . Kami tengok dari jauh je la... mcm menggedik pun ada tengok angsa tu.. banyaknya hasil kacang tanah tu... puas makan ya... oh ya .. amalkan minum air yg bercampur getah arab pun bagus juga untuk buah pinggang... nanti emel alamat Nurul.. kalau ada dijual lagi insyaaAllah boleh je akak share dengan Nurul ..

Nudabuffy said...

Salam Kak Mar. Masa mula-mula mak kata nak bela angsa, kami adik beradik bising tak bagi. Sekali diri sendiri pulak terjebak membela. Terima kasih atas niat baik Kak. Nurul memang baru nak mula amalkan, ada kakak Nurul bagi.

suka suka said...

Oh dah ada ya... alhamdulillah.. istiqamah lah ya... insyaaAllah ...

Carlz Jafran said...

Banyaknya hasil tuaian kacang tanah.

TukangKebun said...

Geram tengok angsa.
Tukang kebun kan kena jadi mak angkat anak-anak angsa tahun ini bela dari lahir, memang manja bukan main.
Kalau nampak potong kelapa mesti dekat nak minta tombong kalau ada.
Hai kalau dekat nak je beli anak-anak angsa kalau Nurul jual.
Ermmmm..... diorang kalau diberikan bebas ke frontyard kami memang habis segala tumbuhan air dimakannya.
Daun dan batang pisang muda, angsa suka makan juga, jimat kos makanan unggas.
Harga makanan unggas-unggas asyik naik je tahun ini tak tahan.
Memang jual ayam tak de untung pun untuk kami, kira pusing balik duit modal nak beli makanan untuk mereka je.
Inipun kira bukan 100% beri makanan commercial. Kira makanan dalam kebun pun ada bagi.

TukangKebun said...

Syoklah tengok kacang tanah tu teringat kemanisan home-grown kacang tanah.

A.I said...

(haaa...panggil ko nurul rupanye :P)

Dedulu kala masa ahkak muda remaja (skang pun muda lagi), ada bela angsa sekor. angsa tu sesat. aku ni paling takut skali mmg angsa la sebab dorang ni kan suka nk sodok org. tp ntah nape dengan si Ang tu akk x takut. manja bukan main lagi dia. tetiap pagi & ptg akk bagi mkn sayur potong. baekkk sesangat dia. tp ada 1 haritu akk carik2 dia takde. huhu..dah jumpa jln pulang kot. sedih giler :(

Afziha Hafiz said...

Cantiknyaaaaa angsa tu, putih bersih! Seronok tengok orang tangan sejuk, tanam apa pun semua menjadik. Aku ni, bela pokok hiasan je pun, habis mati kering T___T

Fida Z Ein said...

Mesti sakit pinggang dan lenguh nak asingkan kacang dengan batangnya....saya kalau bab cabut kacang tanah janji di tanah gambut...memang laju....tapi nak perisinya....jenuhnya...

Nudabuffy said...

Tukang Kebun ~ Salam Diana. Kalau harapkan makanan komersial boleh botak kepala. Ayam-ayam ni pulak jenis kuat makan, kalau tak cukup mulalah nak makan bulu kawan2 dia. Jadi kena kreatif untuk jimatkan kos. Kat sini tak dapat nak bagi kelapa sebab permintaan tinggi, kelapa pun tak sempat tua. Tapi yang bagusnya, bila kurang mknn komersial, dagingnya jadi manis.

A.I. ~ Kak, mana-mana pun boleh. Nurul ke, Hidayah ke, dua-dua nama mak ayah bagi. Semenjak bini-bini dia mengeram, dah tak jinak dah angsa jantan tu. Kemain eksyen dia nak menyudu orang.

Afziha~ Alhamdulillah, takdelah sejuk mana. Cuma jenis tak reti putus asa lagi sebab minat punya pasal. MAsih banyak nak kena belajar dunia pertanian ni.

Fida Z Ein ~ Betullah...Cabut kemain berebut.. Nak perisi tu sampai garing baju kat belakang. Punya lama + renyah.